review buggy seebaby QQ1

Cuti hari minggu yang lalu, ajak en asben ke GM klang
Niat nak cari baju raya utk anak dara tu.
Tempat-tempat macam ni tak boleh nak lepaskan awliya berjalan.
Abis semua kedai dia masuk kang.
Ayah pulak dok mengeluh awliya ni dah berat, mengah nak dokong.

Terus mama nampak buggy comel ni.
Harga RM100.
Terus cakap dengan si ayah, nak beli buggy ni.
Mula-mula beli, risau juga awliya tak nak duduk dalam ni, ye la budak dah dapat kaki kan..
Nak berjalan sendiri je la.
Nasib baik awliya nak duduk dalam ni. Sedap je dia menyandar...
Tak la mengah ayah nak dukung lama-lama kan..
Lagipun buggy ni sesuai kalau nak bawa ke tempat-tempat yang sesak dengan
orang ramai, sebab takde la nak makan jalan sangat kan.
Dah la mama ni kalau shopping berjam-jam hehehe.
Stroller yang besar gedabak tu dah lama simpan dalam stor,
sebab awliya tak suka duduk dalam stroller.

Buggy ni memang fleksibel....ringan, kecil dan mudah nak buka tutup.
Jimat space dalam kete juga.
Tolak pakai sebelah tangan pun bole.
Sebenarnya yang hani beli ni jenis yang lama.
Itupun baru tahu sebab bila balik rumah, sibuk menggoogle buggy ni.

Rupanya ada upgrade version iaitu QQ2 yang diubah sikit dari QQ1 ni.
Kalau QQ1 tempat duduknya menegak skit berbanding QQ2 yang boleh dicondongkan sedikit
untuk baby baring.
Tapi tak pe lah, awliya ni pun bukan jenis kalau berjalan dia nak tido...
Jangan harap laaaa....dia sanggup tahan mata.
Jadi kalau tempat duduk menegak pun ok je bagi dia..

Tapi kalau dibandingkan dari segi berat, QQ1 lebih ringan...hanya 2.5kg.
Kalau QQ2 pula 3.9kg.
Korang boleh google kalau nak tahu spec buggy ni.
So far, puas hati dengan buggy ni...
Kitaorang letak dalam kete je, senang kalau nak guna di mana-mana nanti.


 QQ2 (upgrade version)
Harga: RM150


QQ1 (old version)
Harga: RM100

Jadilah awliya kan, dapat yang murah je....bukan selalu guna pun. Baju raya awliya dapat beli 2 pasang je hari tu. Mama tak puas hati betul....hehe...hari sabtu ni sambung shopping semula kat AEON pulak ye.

Comments

Popular posts from this blog

Jemputan Majlis Aqiqah & Kesyukuran

Persediaan ke China

Family trip ke Sabah 2018: Penginapan di Kota Kinabalu