Big Bad Wolf Fireball Book Sale 15-23 Feb 2014

Tahun lepas bulan Disember hani terlepas nak pergi BBW ni sebab masa tu
di kampung tengah berpantang.
Tengok-tengok kali ni ada lagi jualan.
Hehe....apa lagi.
Dah dekat dengan rumah kan, haruslah pergi.
Hari Sabtu tu jugak ajak en asben pergi.
Dah lama teringin nak pergi tapi asik tak berkesempatan je.

Kami sampai dalam pukul 5.00 petang.
Orang ramai juga tapi tak la sesak sangat.
Masih selesa untuk memilih buku.

Misi hani nak cari buku untuk kakak Awliya je.
Tambah koleksi buku.
Kesian dia, asik baca buku yang sama je.
Rambang mata weeiii tengok buku.
Rasa nak beli je semua hihihi.

Kebanyakkan buku di sini dari oversea.
Tapi ada juga buku-buku penulis tempatan.
Hani tak sempat survey harga sebab terus je cari tempat buku kanak-kanak.
Cuma sempat pergi ke longgokan novel-novel melayu yang berharga RM5 sebuah.
Murah kan.
Walaupun ni bukan novel terbaru, tapi ok la kan.
Kalau dah minat tak kira la baru atau lama.
Niat hati macam nak beli, dah lama tinggalkan hobi membaca novel ni.
Tapi bila pikir, masa bila pula ada masa nak membaca novel ni kan....hahaha
Sebelum mak nak baca, anak dah baca dulu ye dak...
Terus lupakan niat nak membeli walaupun harga super duper murah !!!

Niat nak cari buku resepi masakan pun tak berkesampaian sebab banyak habis masa mencari buku awliya.


                    sempat snap gambar buku ni jer....mama dah tak sabar nak belek buku hehe



Teruja betul si kakak bila nampak banyak buku.
Dia memang suka membaca pun. [tengok gambar je sebenarnya]
Buku Thomas n Friends ni buku pertama yang dia pegang, lepas tu taknak letak lansung.


Ni je buku yang sempat disambar sebelum si adik mengamuk sebab dah mengantuk.
sampai tertidur dalam carrier.
Buku ni ada harga RM3, RM6, RM8, RM10 dan RM12.
Berbaloiii....harga yang RM3 pun dapat yang hard cover.
Biasanya yang RM3 ni buku bersaiz kecil sedikit dan comel-comel.
Yang harga RM12 dapat saiz buku yang besar dan berkulit tebal.
Yang RM10 tu dapat buku yang ada background muzik...menarik!!!
Kalau kat kedai luar mesti buku tu harga berpuluh dah.
Best arrr !!! - mak pulak yang ter'over' teruje kehkeh

Bila si adik dah bangun tidur dan ngamuk sakan sekali lagi terpaksa juga la kami balik.
Ok, satu hall dengar suara dia.
Tak selesa tidur dalam carrier la tu.
Si kakak pulak hyperaktif, tak dok diam.
Adoyaiii....camne la nak pilih buku camni.
Uwaaa...tak puas hati betul, rasa nak borong lagi buku tu.
Tak dapat memilih dengan tenang huhu.
Rasa macam nak pergi lagi je tauuu !!!!


Sebelum balik, sempat singgah kat tempat main budak-budak ni.
Bayaran masuk kanak-kanak RM10, dewasa RM5.
Rugi betul bawa si kakak masuk, bukannya dia main pun...penakut pulak.

Di dalam dewan ni pun ada booth makanan, kalau lapar bole pegi makan dulu
pastu sambung shopping buku semula.

So, uoll yang belum pergi lagi.....terjah cepat-cepat k.
Sale ni seminggu je tau...dari 15-23 Feb 2014 di Mines Exhibiton Convention Centre (MIECC).
Eh lagi satu, tips kalau uoll memang nak beli banyak buku,
korang bawa la beg besar skit atau apa-apa benda yang memudahkan korang angkut buku-buku tu.
Macam hani, gunakan buggy si awliya untuk letak buku2 hehe.
Hani malas nak bawa stroller sebab keadaan kawasan yang ramai orang kan.
Tu yang bawa buggy jer.
Ada juga hani nampak orang bawa beg plastik IKEA, beg tarik tu pun ada tauuu....
Ye la, buku2 ni kan berat..tambah lak kalau yang jenis hard cover.

Di sana ada juga diaorang sediakan kotak2...
Tapi kalau nak beli banyak still berat juga kan nak angkat kotak tu.
Dapat lak parking jauh...huhu
Jadi kalau korang ada troli sayur yang orang slalu guna pegi pasar tu lagi baik.

Balik rumah aku rasa menyesal sebab banyak lagi buku yang hani tak sempat sambar sobs sobs.
Next sales...semestinya pergi lagi !!!!
SANGAT BERBALOIIII..........



Comments

  1. mcm best jek kak hani..in sya allah if ada masa nak terjah jugak la wiken nnti..hihi.. thx for the info ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. most welcome. sharing is caring.
      mmg best ayang....sebab banyak pilihan dan murah. klu pergi kedai buku pun kadang2 pilihan agak terhad...kat sini jadi rambang mata lak hehe...terjah jgn tak terjah. mesti kakak n adik suka dpt buku nti.

      Delete

Post a Comment

hanizamhuri@gmail.com

Popular posts from this blog

Jemputan Majlis Aqiqah & Kesyukuran

Persediaan ke China

Family trip ke Sabah 2018: Penginapan di Kota Kinabalu