Perlindungan untuk anak tersayang

Alhamdulillah bulan lepas baru dapatkan insurans dan medical card untuk si kakak Awliya.
Untuk si adik dah ambil tahun lepas. 

Selalunya orang kita (orang Melayu) memang tak nampak sangat kepentingan insurans ni berbanding kaum yang lain. Kalau tengok kaum Cina, kebanyakkan mereka akan ambil polisi insurans untuk anak-anak mereka sejak mereka lahir lagi.

Fuhh...dah boleh tarik nafas lega sedikit bila dah ada medical card untuk anak-anak yang tersayang.

Full Coverage / RM200

Full coverage tu semua perbelanjaan kos rawatan di hospital ditanggung sepenuhnya oleh pihak insurans dan RM200 tu adalah kelayakan elaun wad. Maksudnya boleh duduk dalam wad yang berharga RM200.
Eh...satu lagi, dapat lagi RM200 elaun wad kalau kena admit.

Dulu memang hani tak berapa kisah sangat pasal insurans.
Pernah juga ambil untuk diri sendiri, tapi separuh jalan je.
Masa tu pikir tak pe la takde insurans pun, sebab keje gov boleh je pegi spital gov.

Tapi bila dah kawin, ada anak...i'm alert everything about my kids.
Hani sangat risau kalau anak-anak jatuh sakit [minta dijauhkan la].
Tapi mana nak tahu, jika Allah nak uji kan.
Memang boleh dapatkan rawatan di hospital kerajaan, tapi tahu-tahu je kan keadaan di hospital kerajaan. Hani tak kata hospital kerajaan tak bagus, cuma kanak-kanak ni perlukan sedikit keselesaan. Dan kita sebagai mak ayah yang menjaga pun perlukan sedikit privacy kan.
Eh, tapi kat spital gov pun bukan semua free tau. Ada sesetengah perkara kita dikenakan bayaran juga.
Kalau nak harap duit simpanan, memang takde la ribu-ribu nak bayar bil hospital kan.
Sebab tu hani ambil insurans untuk anak-anak terlebih dahulu. Kalau ambil dari kecil, bayaran bulanan pun murah la skit.
Kalau ada rezeki lebih nanti, nak ambil untuk diri sendiri pula. Umur dah meningkat, risau juga penyakit datang nanti..huhu

Dulu hani pun rasa macam tak mampu je nak bayar bulanan disebabkan komitmen yang tinggi.
Tapi percayalah, kalau kita tak paksa diri untuk menyimpan...memang kita rasa macam tak boleh.
Orang kata sediakan payung sebelum hujan.
Banyak juga hani dengar kes, dah dapat penyakit baru nak apply insurans.
Masa ni dah terlambat. Pergi la apply mana-mana insurans pun, kalau dah ada penyakit jangan harap la nak approve.

Haa..lagi satu jangan silap pilih insurans.
Ada 2 jenis insurans ni iaitu KONVENSIONAL dan TAKAFUL.
Pilihlah insurans berkonsepkan islamic (takaful).
Kenapa tak boleh pilih Konvensional?
U all boleh rujuk DI SINI.


 sumber dari: fb Dr. Hamid Arshat

Hani nak bercakap pasal insurans ni memang la tak pandai.
Yang tu kena refer pada agen-agen yang dilantik. Mereka lebih arif kan!

So, korang dah ada insurans ke belum??
Kalau bukan untuk diri sendiri, ambillah untuk anak-anak terlebih dahulu.
Kalau korang perlukan khidmat nasihat, bolehlah contact adik hani, Endy.
Dia agen Prudential BSN Takaful.
Endy 012-5033364 atau email mohammadzuraindy989@prupartner.com.my
Adik hani ni di Ipoh, Perak.
Luar dari Perak pun adik hani bole datang, insha Allah....adik hani boleh berikan khidmat yang terbaik.
Eh, siap promote lagi tu!!! hihi...
Sharing is caring kan....


Comments

Popular posts from this blog

Jemputan Majlis Aqiqah & Kesyukuran

Persediaan ke China

Family trip ke Sabah 2018: Penginapan di Kota Kinabalu