Review Avent Natural Manual Breastpump


Hari ni aku nak review Avent Manual Breastpump ysng aku gunakan sekarang.
Aku pernah janji dalam POST NI untuk buat review lepas guna kan.
Sebelum ni guna Madela Freestyle, tapi ada problem sikit pam tu.
Suction dah tak kuat. Kena gantikan spare kit yang baru.
Sementara nak beli yang baru, aku guna dulu la yang manual ni.
Aku beli Avent Manual BP ni masa pregnant anak kedua.
Masa ni saje je beli, buat backup je.
Memandangkan anak kedua, kebanyakkan keperluan dah ada...so boleh la invest beli backup bp

Nasib baik juga aku beli pam manual ni.
Semasa aku kena bengkak susu selepas seminggu bersalin, pam medela seperti tidak berfungsi.
Kalau pam, makin sakit tapi susu tak keluar pun.
Dan kebetulan masa tu charger medela fs tah hilang ke mana, baru teringat nak guna Avent ni.
Kali pertama guna memang janggal...hahaha...dah biasa guna fs la katakan.
Tangan rileks je.
Yang ni lenguh tangan sikit la. Tapi aku suka sebab susu keluar dan breast pun kurang sakit.
Aku tak rasa rugi pun ada manual ni.
Sampai ke hari ni, aku masih belum beli lagi sparekit madela fs tu.
Sebab ada Avent ni la aku masih tertangguh-tangguh nak beli.
Sparekit madela ni pun bole tahan juga harga dia dalam RM100.
Nasib ada Avent penyelamat keadaan.
Aku ingat gaji bulan ni nak kena beli juga sparekit tu, rugi la wei aku beli fs mahal-mahal tapi tak digunakan ye dak !!!

Kelebihan
-ringan, mudah nak bawa kemana-mana
-tak sakit
-tak banyak part, senang nak cuci (ni aku compare dengan fs sebab fs lagi banyak part)


Kelemahan
-tangan lenguh sikit la. Dah kata manual kan, kena la guna tenaga lebih sikit.Tapi bila dah biasa, ok je.
-makan masa
-susu selalu masuk di bahagian atas (tak tahu nak sebut nama apa). Bila dah masuk dalam tu, bila tekan pemegang, berbunyi la sikit. Kalau pam di rumah tak kisah sangat kalau berbunyi tapi kalau pam di ofis..orang dengor pulak...hehe...tapi bila tanya member yang guna pam yang sama, dia kata ok je dia punya. Tak masuk pun dalam tu. Mungkin cara saya mengepam salah kot!




Dalam pek ni disediakan botol susu 4oz je, pada aku payah sikit la sebab tengah pam
bila dah penuh, kena transfer dalam botol lain dulu.
Nasib aku ada beli botol susu Avent yang 9oz, so aku guna botol yang ni je.
Senang...pam bagi penuh lepas tu baru transfer ke botol lain.
Kalau tak 4oz je kena stop...pastu kena sambung semula. Agak leceh disitu.

Kepada yang tercari-cari pam susu manual, aku rasa Avent ni ok sangat-sangat.
Nak kata terbaik tu tak berani la pulak sebab aku bukan try banyak pam kan.
Tapi aku suka pam ni selepas medela fs.

Hasil yang dapat guna Avent Manual Breastpump semasa di ofis.
Dapat 9oz untuk sekali pump.
Hasil sama macam madela fs (kadang-kadang lebih banyak dari guna fs) cuma dari segi masa, madela lebih jimat.




Comments

  1. Buy Philips Avent Online | Best price, Avent malaysia discount & promo code at Motherhood.com.my Malaysia.

    Visit Now - http://www.motherhood.com.my/brands/philips-avent

    ReplyDelete

Post a Comment

hanizamhuri@gmail.com

Popular posts from this blog

Jemputan Majlis Aqiqah & Kesyukuran

Persediaan ke China

Family trip ke Sabah 2018: Penginapan di Kota Kinabalu