Sugarscarf @ Zalora Malaysia

Siapa kata kalau pakai pakaian muslimah ni tak boleh bergaya?
Sekarang ni pelbagai fesyen muslimah ada di pasaran kan...
Memandangkan hani ni selalu takde masa nak pegi shopping, selalunya shopping online je.
Lebih mudah dan jimat masa.

Kali pertama buka page Sugarscarf, hati dah jatuh cinta...
Wahhh.....rambang mata ok!! Cantik semuanya.
Rasa nak beli je semua yang berkenan di hati tau....hee
Kalau uolls kaki shopping online macam hani ni juga, apa kata cuba terjah Sugarscarf  di Zalora.
Pasti tak menyesal.....

*********************************************************************************


Fesyen Muslimah terkini di Malaysia lebih menarik jika hendak dibandingkan dengan beberapa tahun yang sudah. Ini kerana kesan positif perkembangan dunia fesyen di Malaysia yang dilihat semakin menonjol dengan pelbagai koleksi yang menarik perhatian ramai. Buat para pencinta fesyen tempatan ini pastinya satu perkharaban yang cukup baik. Semakin banyak koleksi fesyen yang diketengahkan begitu cantik dan kreatif hasilnya, sesuai dengan peredaran trend fesyen terkini.




Fesyen Muslimah telah berjaya mencuri perhatian sebagai satu koleksi yang mempunyai pasaran yang cukup besar dan begitu nilai besarnya. Semakin banyak jenama yang mengetengahkan koleksi pakaian tradisional dan hijab atau tudung. Antara jenama yang sedang popular ialah Sugarscarf. Mereka begitu dikenali dalam alam maya terutamanya dalam kalangan pembeli tudung online.

Sugarscarf begitu terkenal kerana koleksi hijab online mereka boleh didapati dengan kualiti yang cukup tinggi. Ini kerana mereka begitu mementingkan kualiti dalam penghasilan produk mereka. Hanya bahan atau material yang terbaik sahaja akan digunakan malah proses produk mereka adalah melalui pembuatan dengan penggunaan teknologi yang moden dan dan canggih.

 



Tudung Sugarscarf boleh didapati dalam pelbagai variasi warna yang cukup menarik hati. Malah mereka membariskan tudung online terkini dengan seleksi corak dan rekaan yang segar dan moden. Ini memberikan kelebihan buat si pemakai kerana boleh menghasilkan banyak penampilan dan stail dengan tudung mereka serta dapat dipadankan dengan bermacam jenis persalinan.




Cuba padankan tudung Sugarscarf online dengan maxi dress atau dress labuh Muslimah bersama clutch dan sepasang kasut high heels for women online dengan warna yang sesuai. Dengan ini penampilan anda akan kelihatan lebih stylish dan menarik perhatian ramai!

Dapatkan tudung Sugarscarf secara online di ZALORA Malaysia kerana koleksi hijab online yang ditawarkan di sana daripada jenama terkenal ini adalah terdiri daripada harga yang cukup berpatutan. Pengalaman online shopping anda di sana pastinya akan lebih menyeronokkan!

Comments

Popular posts from this blog

Jemputan Majlis Aqiqah & Kesyukuran

Persediaan ke China

Family trip ke Sabah 2018: Penginapan di Kota Kinabalu