flashback #pengalaman bersalin anak kedua

Sempena #Adra mencecah umur setahun ni...aku nak flashback semula saat aku melahirkan dia...sorry la uolss kalau bosan dengan post yang berkurunnn sangatttt ni...ngeh ngeh! ampun....!!!

Sebenarnya dah lama post ni dalam draf....lama...lama sangattttt...
cuma aku masih belum sempat publish.. Tak pe lah, aku tetap nak post jugak entry ni.
Kenangan weiii untuk aku baca 1 hari nanti. Walaupun tak akan terpadam dalam memori aku, aku tetap nak catitkan dalam blog ini. Mana tau, nanti dah besar Adra boleh baca semuanya kan....

Meh kita flash back balik kisah setahun yang lepas.

30/10/2013
Hari ni aku emergency leave sebab rasa pening kepala malamnya tak boleh tidur. Asben pun terpaksa ambil MC (cuti rehat dah tak de) sebab risaukan aku kalau tinggal sorang-sorang kat rumah. Buatnya nak terberanak, kelam kabut kang dia kena balik dari opis. Sebab aku tengah menunggu hari je ni. Kalau mengikut pengiraan due date aku pada 4/11/2013. Tapi mana la tahu kan, tu pengiraan manusia, pengiraan Allah tu lebih tepat. Bila-bila masa baby boleh keluar kan. Dok umah rehat je la. Ada la bangun kejap2 buat keje rumah yang ringan-ringan. Dah penat baring semula...

9.00 pm :
malamnya aku ajak en asben pegi kedai mamak sebab nak makan roti canai. Macam mengidam la pulak hihi. eh, ada ke org ngidam ujung2 nak bersalin ni...hehehe..tu namanya mengada-ngada okeh!!! haha..Kami pegi naik motor je sebab tak jauh dari rumah. Mula-mula asben risau juga, siap cakap 'bole ke naik motor ni'?aku dengan eksennya jawab 'ala...bole je, jgn risau. bukan nak bersalin pun lagi'...hehe.

10.00 pm
Lepas makan, kami cepat-cepat balik umah sebab aku rasa macam tak selesa.
Balik terus je baring atas katil. Nak rehat dulu.

11.00 pm: sakit perut makin terasa. dan aku yakin itu adalah sakit contraction. tp kali ni aku lebih relaks berbanding sakit masa kakak awliya dulu. sakit setengah jam sekali. aku terus bgtahu asben rasanya akan bersalin malam ni.tapi aku masih boleh bertahan lagi. Tak nak kelam kabut ke hospital. Tunggu sampai sakit makin kerap. Aku mula kemas beg aku dan beg baby untuk dibawa ke hospital.

12.00 am: aku suh asben tido dulu. sebab aku tengok mata di dah merah tahan ngantuk hihi...aku lak mmg tak bole nak tido la kan. Sambil tu, aku buat beberapa senaman sikit mengikut teknik hypobirthing. Sebelum ni aku ada la google dan tengok di youtube cara senaman teknik ini. Tak la pandai sangat nak buat, tapi ambil mana-mana yang mudah bolehlah aku ikut. Yang penting, kena mind set diri sendiri supaya sentiasa tenang. Serius aku cakap, senaman ini memang dapat mengurangkan kesakitan...betul, bila kita rasa tenang, sakit tu dapat dikurangkan. Sakit memang sakitttt..sape cakap sakit contraction tak sakit weiii...sumpah sakit sangattt...tapi bila kita tenang, dapat la nak zikir atau baca apa-apa doa yang patut...bukaan jalan pun cepat je. Aku memang suka amalkan doa nabi yunus. memang doa ni sentiasa aku baca bila dah hampir waktu bersalin.



31/10/2013 (Khamis)

3.00 am
Sakit makin kerap...5 min sekali. Masa ni aku terus kejutkan asben sebab rasanya dah tiba masa untuk ke hospital. Aku pun mandi dan bersiap-siap dan terus keluar rumah. Masa ni aku terus terpikir, benar naluri aku mengatakan aku akan sakit tengah malam. sebab tu aku dah awal-awal hantar kakak awliya di kampung. Sebab aku risau kalau aku sakit tengah malam (macam sekarang ni), sape la nak jaga kakak awliya nanti kan. Disebabkan awal pagi...jalan clear..perjalanan ke hospital kejap je. Lagipun PPUKM tak jauh sangat dari rumah, jarak dalam 10km je. Asben bawa kete bukan main laju, aku pulak yang cakap dekat asben tak yah laju-laju sangat, aku masih mampu bertahan. Ceh! eksen sungguh. Eh...bukan apa, aku rasa lebih rileks dan tenang sekarang ni walaupun sakit tu tetap terasa.

4.00 am:
Sampai di PPUKM. terus register dan nurse amik tekanan darah dan air kencing. kemudian masuk dalam bilik pemeriksaan utk check CTG. masa ni sakit makin terasa. rasa macam baru je lalui semua ni ms bersalinkan awliya dulu huhu. Doc yang standby pun doc yang sama dulu. Nasib tak cam aku hehe...kalau tak mesti cakap 'eh, awak lagi' heheh (aku agak je dia cakap camtu...:-). Check bukaan dah 5cm. Walaupun dah buka 5cm, tapi aku rasa masih mampu bertahan lagi. Kemudian doc pecahkan air ketuban. Ok, masa ni juga aku masih dalam keadaan tenang sebab aku dah tau apa proses-proses yang doc  ni akan buat. Dah kata anak no 2 kan...Kalau dulu, asyik berdebar je, dan tertanya-tanya dalam hati lepas ni apa ye...apa doc buat pulak ye??? serius tak tenang lansung masa tu...

4.50 am
Aku ditolak ke dalam labour room. Masa ni kesakitan dah mulai terasa. Serius, sakit sangat. Masa ni baru rasa macam dah tak tertahan. Nak bangun dari kerusi roda ke katil pun amik masa juga. Nurse suruh salin baju hospital. Lepas tu nurse check bukaan dah 6cm. Eh, cepat betul...baru tadi kat bilik bawah baru 5cm, masuk labour room dah 6cm. Masa ni aku minta asben buatkan air milo sebab nak bagi tenaga sikit. Kan malam tadi aku tak makan nasi pun..makan roti canai je. Masa sakit ni pun sempat rasa lapar lagi kehkeh. Sebenarnya aku risau nanti nak meneran takde tenaga kalau dalam keadaan lapar. Tapi betulla orang kata...kalau tengah sakit nak makan/minum pun dah rasa tak lalu. Minum seteguk je pastu dah rasa takde selera. Nak telan air pun rasa susah. Walaupun perut telah lapar juga masa tu.

Nurse tanya pada aku sama ada nak ubat atau tidak. Kali ni aku dah nekad, selagi boleh tahan sakit, aku akan tahan...dah tak nak guna ubat. Pengalaman yang lepas (aku ambil gas dan ubat tahan sakit yang dicucuk di pinggul), bila guna ubat aku rasa mengantuk yang teramat sangat lepas bersalin.

Tunggu punya tunggu...aku rasa dah nak meneran. Tapi rasa takut lagi sebab masa ni nurse tak de. Hanya aku dan asben saja dalam labour room. Aku minta asben panggilkan nurse. Nasib baik labour room ni berdepan dengan kaunter..so asben panggil dari dalam je. Nurse datang dan tanya...'dah nak meneran ke?' aku pun jawab 'rasanya macam dah nak keluar dah nurse'. Tapi masa ni sakit hilang sekejap. Nurse pun siapkan peralatan semua. Tengah sibuk-sibuk diaorang buat persiapan hani rasa nak meneran semula. Tapi hani tak pasti nurse dah ready ke belum dan hani pun tak dapat isyarat suruh meneran. Sampai hani tercakap kat nurse 'cepatttt nurse........dah nak keluar dah ni'.
Aku dengar nurse cakap 'eh, awak dah boleh teran dah ni....'
Cis...rupanya dari tadi dia dah ready suruh aku teran, tapi nape tak cakap dengan aku pun.
Aku tak mau la main teran je....kang rabak lak weeiii kalau tak betul timingnya.

Masa nak meneran aku rasa pedih sangat kat 'laluan' tu. Rupanya nurse gunting sedikit di bahagian 'laluan' tu. Kali ni aku rasa sakitttt....terasa dipotong. Masa dulu aku tak rasa sakit lansung sebab sakit contraction mengatasi segala sakit yang lain. 

5.29 am
Alhamdulillah baby selamat dilahirkan. Terus nurse cakap baby apa ni? Girl nurse. Terus nurse letak atas dada. Syukur sakit tak lama dan duduk dalam labour room dalam 40min je. Disebabkan jarak si kakak dan adik ni dekat..laluan dah ada...so baby nak cari jalan keluar pun mudah. Kemudian nurse ambil baby untuk dibersihkan dan diberi pada asben untuk diiqamatkan. Masa ni aku rasa masih segar je, tak letih sangat. Mungkin disebabkan aku tidak mengambil apa-apa ubat penahan sakit. 2!

Kemudian. mula la proses jahit-menjahit. Sumpah kali ni bila dijahit aku rasa sakit sangat. Terasa jarum dan benang menembusi kulit. Sakit giler !!! Sampai keluar air mata aku tahan sakit tu. Terus je cakap dengan nurse. Tak tahan, sakit sangat. Kemudian baru nurse guna ubat sembur. Eh, memula tadi tak bagi ubat kot. Tapi kenapa aku masih sakit lagi. Huurrrmm tahan je la. Bila nurse jahit di lapisan 'kulit dalam'...perrgghh menggigil kaki rasanya tahan kesakitan tu. Nurse memang dah bagitahu, kulit dalam ni sakit sikit. Redha je la. Sambil jahit tu, aku pun sembang la dengan nurse sebab nak lupakan kesakitan yang sedang dirasai tu.

                aku: 'nurse, banyak ke kena jahit tu'?
                nurse: 'tak la, skit je ni...tak la macam jahitan yang pertama dulu'

Akhirnya.....selesai juga. Fuuhhh lega. Barulah asben boleh masuk semula dalam labour room.
Kami dibiarkan dalam bilik tu sehingga pukul 8.00 pagi, sampai nurse shif pagi masuk keje. Masa ni memang puas berbonding time dengan baby. Peluk, cium, susukan baby, bagi baby bau mama dia ni. Syukurrr ya Allah, diberi peluang merasa nikmat ini. Nikmat melahirkan anak...walaupun sakit, walaupun bertaruh nyawa, antara hidup dan mati...tapi percayalah, pengorbanan itu sangattt berbaloiiii...

Borak dengan asben sambil-sambil snap gambar si kecil. Eh, aku rasa kali ni aku lebih bertenaga dan rasa segar...sebabnya kan aku cakap aku takde amik apa-apa ubat penahan sakit. Aku tak rasa mengantuk lansung walaupun seharian tak tido. Tak rasa letih sangat walaupun baru melepasi proses meneran. Kalau dulu, lepas bersalinkan si kakak awliya, aku terus rasa nak tido...mengantuk yang amat sampai aku rasa nak tengok baby pun rasa tak mampu nak buka mata. Sedangkan hati masa tu excited dapat baby pertama. Itu semua kesan ubat yang diambil. Alhamdulillah kali ni semua dipermudahkan. Tak perlu ambik ubat sebab masih boleh bertahan.
Sebelum dihantar ke wad, pemeriksaan terakhir dari doc pulak. Prosedur diaorg la, sebelum keluar dari labour room, kena ada pengesahan dari doc kan. Kali ni doc lelaki. Alahaiii lelaki la pulak. Dari mula sampai nak abis ni elok je nurse pompuan semua yang uruskan. Nak buat camne kan, redha je la. Kalau ko pegi private bole la nak request2 doc pompuan kan. Doc terangkan dia kena seluk sebab nak pastikan tidak ada uri yang tertinggal atau perkara-perkara lain yang boleh timbulkan masalah nanti.
huhu...masa ni aku berdeborrr sangatttt....bab seluk-seluk ni. Fobia rasanya kalau seluk lepas kena jahit. Nasib baik tak sakit sangat.

8.00 am
Dihantar masuk ke wad. Sampai je di katil wad, dah datang doc pelatih nak temuramah. Adoyaiii agak-agak la dik, orang baru kuar dari labour room kot, semalaman tak tido. Bagi la hakak rehat sekejap, baru la nak interview. Adoiii geram juga weeiii. Bukan tak nak bagi kerjasama tapi agak-agak la ye dak!!!

Tapi tu aku cakap dalam hati jer la, nak tak nak aku layankan juga (baik tak hakak ni..huhu)
Lepas sorang-sorang datang weiii nak interview. Ok, aku dah agak dah perkara ni sebab dulu pun sama juga. Semua aku layan dengan mesra tauuu gitewww (ggrrrr).

Asben pergi ambil beg aku dan baby dalam kereta dan hantar dalam wad. Kemudian terus balik untuk rehat sekejap sebab semalaman tak tidur la katakan. Petang nanti asben akan datang semula.
Dia punya letih dan ngantuk mengalahkan bini yang bersalin hewhew.....

Duduk la aku dalam wad bersama baby. Baby lak masa ni memang asyik tido je.
Bermulalah perjalan penyusuan untuk . Aku diajar untuk lebih berdikari. Bermakna aku lebih dibiarkan menguruskan anak sendiri. Maybe sebab ni anak kedua, so aku banyak kena uruskan sendiri. Berbanding masa bersalin anak pertama dulu, kebanyakkan nurse yang tolong buatkan.



1/11/2013
Mak dan adik beradik aku datang melawat. Dan paling aku rinduuuuu sangatttt nak jumpa adalah kakak awliya. Tak sabar nak tunjuk adik baby dekat dia. Selalu dia cium perut aku bila aku suruh dia
sayang adik. Kali ni nak tunjuk adik depan mata dia hehe.
Masa kakak awliya jumpa aku kat wad, dia bukan main peluk aku....oohhh dia pun rindu mama dia juga. Hampir 3 minggu tak jumpa kan.....rasa nak menitis air mata bila anak-anak ada depan mata.
Allahhu akbar....allahhu akbar...tak tergambar perasaan aku ketika ni....sayu, sedih, gembira.
ada suami dan anak-anak...ada ahli keluarga yang lain....syukur ya allah....syukur.

Doc kata kemungkinan hari ni boleh keluar. Rasa macam nak melompat katakkk je dengar hahaha....nasib baik tengah sakit, bersopan santun la sikit kan.

Disebabkan aku dan baby tidak ada mengalami masalah apa-apa, akhirnya kami dapat dicharge juga....yeeaayyyy!!! Jom baby kita balik rumah.....tak sanggup weii dok hospital lama-lama.

Inilah puteri kedua kami.....Adra Nur Zafirah Mohd Zawawi.
Dilahirkan seberat 2.73kg pada hari khamis 31/10/2013.

AdraVirgin. Also an Greek name meaning beauty.
NurCahaya
ZafirahYang beruntung; yang menang

Selamat hari lahir ke dunia sayang.
Kelahiran kamu sangat bermakna buat kami sekeluarga.
Kelahiran kamu menggembirakan kami.

Semoga kamu menjadi anak yang solehah, sentiasa mengingati Allah dan berjaya di
dunia dan akhirat.


 fresh from 'oven'









 

p/s: bila aku tengok anak kecil ini....aku tak pernah rasa serik untuk mengandung lagi...hahaha




















Comments

  1. She's beautiful. Sama dengan nama anak kawan.

    Salam perkenalan. Follower ke #201

    ReplyDelete
  2. Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Perkara Yang Perlu Di Jangka Ketika Masuk Bilik Bersalin. Penting untuk ibu yang mengandung anak sulung, supaya nanti taklah gelabah sangat. :)

    ReplyDelete

Post a Comment

hanizamhuri@gmail.com

Popular posts from this blog

Jemputan Majlis Aqiqah & Kesyukuran

Persediaan ke China

Family trip ke Sabah 2018: Penginapan di Kota Kinabalu