tips menabung

selalunya buat entry shopping sana...shopping sini
warehouse sana sini....haha

kali ni entry menginsafkan diri pulak...
ni salah satu azam baru tahun 2015...
kononnya nak menabung secara kecil-kecilan...
[eh....ada ke ayat tu :-) ]

buat permulaan ni, aku simpan si hijau dan si oren dulu
letak dalam bekas dan labelkan tujuan penyimpanan tu
hopefully aku disiplin dan istiqamah dalam misi penyimpanan ni...hewhew
kurangkan shopping....kurangkan makan diluar....
kurangkan apa-apa yang tak perlu.
memandangkan GST pun akan bermula tahun ni...nilai barang dan perkhidmatan akan jadi mahal kannnn.....
dengan nilai ringgit yang jatuh lagiiii...
takde apa yang kita boleh buat melainkan cari pendapatan lebih atau kurangkan perbelanjaan.
huuuu....cakap macam pakar ekonomi gitewwww

bab kata pepatah....sikit-sikit, lama-lama jadi bukit

ni aku simpan dalam 2 minggu....
cara macam ni sesuai untuk simpan dalam jangka masa pendek
contohnya macam kita nak pergi bercuti hujung tahun ke, tentu kita dah plan nak kena menyimpan dari awal tahun
ni tips untuk orang macam aku yang susah nak menyimpan jewww.....
kalau korang jenis ada je duit sentiasa kannnn, abaikan je tips yang tak seberapa ni heee...
ni aku target nak guna duit bulan 10 nanti....tu yang kena menyimpan dari sekarang...
kalau nak simpan sekali banyak, memang rasanya tak tersimpan kannnn...
sebab banyak sangat komitmen yang menunggu setiap bulan!!
ehh...jangan hujung bulan aku korekkk lak bekas ni sudahhh...kahkah
NO...NO...!!!!! Sila DISIPLIN ye.....

kalau korang nak menyimpan macam nak beli sesuatu aset ke....nak beli rumah ke...
baik simpan dalam bank...untuk tempoh masa panjang.
sebab jumlah kita nak simpan tu akan besarrr juga kan...
tak selamat pulak kalau simpan camni...

korang ada tips...meh la share dengan aku....
sharing is caring kannnn.....

Comments

Popular posts from this blog

Jemputan Majlis Aqiqah & Kesyukuran

Persediaan ke China

Family trip ke Sabah 2018: Penginapan di Kota Kinabalu