car boot sale bandar baru bangi

seperti biasa, aktiviti kami pada hari minggu adalah join car boot sale...dah jadi macam peniaga tetap pulak dah hehe.

ye la, dari duduk rumah takde buat apa-apa (eh! ada ke isteri2 yang dok umah takde buat apa2?? huhu...rasanya takde. tak cukup tangan nak buat keje lagi ada la kannn....

tapi sebab seronok join cbs ni, gagahkan juga join sambil nak menghabiskan barang2 jualan. maybe nanti dah takde barang nak jual, baru stop kot!

so, minggu ni kami try pergi tempat baru iaitu car boot sale bandar baru bangi. Tempat ni baru 3 minggu dibuka. Lokasinya di tempat letak kereta Taman Tasik Cempaka, Seksyen 9 betul2 di sebelah kompleks PKNS Bangi. Bayaran tapak masih lagi harga promosi iaitu RM10.

Kebetulan tengok di fb admin menyatakan minggu ni ada pertandingan suara burung di taman sebelah dimana sebanyak 800 penyertaan. jadi kemungkinan jumlah pengunjung ramai.

Jadi kami pun saje nak try tempat ni sebab pernah dengar orang bagi feedback yang bagus.

Sampai sana dalam pukul 7.20 pagi, tak ramai sangat peniaga masa ni. Dekat pukul 8.00 pagi barulah agak penuh kawasan parking yang hanya memuatkan 25 peniaga sahaja. Kawasan ni agak happening, kawasam taman la katakan...memang ramai yang bawa ahli keluarga beriadah. Best juga bawa budak2 ke sini, boleh main bubble, naik basikal, main kereta kontrol...

cuma sale dekat sini agak kurenggg....walaupun mggu ni minggu dah gaji bagi orang keje gomen. Biasalah tu kan, adat berniaga, kadang kala untung, ada kalanya rugi. orang mmg ramai tapi tidak membeli sangat. Lagi aku rasa tpt sini agak terhad kawasan parkingnya. jadi orang pun malas nak singgah, macam sesak nak masuk ke dalam kawasan taman. ni pendapat aku je laaa....

biasalah tempat baru kan....maybe dah lama nanti makin ramai pengunjung.



sambil berniaga, aku bawa anak2 beriadah juga.  anak2 dah mengamuk nak naik kereta control ni, layankan je laaa....janji diaorang happy kan!


muka puas ati dapat naik

sempat juga aku sambar tabung gergasi, agak unik. besarnya separuh dari badan adeya...hehe.
tabung ni aku dapat harga murah sikit sebab reject...atas kepala minion tu ada benjolan, tak kemas sangat la. Peniaga tu letak harga RM30....minta kurang dapat la RM25...

Harga asal sekitar RM70-RM80.
Bergantung pada design. Design tu kita boleh tempah, nak bentuk kartun ke, super hero ke, team bola ke, muka sendiri pun boleh...tp kalau muka sendiri tu takdelah dapat tiru sebijik kan...

Tabung ni juga kita boleh request nak lubangkan atau tidak. Lubang untuk keluarkan duit tu. Macam aku beli yang reject tu memang  takde lubang, padan muka aku takleh nak kuarkan duit tu hahaha. aku kan tak disiplin sangat, kang kalau ada lubang cepat je aku keluarkan bila terdesak kuikui *lempang sikit

Mengikut kata brader yang jual tabung ni, jika tabung ni penuh dengan syiling...jumlahnya sekita RM2000 - RM3000. So korang boleh bayangkan macam mana besarnya tabung ni.

eh! takde lubang macam mana nak keluarkan duit bila penuh nanti??? jangan risau...tetap boleh keluarkan duit. Nanti nak lubangkan boleh jumpa abg ni semula dengan charge sebanyak rm5 sahaja untuk buat lubang atau boleh pergi mana-mana kedai besi.

Material tabung ni adalah dari besi tong gas....asalnya memang tong gas aircond tu.
dibersihkan dan dilukis bagi nampak cantik...tadaaaa dah jadi tabung. Proses untuk siapkan tabung ni makan masa 4 hari. Rumit juga kan, sebab tu mahal sedikit...handmade semuanya. Eh, macam aku lak yang menjual, detail aku bgtauuu...

adeya dah mula simpan duit....sehari singgit nanti dah besar baru bole buka yeee...






Comments

  1. comelnya tabung tu..teringin nak beli..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cik kamila,

      klu nak beli, sy boleh orderkan sekali sebab adik sy pun nak beli juga

      Delete
    2. Sis.mcm mane nk order tabung ni?

      Delete
    3. mcm mne nk oder tbung ni sis?harga brpa ye

      Delete
    4. Baru dapat tabung ni..berbaloi2 beli.mcm nak beli lagi..sape nak selit order boleh la whatapps 0173393918 nak beli utk both kids plak

      Delete
  2. as salam
    mcm mana nak join car boot sale nie

    ReplyDelete
    Replies
    1. anim, kalau nak join...whatapps admin 011-22007730

      Delete
  3. comelnyaa...bestnya kalau dapat beli jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg comelkannn....tu yg hani pun terbeli jugaaa....walaupun tak tau la penuh ke tak tabung tu nanti hihi

      Delete
  4. kak liza suka shopping di carboot sale bandar seri putra

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak liza,

      ramai yg cakap di bandar seri putra best dan besar. teringin juga....insha allah nanti nak try join juga

      Delete
  5. Kat mana nak beli tabung tu ye kak? Cantik pulak tengok

    ReplyDelete
  6. Sis ble pm no x..nk join gak cbs ni..tp slalu xtau kt mne yg ada..klu ble contact sis ble roger2 bila2 ada

    ReplyDelete
  7. Saya nk bli tabung minion tu blh wasap sy tak 0176503272-azie

    ReplyDelete
  8. You there, this is really good post here. Thanks for taking the time to post such valuable information. Quality content is what always gets the visitors coming. mobile car detailing perth

    ReplyDelete

Post a Comment

hanizamhuri@gmail.com

Popular posts from this blog

Jemputan Majlis Aqiqah & Kesyukuran

Persediaan ke China

Family trip ke Sabah 2018: Penginapan di Kota Kinabalu