Awliya Nur Zara - 3 tahun

6 Julai 2015 bersamaan 19 Ramadhan

alhamdulillah.....anak dara sorang ni dah genap 3 tahun.
cepat masa berlalu....cepatnya anak mama membesar.

dah 2 tahun berturut sambut hari lahir di bulan Ramadhan...syukur.
sebenarnya 6 Julai jatuh pada hari isnin, jadinya kami sambut besday in advanced hari Ahad tu.
bolehlah mama masak special sikit kan. kalau hari keje memang susah sikit nak masak heeee.

Pagi tu kami keluar pergi Tesco beli barang dapur sikit untuk memasak.
Cari juga lah kek....tak best pulak sambut besday takde kek kan. cari pun yang kecil je,
maklumla bukan ada orang makan sangat kan.
mak ayah pun yang makan je nanti...

sampai je rumah, terus siapkan masakan nasi arab mandy.
buat dadih strawberi.
konon nak buat homemade pizza, tapi tak sempat.
lagipun dah banyak makanan rasanya.
nanti membazir pula kalau tak habis kan!



Lepas makan nasi arab, rehat sekejap. lepas tu terus keluarkan kek.
kakak dari balik tadi asik dok sebut je mana kek dia.
beria la mama suh dia tukar baju dan pakai tudung yang baru beli hehe.
cakap nak tangkap gambar pastu nak tunjuk kat atok.
kena la pakai cantik-cantik.
nasib kakak awliya ikut jeww....tgh xcited la katakan nak makan kek.





Di usia 3 tahun ni, semakin bijak.
Petah berkata-kata. Melawan pun ada juga huhu.
Dah boleh disuruh dan diharap.
Cuma perangai suka meragam tu kadang kala menguji kesabaran juga hehe.

Hepi sangat kakak awliya.....
Selamat Hari Lahir anak kesayangan mama Awliya Nur Zara.
Mama sentiasa doakan yang terbaik buat kakak.
Jadi anak yang solehah, jadi kesayangan semua....dan yang penting jadi kesayangan Allah & Rasul.
Kami semua sayang kakak dunia dan akhirat.


walaupun adik adeya selalu buli kakak.....tapi adik tetap sayanggggg kakak tauuu.
celamat hari lahir kakak - adik adeya.







adik nak tiup lilin juga la mama....




 cinta hati mama


'kakak sayangggg mama'



ada budak nyibuk nak potong kek juga




besar dah princess mama sorang ni....:)
3 tahun 

Comments

Popular posts from this blog

Jemputan Majlis Aqiqah & Kesyukuran

Persediaan ke China

Family trip ke Sabah 2018: Penginapan di Kota Kinabalu