Posts

Showing posts from September, 2015

nak let go baju kawin

Image
assalammualaikum hani nak let go baju masa kawin dulu... pakai sekali je masa majlis bertandang... kos baju ni dulu hampir 1K. material: satin (putih) & chiffon (maroon) ukuran: update kemudian. foc: veil hani nak let go RM400 (nego) kalau berminat email: hanizamhuri@gmail.com atau whatapps 018-3124415

dah daftar sekolah awliya

Image
dilema mencari sekolah untuk awliya berakhir juga. tahun depan awliya dah 4 tahun, kejap je dah besar pun anak dara sorang ni.. alhamdulillah, semalam dah ke Little Caliph Sri Petaling untuk hantar borang pendaftaran si awliya. so confirm la next year awliya akan bersekolah di sini. aku tak banyak survey pun sekolah awliya ni, sebab dah aim nak hantar ke LC ni. untuk pendaftaran kena bayar sebanyak RM200 dahulu untuk booking kiranya bila dah bayar, so nama akan dilocked terus. risau kalau dah penuh, k selebihnya perlu dijelaskan sebelum 15 Nov 2015. menurut teacher di situ, selepas 15 Nov, fee baru pulak.. jumlah keseluruhan yang perlu dijelaskan dalam RM2100..sebab ambil fullday kan.. kalau ambil kelas separuh hari je, yurannya lebih murah. huhu....dah macam daftar nak masuk universiti pulak kannn... takpe lah nak, mama tetap akan tunaikan janji mama nak sekolah kan kakak tahun depan k! lepas ni kena la berjimat-cermat ye....tak boleh shopping sangat (ye ke???) heeee

Rumah Terbalik Upside Down Art Gallery

Image
sebelum entry ni menjadi entry basi, baik cepat-cepat aku up...huhu dua minggu lepas aku ada bengkel di Hotel Corus Paradise , Port Dickson dari 13-15 Ogos. bawalah anak-anak sekali bersama en asben.... berbengkel sambil bercuti sekali... en asben kena la cuti sebab nak kena jadi mr mama heeee....jagakan anak-anak masa aku tengah berbengkel. habis bengkel pada hari Sabtu, so lepas tu ingat nak ke jalan sekitar PD. kesian pula dekat anak dan asben, terperap dalam bilik hotel, tak pun takat pegi swimming pool dan jalan tepi pantai je. memandangkan kami tak pernah sampai ke rumah terbalik ni, so kami plan ke sana. sebelum ni pernah dengar rumah terbalik di Kundasang je kan. lepas lunch di hotel, kami terus gerak ke sana. tak jauh sangat pun, ke arah Teluk Kemang je. bila dah sampai baru perasan dekat sangat dengan ostrich farm yang pernah kami sampai dulu. bayaran masuk: RM15 bagi dewasa dan RM10 bagi kanak-kanak di bawah 12 tahun. kalau anak di bawah 90cm, masuk

wallpaper Kaison

Image
dah lama teringin nak pergi Kaison ni tapi selalu tak berkesempatan so last week plan dengan ofismate ke Kaison di Paradigm Mall masa lunch hour pada hari Jumaat       agak lama juga kami habiskan masa di sini tak tahu nak beli apa sebenarnya, mula-mula sekadar window shopping. sekali nampak wallpaper....eh baru teringat nak beli wallpaper rambang mata juga nak pilih... tapi kebanyakkan corak yang aku berkenan, dah tak banyak yang tinggal  aku pun beli je la satu gulung je... sebenarnya tak tahu nak tampal kat mana lagi wallpaper ni,  tu pasal beli satu gulung je....lagipun nak test pasang dulu, senang ke susah.... harga segulung RM19.90 (10 meter) lebar pulak dalam 45cm. punya lama dalam kaison...seketul ni je aku beli huhu dah seminggu je aku beli wallpaper ni, tapi tak pasang-pasang lagi semalam cuti merdeka baru la asben pasangkan.. sempena Merdeka katanya, barulah pasang wallpaper baru... rupanya wallpaper