wallpaper Kaison

dah lama teringin nak pergi Kaison ni tapi selalu tak berkesempatan
so last week plan dengan ofismate ke Kaison di Paradigm Mall masa lunch hour pada hari Jumaat




     








agak lama juga kami habiskan masa di sini
tak tahu nak beli apa sebenarnya, mula-mula sekadar window shopping.
sekali nampak wallpaper....eh baru teringat nak beli wallpaper

rambang mata juga nak pilih...
tapi kebanyakkan corak yang aku berkenan, dah tak banyak yang tinggal 
aku pun beli je la satu gulung je...
sebenarnya tak tahu nak tampal kat mana lagi wallpaper ni, 
tu pasal beli satu gulung je....lagipun nak test pasang dulu, senang ke susah....
harga segulung RM19.90 (10 meter)
lebar pulak dalam 45cm.

punya lama dalam kaison...seketul ni je aku beli huhu

dah seminggu je aku beli wallpaper ni, tapi tak pasang-pasang lagi
semalam cuti merdeka baru la asben pasangkan..
sempena Merdeka katanya, barulah pasang wallpaper baru...
rupanya wallpaper ni sangat senang nak pasang
buka pelekat gam di belakang dan tampal....
kalau ada tersilap pasang atau senget ke, just buka dan betulkan...
tak rosak pun wallpaper tu.
ratakan pun dengan tangan je,,,tak perlu apa2 alat pun...


tak cukup jugak untuk dinding tu...sikit je lagi...
nampaknya kena terjah ke Kaison lagi
asben pun nampaknya suka pasang wallpaper ni, siap cakap
'kalau penuhkan dinding ni cantik gak kan'
ehhh...dulu dia juga yang tak suka nak pasang wallpaper...mahal katanya.
ni bila nampak rumah dah berseri sikit, dia pun jadi sukaaaa....
dan yang penting murahhhh !!!!
semangat pulak nak make over rumah....bosannn weiii sama jeee kan...
bole beli sekali wallpaper untuk bilik pulak hehe

next time nak ke Kaison Setia City Mall, kawan kata di situ lagi besar
dan banyak sangat pilihan wallpaper...
tak sabarnyaaaaa......


eh....nak tengok keee dinding rumah kita yang dah di make over oleh wallpaper kaison...hehehe

tadaaaaaa..............


*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*



wallpaper kaison
























Comments

Post a Comment

hanizamhuri@gmail.com

Popular posts from this blog

Jemputan Majlis Aqiqah & Kesyukuran

Persediaan ke China

Senarai car boot sale