Weeks 2:: Cabaran #wannabefit
minggu ni merupakan minggu ke-2 program #wannabefit
so kena tunjuk buku rekod dekat coach utk lihat progress sepanjang minggu yang lepas
diet aku memang kelautttt....bertahan 2 hari je, lepas tu belasah makan pizza, kek coklat, teh tarik...
sebab ada jamuan...
adoiiii manis semuanya...
yang goreng2 pun ada gak makan masa cuti weekend ari tu...
iman tak kuat sungguh kalau dok umah ni..
nasib baik ada gak la buat excercise dalam umah...
buat indoor cycling selama 30 minit...setiap hari..
pastu senamrobik sambil ikut kat youtube...masa tu pun dapat buat sebab anak2 tengah tido..
kalau tak susah tau nak excercise, ada je yang ngacau!
nampak mama dia naik beskal tu, sibuk la nak naik juga kannnn...
saborrr je la anak2 ni...
nasib baik ada gak progress aku, turun la jugak 1.4kg...lemak pun turun sikit 900g (cisss sikit jeee)
hurmmm cuba kalau aku tak 'cheat'...mesti lagi banyak turun kan..
ishh menyesal kemudian tiada gunanya...
untuk cabaran minggu ke-2 ni, harap2 la aku ni istiqamah jaga pemakanan..
dan teruskan dengan excercise...
wish me luck!
kelas minggu ni belajar berkenaan G1 (Glycemic Index)
eh....apa kebondonya tu???
Apa itu Indeks Glisemik/Glycemic Index (G.I)?
Glycemic Index merupakan tahap pengukuran kualiti untuk karbohidrat dalam sesebuah makanan, berdasarkan berapa pantas 50g karbohidrat tersebut untuk menaikkan paras glukosa dalam darah. Kadang-kadang, ia juga merujuk kepada berapa pantas insulin yang akan dirembeskan (oleh pancreas) sebagai tindak balas oleh karbohidrat tersebut, dan berapa pantas karbohidrat tersebut dicernakan. Nilai rujukan untuk G.I ialah 100 (iaitu nilai G.I untuk glukosa).
(Rujukan::http://sususejat.com/apa-itu-glycemic-index/)
Kalau nak tau lebih lanjut tentang G.I ni uolls google je la ekk...
So sekarang ni kalau nak pilih makanan, pilih la yang LOW G.I
tengok pada maklumat pemakanan pada pembungkus..
contohnya macam roti di bawah ni adalah yang low G.I
lebih bagus dari roti putih yang biasa tu..
lebih bagus dari roti putih yang biasa tu..
walaupun low, tapi make sure ambil 2 keping sahaj permeals k!
sebab roti stil ada kalori..
menu sihat hari ini
nasi putih
keli bakar
tomyam campur (tanpa tumis)
No OIL, No SUGAR
Comments
Post a Comment
hanizamhuri@gmail.com