cabaran selama 7 minggu


entah macam mana aku boleh join program ni...
tujuannya memang la nak sihat kan...
nak sihat mesti la kena hadap cabarannya dulu..
program ni berjalan selama 7 minggu....
seminggu hanya sehari je aktiviti ni dibuat selama 2 jam..
means 2 jam tu akan diisi dengan ceramah kesihatan dan juga aktiviti senam/zumba/kick boxing
peserta diberikan buku catatan...untuk catat berat, makanan yang dimakan setiap hari dan
aktiviti yang dilakukan 
fuhhh.....ingatkan join gitu2 je ko...
azab weeiiii.....maklumlah selama main telan je semua benda kannn!!!
bila kena sekat itu tak boleh....ini tak boleh...
merana jiwa dan raga tauuu....
bertabahlah hani oiii...ko sendiri yang nak join kan...


trainer selalu tekankan...apalah apa saja tapi pastikan NO SUGAR, NO OIL...
so kena la kreatif pelbagaikan masakan.

apa yang boleh dimakan???
makan apa saja tapi yang tidak mengandungi gula dan minyak...masak pakai minyak zaitun pun tak boleh tau!
boleh masak kari, sup... tapi pastikan bawang2 dan rempah ratus tu tidak ditumis k!
banyakkan makan karbohidrat(carb) sebab carb ni yang memberi tenaga kepada kita..
so kita dah tak perlukan gula pun dalam badan sebab dalam carb ni pun dah ada gula...
- boleh makan ikan, ayam, daging,
- banyakkan makan sayur-sayuran

ni antara makanan yang perlu dielakkan sepanjang program [dan kalau diteruskan selepas program pun lebih bagus...]
- NO process food - sosej, fish ball, daging/ayam cincang. nugget dll
- NO minuman manis (teh tarik, milo dan air buah. Tapi boleh minum kopi o tanpa gula tau.
Kopi ni salah satu pembakar lemak dalam badan kita. NO SUGAR tauuu....(errkkk aku dah try....pahitttt)
- NO buah-buahan. sebabnya buah ni manis..so kena elakkan utk 7 mggu je..lepas tu dah bole makan
- NO kicap, sos, perisa tambahan (kiub ayam/ikan bilis, sesedap rasa dll)

lakukakn senaman paling kurang pun setengah jam setiap hari....senaman tu tak semestinya ko kena p taman berjongging berlari semua tu...dalam opis pun boleh buat. 
trainer pun ada ajar kami cara buat senaman sambil duduk....berpeluh gak weiii walaupun dok dalam ekon. kalau di rumah, kemas2 rumah, mop lantai tu pun dikira senaman tapi pastikan kena buat lebuh dari 10 min sebab pembakaran lemak akan berlaku selepas 10 min....eh! kalau nak rehat pastikan lepas setengah jam tu...jangan la buat 5min dah nak berehat.

jadi bermulalah episod diet aku malam tadi..
dari malam tadi aku tak minum air manis....selalu kalau di ofis, setiap pagi aku akan minum teh tarik besar punyaaaaa...
hari ni aku rasa macam lalok ko...ngantuk gile bila tak dapat air manis!!
tapi aku kuatkan semangat juga!!!
hikmah juga tak minum air manis ni, separuh hari aku dah dapat abiskan 2 botol air masak...
kalau tak, sebotol nak minum bagi abis pun susah...
so sampai ke petang aku dah abiskan 4 botol air masak tau....*tepuk tangan utk diri sendiri
aku harap dapat teruskan sampai minggu ke 7...

hurrmmm apa lagi ek....tu je yang aku ingat setakat ni...nanti aku update lagi program ni dan share apa yang aku pelajari dari trainer ni...

Comments

Popular posts from this blog

Jemputan Majlis Aqiqah & Kesyukuran

Persediaan ke China

Senarai car boot sale