Jalan2 kenal haiwan @ Zoo Negara

Aktiviti hari sabtu minggu lepas.
Dah lama nak bawa awliya jalan-jalan di Zoo Negara ni, tapi selalu tak berkesempatan.
Setiap minggu bz je. Mana g kusus la, balik kampong la...
So, minggu ni memang dah kosongkan jadual.
Dah plan nak bawa awliya juga ke sana sebelum mama cuti bersalin nanti.

Jalan jem sangat, ye la...klu hari sabtu time camni kat kl memang la jem kan...
time orang balik keje [yg keje swasta]
Sebelum tu, pegi ambil mak dan anak buah dulu di Subang sebab nak bawa diaorang sekali.


dah siap2 nak g jenjalan

Cadangnya nak pegi pagi, si ayah ngan awliya lambat sangat bangun.
Pukul 12.30 baru keluar rumah.
Kami sampai dah petang, dalam kul 3.30.
Bayaran masuk RM30 untuk dewasa, RM6 kanak-kanak dan RM10 warga emas.
Tapi jangan lupa tunjuk mykad tau...klu tak u all kena bayar lagi mahal dari harga tu.
Untuk kanak-kanak bawah 3 tahun, free je.

Gigih kami bawa 2 stroller, tapi takde nya 2 orang budak kecik ni nak duduk
dalam stroller. Masing-masing sibuk nak jalan kaki, dukung pun tak nak.
Xcitednya punya pasal dapat tengok binatang.
Awliya dari mata ngantuk terus segar bugar.

Kami terlepas juga show burung ngan anjing laut.
Show tu pada pukul 11 pagi dan 3.00 petang.
Rasanya ni je yang paling menarik dekat zoo negara ni.

Pada pendapat aku la, zoo Melaka lebih menarik sebab lagi banyak
binatang.
Zoo Negara ni aku tengok macam takde perubahan.
Sama je macam aku pergi 13 tahun yang lepas.
Binatang pun macam tak banyak sangat.
Tapi bolehlah setakat nak bawa anak2 kan...nak ke Melaka tu jauh la pulak.
Kalau kebetulan ke arah sana, bole juga singgah zoo.

Kami keluar dari zoo dalam pukul 6.30 petang.
Bila nak balik, baru la masing2 nak dok dalam stroller sebab kepenatan berjalan.
Awliya dan sepupunya  terus tertido bila masuk dalam kete.
Kami terus je balik rumah, tak de singgah mana-mana dah...
Tercapai juga hasrat kami nak bawa awliya jalan2 kenal haiwan ni hehehe....
Selalu kenal haiwan kat dalam buku je kan...
Hepi bila tengok anak-anak hepi....



 'mama....elephant besar la'


tengok....awliya teruja betul tengok elephant tu


 bangau...oh...bangau

kusyuk tengok zirafah

Comments

  1. Hani dah tukar kereta eh...hiksss

    Lor..harga tiket dah naik eh...last year kalau tak salah akak RM25 utk dewasa..

    Wahh..best aaa..Awliya gi jln2.... :-)

    ReplyDelete
  2. ha'a kak...dah tukar kete, masa bulan 2 ari tu..amik exora.
    fmily dah bertambah besar, kete amik kete besar skit...kang tak muat lak hehehe

    ReplyDelete
  3. mahal kan harga tiket skrg ni...rasa macam tak berbaloi lak hrga camtu, tp kat dlm xler best mana pun..
    tp sebab nak bawa awliya, pejam mata juga la....nti ada rezeki bw awliya g zoo Melaka lak..

    ReplyDelete

Post a Comment

hanizamhuri@gmail.com

Popular posts from this blog

Jemputan Majlis Aqiqah & Kesyukuran

Persediaan ke China

Family trip ke Sabah 2018: Penginapan di Kota Kinabalu