Posts

minum susu kambing

Image
Seperti yang diketahui, susu kambing ni kan susu kedua terbaik selepas susu ibu.   Tapi ramai yang tak tahu kebaikkan susu kambing ni. Kenapa?? Sebab pemikiran kita telah didedahkan dengan kebaikkan susu lembu oleh orang Barat. Sedangkan kita tidak tahu, susu kambing adalah lebih baik dari susu lembu. Susu kambing adalah minuman kegemaran Rasulullah kita. sunnah nabi tu untuk kita amalkan. Aku nak share pengalaman minum susu kambing ni. Sebelum ni aku memang payah nak minum susu kambing ni. Daging kambing pun aku tak makan, inikan pula susu dia. Tapi bila aku preegy anak pertama hari tu, aku paksa juga diri untuk minum susu kambing ni. Sambil minum, tutup hidung sebab rasa macam tak tahan baunya. Bila setiap hari aku minum..aku dah jadi terbiasa. Aku jadi suka...dan aku bole minum tanpa tutup hidung sekarang ni. Bau pun aku dah boleh tahan. Alhamdulillah, anak aku tidak terkena kuning (jaundies) semasa dilahirkan [dengan izin Allah]. Tapi ...

homemade oreo aiskrim

Image
aku ni peminat tegar aiskrim.... terutamanya aiskrim yang kat mcd tu.. oreo mcflurry....dan segala macam aiskrim la aku suka... pernah aku beli aiskrim tutti fruity, sebekas sampai rm20 bekas kecik je pun....tapi sebab nak mkn aiskrim pnya psl, sekali sekala bole la, kalau selalu....bangkrap juga kan. setakat aiskrim je kot....boleh dapat sepinggan nasi weeiii.... tetiba aku terpikir nak buat aiskrim sendiri - ni bila dtg mood rajin mula la mengoogle cari resepi. semangat punya kental nk buat, balik keje terus pegi beli brg dkat giant dkat je dgn ofis. smpai umah, xsempat rehat...terus je g dapur. Sekali spoil mood daaa....susu tu dah rosak, bau masam dah...cehhh rugi duit aku..nsb baik giant tu jauh dr umah, klau x aku dah g antar balik dah. mula2 asben aku kata 'esok je la buat'.... Dengan kecewa aku cakap esok mood rajin dah xde...sobs...sobs Asben aku pnya la kesian kat aku sbb tgk punya la smgat nak buat aiskrim, terpaksa la kuar umah semul...

check up 38w @ HUKM

Hari Selasa (22/10/13) aku ke HUKM untuk buat check up kali ke-2 sampai sana lagi 10 min kul 9.00 pagi ... masya allah, ramainya orang.... lepas dah dapat no giliran, nak pergi buat pemeriksaan BP pun kena menunggu lama. Adoiiii....ada kot dekat sejam juga. Masa ambil tekanan darah, nurse bagitau denyutan jantung tidak normal. Maksudnya bergerak laju. Macam orang kepenatan, lepas berjalan or berlari. Sedangkan aku duduk je sementara menunggu giliran, tak jalan mana2 pong... Biasanya bacaan normal adalah 110...tapi aku punya bacaan 120. Buat sekali lagi...124....sekali lagi 126... haaaa....makin naik ko.... Bacaan BP aku normal dan tiada masalah. Nurse suruh buat ujian air kencing dulu dan minta datang sekali lagi. Lepas setel buat ujian air kencing, aku duduk dan rehat sekejap. Lepas tu buat lagi tekanan darah tu. Bacaan still sama. 120 So, nurse just kata nanti just bgtau doc je bacaan tinggi. Lepas setel, tggu giliran untuk scan pulak. Yang ni nasib baik tak lama...

Zon Kemas::Awliya's Playroom

Image
 Memandangkan awliya ada di kampong, cuti weekend aku ngan asben memulakan projek yang dah lama aku plan nak buat. Nak jadikan bilik no 3 sebagai PLAYROOM untuk awliya dan adiknya nanti. Sebelum ni aku letak mainan kat ruang tamu supaya mudah untuk awliya nak main. Tapi aku jadi sakit mata pulak bila ruang tamu selalu bersepah. Idea nak buat playroom ni dah lama, tapi tak berkesempatan nak kemas bilik ni. Kalau budak kecik tu ada kat umah...korang ingat bole ke nak buat keje2 mengemas ni... Dia tolong sekali weeiii....bila time dia tido, masa tu pulak aku nak buat keje2 lain. Kadang2 time dia tido la aku nak rehat sekejap...kalau tak melayan dia je la. Sebelum aku cuti bersalin ni, aku pun ajak la en asben mengemas bilik ni. Asalnya bilik ni ada katil bujang, so ruang sempit sikit untuk awliya main-main dalam bilik ni. Jadi aku kuarkan katil bujang tu dan letak dalam bilik no 2. [bilik tetamu]. Secara tak lansung, bilik no 2 pun kena kemas juga...penattt ...

Mom & Baby Expo 2013 dan Baby Fair Mega Sale

Image
  haaa...kan aku pernah cakap...aku ni meroyan sikit klu ada baby sale ni.. kalau boleh semua aku nak pegi...hehehe tapi kali ni macam tak dapat nak pegi aku dah rasa tak larat nak berjalan dah ye la...due date aku lebih kurang seminggu je lagi memang elok dah dekat-dekat nak bersalin ni banyakkan berjalan kan... tapi aku tak sanggup la nak berjalan kat tempat yang sesak dengan orang ramai ni.. mau berlaga-laga perut kang, terberanak lak kat sana hahaha   walaupun kadang-kadang aku tak tau nak beli apa kat ekspo ni sebab brg baby semua dah ada kan, tapi aku suka jugak window shopping...jamu mata kata orang. kadang2 dari xtau nak beli apa, sampai sana ada je hasil tangkapan yang akan aku bawa balik. dah kata kaki shopping kan, ko ingat boleh balik tangan kosong ke....mana boleh arrr... asben aku geleng kepala jer....   so, aku saje post poster-poster ni nak war-warkan pada mommies/bakal mommies yang tak perasan la...

progress rumah sewa

Image
ramai tul rakan blogger dok post psl beli rumah baru/renovation rumah sendiri. seronok je kan tengok...rumah kwn2 kita, besar-besar. Alhamdulillah. aku yang dok kat area KL ni memang tak mampu la nak beli rumah macam tu. tau2 je la harga rumah kat sini....tak MUNASABAH kadang2. so yang mampu beli rumah apartment/kondo je la. kalau nak beli rumah landlord ni, kena la cari luar KL. kali ni aku nak update psl renovation rumah aku ari tu... yang pernah baca post aku sebelum ni, aku pernah mention ni rumah lelong kos rendah je.. itu je termampu nak beli...hehe apa pun, syukur alhamdulillah kan.. itupun bukan utk duduk, untuk bagi sewa je. pelaburan jangka masa panjang. progress rumah ni dah 80% siap renovation. tinggal nak letak tai di bahagian porch dan ruang tamu, pasang pintu, pasang tingkap dan cat sahaja. maybe dalam seminggu lagi boleh siap sepenuhnya. ramai betul yang bertanya, nak sewa... tp tak berani lagi nak bagi confirmation, sebab belum siap sepenuhnya. ...

Bila anak jauh.....

Image
Dah seminggu awliya dihantar dekat kampung di Ipoh. Duduk ngan atuknya... Masa balik hari raya haji hari tu..terus tinggalkan dia kat sana. Sementara aku menunggu masa untuk bersalin Risau juga kalau bersalin malam-malam nanti Sape nak jaga awliya kan....klau waktu siang tu bole juga hantar ke rumah pengasuh, tapi kalau malam2...tak nak la mengganggu orang pulak kan. Jadi atas alasan tu la aku TERPAKSA hantar ke kampung. Sedih juga nak tinggalkan dia.. Hari-hari call mak tanyakan dia.. Kadang-kadang video call, nak tengok dia... Kadang-kadang abang dan adik post gambar kat fb Terubat sikit rindu... Mak kata awliya ok je, tak meragam sangat pun.. Lagipun awliya kat sana ada kawan sepupu dia tu... Mainan pun banyak kat sana, memang suka la dia kat kampung tu. Bila atoknya tanya mana mama dan ayah, siap geleng-gelengkan tangan... Maksudnya 'tak de'... Gud girl anak mama...dah besar, pandai berdikari bila jauh dengan mama ngan ayah yerrr.... Bila kat sini, mam...