Posts

Baby KIKO Warehouse Sale 25-28 Jun 2014

Image
hari ni dah gaji, ada lak warehouse sale ni....tergugat iman weiii aku tak pernah lagi pergi warehouse sale ni. teringin juga nak pergi, tapi tak nak ikutkan napsu ni sangat kekekeke... sebab kalau pergi kompem aku ni akan memborong banyak. bulan ni kena berjimat sikit, sebab bujet telah diperuntukkan untuk hal yang lain. dah 2 bulan ni asik shopping baju budak-budak je. aku suka jenama kiko ni, baju berkualiti dan comel-comel. banyak juga baju anak aku beli jenama KIKO ni. kali ni nak beli baju raya untuk anak-anak tapi aku ingat nak beli kat jusco je. nak raya kan, mesti shopping complex pun buat sale gile2 punya. so kali ni aku taknak bersesak-sesak kat tempat panas dan ramai orang. Maybe next time akan terjah juga warehouse ni. U all yang suka juga shopping....jangan tunggu lagi, terjah la cepat. Dari 25-28 Jun 2014. Dibuka dari 10.00 pagi hingga 5.00 petang. Terjah jangan tak terjahhhhhh.............

adra tumbuh gigi

Image
dah lama tak bercerita perkembangan anak-anak. mood nak update blog ni memang berkobar-kobar, banyak perkara nak dikongsi bersama tapi bila nak mula menulis terus 'lost'...tak tahu nak karang ayat heee.. lemau sungguh sekarang ni. Insha allah, akan cuba juga untuk merajinkan diri update blog ni. Seminggu yang lepas si Adra demam, pakej sekali dengan batuk dan selesama. Demam berduet sekali dengan kakaknya. Mungkin disebabkan cuaca yang panas sekarang ni, berjerebu. Tapi nasib baik tak teruk pun demamnya, orang perak kata dedo je. Masih aktif dan tak reti duduk diam. Cuti weekend ni baru perasan, Adra dah tumbuh gigi rupanya. 2 batang. Tapi hanya sebatang je nampak dah terkeluar dari gusi, sebatang lagi masih terbenam...tapi boleh rasa dah dengan jari. Maybe seminggu ni akan nampak lagi sebatang tu. Adra dah 7 bulan++. Agak cepat tumbuh gigi berbanding dengan kakak Awliya... Dulu si kakak masa umur 8 bulan baru tumbuh gigi. Patut la tak sihat minggu lepas. Sek...

Pertama kali MENCANDAT SOTONG 30&31 Mei 2014

Image
Sebelum cerita ni menjadi basi, masam dan pekasam, baik di'up'kan entry ni cepat-cepat. Sebenarnya aktiviti mencandat sotong ni planning last minit. Menumpang orang hehe.... Dah lama teringin nak merasa mencandat sotong ni. Nasib baik ada kekosongan...rezeki. Kami menginap di rumah mak mertua abang aku di Kuala Berang. Bertolak dari Seri Kembangan pada pukul 11.00 malam dan sampai di Kuala Berang pada pukul 5.00 pagi. Lepas solat subuh, kemudia sambung tido, pukul 9 pagi baru bangun. Terus aku bersiap apa yang patut, sediakan stok susu dan masakkan bubur untuk adra. Anak-anak tinggal dengan nenek diaorang. Nasib baik la mak aku bole ikut sekali... Pestime nak tinggalkan adik adra ni, susah hati juga bila tengah-tengah malam dia cari mama dia ni . Tapi ku kuatkan juga semangat huhu.. Demi merasa pengalaman mencandat sotong kuikui.... Pukul 3 petang kami dah bergerak ke Jeti Marang , perjalanan dalam 1 jam dari Kuala Berang. Sebelum tu kami dah siap-siap beli bek...

Hytex Warehouse Sale 23-25 Mei 2014

Image
Hari jumaat lepas berkesempatan pergi warehouse ni. Kebetulan dekat dengan opis, 10 min je. So, waktu lunch yang panjang, aku dan dua orang rakan pun terjah la ke tempat ni. Orang pun tak ramai, time hari keje kan... Aku aim nak cari baju si kakak awliya, sebab banyak baju dia dah tak muat. Hurrmmm aku rasa macam tak berapa menarik sangat warehouse ni... Kebanyakkan stok baju yang lama-lama, ada yang nampak dah lusuh. Rasa macam tak berbaloi dengan harganya pulak. Ye..aku tau jenama tanderly, disney, looney tunes ni memang mahal sikit kat pasaraya. Eh, aku tak kisah stok lama pun janji elok lagi kan. Memang gigih la ko kena pilih. Ada juga baju yang baru yang masih elok berlipat tapi tak banyak la. Harga pun takde la murah sangat...biasa-biasa je. Harga RM3 tu pun sepentot budak je.. Yang baju semua harga RM5 ke atas. Yang jenama Tanderly harga RM8 sehelai.. Kalau Disney dan Looney Tunes tu murah la skit dalam RM5. Kalau baju sepasang baju dan seluar harganya R...

Perlindungan untuk anak tersayang

Image
Alhamdulillah bulan lepas baru dapatkan insurans dan medical card untuk si kakak Awliya. Untuk si adik dah ambil tahun lepas.  Selalunya orang kita (orang Melayu) memang tak nampak sangat kepentingan insurans ni berbanding kaum yang lain. Kalau tengok kaum Cina, kebanyakkan mereka akan ambil polisi insurans untuk anak-anak mereka sejak mereka lahir lagi. Fuhh...dah boleh tarik nafas lega sedikit bila dah ada medical card untuk anak-anak yang tersayang. Full Coverage / RM200 Full coverage tu semua perbelanjaan kos rawatan di hospital ditanggung sepenuhnya oleh pihak insurans dan RM200 tu adalah kelayakan elaun wad. Maksudnya boleh duduk dalam wad yang berharga RM200. Eh...satu lagi, dapat lagi RM200 elaun wad kalau kena admit. Dulu memang hani tak berapa kisah sangat pasal insurans. Pernah juga ambil untuk diri sendiri, tapi separuh jalan je. Masa tu pikir tak pe la takde insurans pun, sebab keje gov boleh je pegi spital gov. Tapi bila dah kawin, ada anak...i'm al...

Review Avent Natural Manual Breastpump

Image
Hari ni aku nak review Avent Manual Breastpump ysng aku gunakan sekarang. Aku pernah janji dalam POST NI untuk buat review lepas guna kan. Sebelum ni guna Madela Freestyle, tapi ada problem sikit pam tu. Suction dah tak kuat. Kena gantikan spare kit yang baru. Sementara nak beli yang baru, aku guna dulu la yang manual ni. Aku beli Avent Manual BP ni masa pregnant anak kedua. Masa ni saje je beli, buat backup je. Memandangkan anak kedua, kebanyakkan keperluan dah ada...so boleh la invest beli backup bp Nasib baik juga aku beli pam manual ni. Semasa aku kena bengkak susu selepas seminggu bersalin, pam medela seperti tidak berfungsi. Kalau pam, makin sakit tapi susu tak keluar pun. Dan kebetulan masa tu charger medela fs tah hilang ke mana, baru teringat nak guna Avent ni. Kali pertama guna memang janggal...hahaha...dah biasa guna fs la katakan. Tangan rileks je. Yang ni lenguh tangan sikit la. Tapi aku suka sebab susu keluar dan breast pun kurang sakit. Aku tak rasa r...

bila si kecik bertudung

Image
Sekarang ni kami sekeluarga ada di Ipoh. Bercuti sampai hari wesak ni. Bila mama takde keje, anak la yang selalu jadi mangsa hihi. Petang tadi kami adik beradik berborak-borak, tiba-tiba datang idea nak buli budak kecik ni. Adik hani terus ambil tudung kecik dan pakaikan pada adra. Adra pula ok je, redha dengan perangai mama dan mak lang dia ni. Adik lelaki hani pula jadi photographer, terus amik kamera DSLR. Hehe...ni la hasilnya. Adik adeya jangan maree eee.....  ada rupa macam ustazah tak? hehe sibuk nak tarik rumput tu dah merengek, masa ni dah penat....tak selesa sebab badan dah berpeluh-peluh...