Posts

kali ke-2 minum air gula

25.01.2017 29weeks tak banyak dapat dicoretkan pengalaman mengandung kali ni... kalau dulu setiap kali check up, mesti update dalam blog...buat kenangan untuk diri sendiri... tapi kali ni, kesibukan tugas harian menyebabkan sukar sangat nak update blog... cepat masa berlalu, hari ni kandungan dan menjangkau 29w (7 bulan) check up kali ni kena lagi minum air gula untuk kali ke-2... entah la kenapa mengandung kali ni sampai dua kali kena telan air manis tu... nak kata berat badan naik mendadak tak juga... berat badan aku hanya naik 1kg sebulan je, sampaikan nurse tulis dengan pen merah kena naikkan 2kg sebulan.... nak kata ada sejarah penyakit kencing manis, takde pula... family belah mak abah pun takde...adik beradik pun takde juga... result 1st minum air gula pun ok...normal je...takde GDM pun... tak pasti la sekarang ni memang prosedur kena minum air gula 2 kali... hmmm mungkin faktor umur kot...tak pasti.... dah mengandung umur 35 tahun ni, risik...

yuran pendaftaran Tadika PASTI 2017

Image
aku saje nak share untuk rujukan aku juga nanti... maklum la umur semakin meningkat, banyak benda cepat lupa... sebab tu aku suka tulis dalam blog, senang nak refer nanti... sebelum ni aku hantar kakak awliya ke Little Caliph... hmm paham2 je la yuran pendaftaran LC ni mencecah ribu-ribu juga huhu.... memandangkan tahun ni aku hantar kakak awliya dan adik adeya ke sekolah. 2 orang sekali, so nak kena cari tadika yang yurannya berpatutan.... masa tu aku dah bayar duit booking pendaftaran sebanyak RM200 di LC... tapi terpaksa membatalkan niat nak sekolahkan mereka di sana... masa ni yuran pendaftaran untuk 2 orang sebanyak RM 4,200... huhu...macam nak masuk universiti kan... sedih juga nak tukarkan kakak awliya ni sekolah lain... maklum la, dia dah sayangkan teacher-teacher dekat LC tu... sampaikan nak daftar sekolah PASTI ni pun dia sebutkan nama teacher di LC alahaiii...sedey lak mama tak dapat sambungkan kakak awliya sekolah di sana... tahun ni...

Sesi Persekolahan 2017

Image
hampir sebulan sesi persekolahan 2017... hahun ni kakak awliya dah bertukar sekolah... tahun ni aku masukkan dia ke sekolah PASTI.. adik adra pun dah 4 tahun, masuk sekolah yang sama dengan kakak awliya... dah lama adra minta nak pergi sekolah dengan kakak, tapi masa tu baru umur 3 tahun...belum cukup umur lagi nak masuk sekolah... tahun ni dah cukup umur, bolehlah mama hantar ke sekolah ye... hari pertama buka sekolah, aku memang ambil cuti sehari...nak tengok keadaan adik adra camne nanti hihi... kalau kakak awliya tu aku tak risau sangat, dia dah bersekolah sebelum ni, so dah biasa... lagipun kakak awliya pandai bawa diri sikit, pandai cari kawan :) hhmmm si adra ni yg risau sikit...budak terlebih manja camtu la...nak mama je kannn...hehe.. dia ni pulak jenis lambat mesra.... nak cari kawan tu payah sikit... tapi dah lama-lama dia ok je... besar dah anak dara sorang ni... ceria je 1st day nak pergi sekolah dah rupa macam anak orang syria pula hihi ...

scan 3D/4D/5D di Klinik Dr. Nurul

Image
ni 1st entry untuk tahun 2017... Selamat tahun baru 2017 kepada semua pembaca blog aku...walaupun 1 Jan dah 11 hari berlalu hehe [eh...ada ke pembaca huhu perasan lebih :)] disebabkan kesibukan dengan tugas-tugas harian, tak sempat nak coretkan pengalaman mengandung kali ke-4 ni... aku pernah tuliskan kisah aku keguguran  masa mengandung anak ke-3... alhamdulillah selepas 6 bulan Allah berikan aku nikmat mengandung sekali lagi... kejap betul masa berlalu, sekarang dah nak masuk 28 minggu (7 bulan) tinggal 90 hari je lagi due date aku... insha allah aku dijangka akan bersalin pada bulan April 2017... sama bulan dengan bulan lahir aku... kalau dapat sama tarikh dengan hari lahir aku pun best juga.. tapi tak kisahlah mana2 pun...janji anak yang dilahirkan ni sihat dan sempurna... 'hadiah' hari lahir yang sangat bermakna untuk aku tahun ni... kali ni aku nak share pengalaman scan di Klinik Dr. Nurul di Alam Damai, Cheras. masa ni kandungan dah cecah 25 minggu... s...

Persediaan ke China

Image
3 hari lagi aku ke akan Guangzhou, China... dah alang2 ke GZ, terjah sekali Shenzhen dan juga Hong Kong.. ini adalah trip yang terakhir untuk tahun 2016. disebabkan pergi secara backpackers, jadi persediaan kenalah buat sendiri kan... walaupun aku pergi 3 orang, tapi semua persediaan adalah 100% aku yang uruskan.... tak kisah pun...sebab aku suka cari info...banyak benda yang aku dapat tahu dari blog-blog yang lain... kali ni aku nak share persediaan aku sebelum memulakan travel kali ni. Tiket flight Dah lama teringin nak jejak kaki ke Guangzhou. Sebab apa nak ke GZ? hehe..aku kan kaki shopping. Nak tengok juga apa yang best di sana. Seperti yang kita semua tahu, GZ ni merupakan pusat borong seluruh dunia. Sebut je nak beli barang apa, semua hado!! Sambil-sambil tu boleh juga intai peluang bisnes. Mana tau kalau ada rezeki lebih, ada modal boleh juga dapatkan barang-barang dari GZ. Untuk kali pertama ni, kita intai-intai dulu. Sebelum ni aku pernah ke China (B...

Permohonan VISA ke CHINA - LULUS

Image
alhamdulillah....VISA ke China dah LULUS....*lompat bintang risau juga masa nak pegi buat visa ni...nerves pun ada... ye la, lepas baca blog ada permohonan visa china ni kena reject...tanpa diberitahu pun sebabnya... memang la nerves...banyak persiapan dah buat... kalau tak lulus, nangis weiiii..... permohonan visa ke china pun sekarang ni sudah agak susah nak apply... sebelum ni aku pernah ke China (Beijing) tapi masa tu pergi dengan travel agent, so semua dah diuruskan. jadi ini pengalaman pertama aku untuk uruskan sendiri visa ke china ni.. nak pergi china 19/11 tapi masih tak buat lagi...huhu syukur allah permudahkan dari awal lagi aku nak buat visa ni.. 2/11 aku gigih juga pegi....pergi waktu ofis hour..minta kebenaran bos masuk lewat sikit... terus ke tingkat 5 (untuk permohonan individu) aku sampai lebih kurang pukul 9.30 pagi...masa ni dah ramai orang.... lama juga beratur di kaunter semakan borang....lenguh kaki berdiri.... lepas kerani semak semua dokumen, aku ...

2016: Bandung - Floating Market Lembang

Image
post aku kali ni carca marba...tetiba hari ketiga lak...hahhaa disebabkan cerita pasal Floating Market ni yang siap dulu...post yag lain pending... nanti aku susun semula bila dah siap semua... ------------------------------------------------------------------- Hari ketiga kami plan nak santai-santai dahulu sebelum sambung menghabiskan rupiah... plan kami adalah ke Farmhouse dan Floating Market di Lembang... kami tak pergi ke Tangkuban Perahu sebab dah pernah ke sana sebelum ni.. aku lak dah 2 kali, memang tak teringin la nak pergi lagi kannn... so korang kalau belum pernah pergi, elokla pergi sekali sekurang-kurangnya... merasa orang kata, lepas tu taknak pergi dah pun takpe.. tapi sekarang ni bayaran masuk pun dah mahal Rp300,000 dulu-dulu murah je... kalau korang memang plan nak ke sana, bolehlah masukkan dalam itenary sekali Tangkuban Perahu, Floating Market dan Farmhouse sebab jalan satu hala je... Lepas bersarapan, 8.30 pagi kami mula bergerak ke sana.  Me...