Pre Wendding - Props

Nak share props yang hani gunakan semasa pre wedding photoshoot. Agak kelam kabut nak sediakan barang-barang ni semua. Last minit baru nak beli kan. Mana yang hani terpikir prop yang menarik, hani bawa je masa tu. Bawah ni bukan gambar sebenar. Just ambil dari google. Tapi lebih kurang la dengan prop hani tu.
So, b2b yang nak buat pre wedding utk tema santai @ picnic...maybe bole guna idea di bawah ni.

1. Lolipop
 - Hani beli 2 jenis, 1 yang bulat dan 1 yang berbentuk love. harga RM 5/1 pcs. Beli di Mid Valley. Lepas shoot, terus buang je lolipop ni....dah tentu tak bole nak makan lagi sebab dah kotor kan...hahaha...nape la tak simpan je kan, bole guna masa outdoor wedding photoshoot nanti...adooiii rugi tul...






2. Payung pelangi
-cerita payung ni ada di post ni. Ingatkan nak guna payung lace, tapi dah bawa balik ke Ipoh la pulak...



3. Papan hijau
-Merata-rata cari papan hijau ni. Banyak kedai stationery yang diterjah, sampai ke Shah Alam. Tapi tak ada. Yang ada papan hijau yang dah advance sikit. Keliling tu plastik. Tak suka yang macam tu. Hani nak cari yang kayu keliling tu. Disebabkan dah penat cari, hani beli la jenis besi. Lepas beli terus ke Giant Kelana Jaya nak beli tikar. Sekali nampak lak papan hijau yang dicari-cari. Gggggrrrr slalu macam tu kan. Bila nak tak jumpa, bila dah beli yang lain...baru la jumpa. Geram tul. Arrgghh tak kira, hani tetap beli jugak. 2 lak tu huhuhu. Harga = RM9.90/ 1 pcs (bersekali kapur & pemadam)



4. Buah anggur & apel hijau
- Tema picnic, mestilah kena ada makanan kan....sempat beli buah je. Cadang nak beli cupcake juga, tapi tak sempat nak cari :-P
 





5. Topi pantai & topi koboi
- Topi koboi untuk incik tunang...nasib baik abg din ada bawa sebab incik tunang bole lak tertinggal topi dia...
- Hani lak pakai topi pantai yang dipinjam dari adik...kaw ladang, panas tu :-) skrg ni muka pun dah hitam terbakar hukhuk :'(




6. Gitar
- Pinjam dekat member ofis je ^_^. ehhh...incik tunang pandai gak main gitar rupanya. Bakat terpendam


7. Kipas kertas
- Yang ni abg din bawa 4 kipas




8. Tikar
- Terpaksa jugak la beli sebab di rumah tak de tikar kecil. Beli di Giant dengan harga RM23.00. Tak rugi beli kan, sebab tikar ni bole guna lagi..




9. Belon buih
- Punya la bersusah payah cari belon buih ni. Dah la kena beli sekali byk, dalam 12 botol sebab beli di kedai borong kan, mana bole beli satu-satu. Lasti-last lupa lak nak guna masa pre wedding. Sebab banyak sangat props hehe. Tak pe la, guna masa photoshoot kawen nanti la....



10. Belon
- Hani beli belon berbentuk love. Tapi belon ni tak nak naik ke atas sebab isi dengan angin perut jer hehehe.
Sepatutnya kena isi dengan gas kan. Baru la terbang ke atas. Sekali lagi...sebab tak sempat juga nak isi pakai gas. Pastu asik pecah jer sebab kena rumput kat ladang tu :-)




11. Bunga ungu (nama tak tau la pulak hehe)
- Bunga ni beli di Mydin subang, lebih kurang camni la bunga tu....




12. Majalah

Comments

  1. banyaknyer props...

    mmg meriah...Gadis suke...=)

    ReplyDelete
  2. gadis: bila idea dtg..tu yg macam2 benda terpikir nak jadikan prop tu...hehe

    ReplyDelete
  3. kak hani.. yang belon2 air tu.. nape tak cari jenis pistol aje.. lagi senang tak yaj tiup2.. heheheh..

    ReplyDelete
  4. Aida: tu la, xsempat nak cari pistol tu..kat kedai tu ada yg ni jer. tu yg beli jgak..last2 tak pakai pun huhuhu

    ReplyDelete
  5. hana: kat kedai yg ada jual makanan ringan utk budak2 ada jual...yg tu hani beli kt pj oldtown

    ReplyDelete

Post a Comment

hanizamhuri@gmail.com

Popular posts from this blog

Jemputan Majlis Aqiqah & Kesyukuran

Persediaan ke China

Family trip ke Sabah 2018: Penginapan di Kota Kinabalu