Dah tiba masanya beli CAR SEAT ???

Minggu lepas masa hantar awliya ke rumah babysitter, baru perasan...
car seat yang ada dalam kereta ni, dah tak muat untuk awliya.
Kaki dah terjulur keluar, maklum la budak tecik ni dah semakin tinggi.

Car seat ni memang jarang digunakan.
Hani akan guna kalau hani kena drive sendiri masa en suami ada hal.
Tapi setakat ni hanya hantar awliya ke rumah pengasuh yang  5 min je dari umah.
Selain dari tu, pernah guna masa perjalanan bawa awliya ke ofis. - dlm setgh jam dari umah
Jauh dari tu tak pernah lagi...dan rasa tak confident.

Kalau balik kampung di kelantan pun, awliya tak nak duduk dalam
car seat tu. Errrkkk korang dapat bayangkan tak macam mana mamanya kena
pegang sepanjang jalan..Kalau dok diam-diam tak pe jugak, tapi sepanjang jalan ke hulur ke hilir nak bergerak. Kejap main radio, kejap main gear, kejap turun kat tempat kaki...uuuuuwwwaaaa nak nangis mamanya ni dok layan tau !!! dah la jauh tu...

Car seat ni abg hani bagi sebab anak dia dah tak muat.
Tapi sekarang, nampaknya kena beli la kan car seat yang jenis duduk tu.
Sebab sekarang ni awliya dah tak nak baring dalam tu.
Kalau baring, sekejap je pun.
Lama-lama bila dah bosan, dia akan merengek dan berusaha nak bangun sendiri untuk
keluar dari car seat tu. - sekarang dia lebih suka dalam posisi duduk

Ada sehari tu, mama terpaksa berhenti tepi jalan untuk tenteramkan awliya yang meraung tak nak dok dalam tu..fuuuhhhhh sabor je la.
Tu yang sekarang tengah berfikir-fikir sama ada nak beli atau tidak.
Walaupun car seat ni jarang guna, tapi bila saat-saat diperlukan....rasanya memang kena ada kan.
Tapi tak de idea nak beli yang mana dan ciri-ciri apa yang diperlukan.

So, korang rasa perlu ke tidak beli ni?
Jenama apa yang ok ye dengan harga yang berpatutan??? - tengah survey ni




Kesian kaki kena bengkok sebab dah terlebih panjang....hehehe


p/s: Nak beli yang tahan lama...boleh pakai sampai anak 2, 3, 4...*errrkkk apakah??? heee

Comments

  1. Kiddyprelovedbazaar.blogspot.com tgh buat car seat clearance sale.

    ReplyDelete

Post a Comment

hanizamhuri@gmail.com

Popular posts from this blog

Jemputan Majlis Aqiqah & Kesyukuran

Persediaan ke China

Family trip ke Sabah 2018: Penginapan di Kota Kinabalu