Petua hilangkan BATUK dan SELESEMA

Hari ni hani nak share tentang petua/penawar jika anak mengidap batuk dan selesama.
Awliya baru je sembuh dari batuk dan selesema yang teruk. Lama sangat, berminggu-minggu. Hani gunakan ubat batuk dan ubat selesama dari klinik, tapi masih tak nampak kurangnya.
Sangat kesian tengok keadaan awliya, tak boleh tidur sebab hidung asik tersumbat dan sekejap-kejap batuk menyebabkan dia terjaga dari tidur. Bila tidur pun, nafas berbunyi. Ye bunyi kahak sangat kuat.

Dan akhirnya Hani cuba petua orang dulu-dulu, gunakan kunyit hidup. Nasib baik di rumah ofismate ni ada kunyit hidup. Minta pada dia je. Lepas potong kulit, hani sapukan kunyit tu dari ubun kepala sehingga ke hidung. Masa ni memang susah juga nak pakaikan pada awliya, menjerit dia marah...tak dok diam betul. Alhamdulillah, ia sangat berkesan. Dan semestinya dengan izin Allah kan. Ye, sekali je hani pakaikan pada awliya, keesokkan harinya selesema dah batuk tu terus hilang setelah hampir sebulan awliya menanggungnya.

Jika masih tidak sembuh, hani dan asben ambil keputusan untuk bawa ke klinik pakar kanak-kanak. Nampaknya petua orang lama ni berkesan juga kan. Jadi, jangan pandang rendah pada petua orang dulu-dulu. Sekarang ni awliya dah kembali aktif...ohh sangat aktif sebab dia dah sihat kan. Mama pun senang hati :-)

Mungkin ada lagi petua yang lain yang berkesan juga. Setakat ni hani baru try petua ni je. Kalau kawan-kawan ada pengalaman menggunakan petua yang lain...meh la kongsi sesama.
Sharing is caring kan :-)


ni la rupanya kunyit hidup...siap batang pokok kunyit pun ada lagi...hehehe..tq CC aswad



Comments

  1. sdg mencati petua utk hilangkn batuk & selesema. en.hubby ni payah sgt nk suruh gi klinik.

    *tegur dgn bahasa....ntah2 org tu pown copy paste dr laman lain.

    ReplyDelete

Post a Comment

hanizamhuri@gmail.com

Popular posts from this blog

Jemputan Majlis Aqiqah & Kesyukuran

Persediaan ke China

Family trip ke Sabah 2018: Penginapan di Kota Kinabalu