biskut raya pertama


Tahun ni terlebih rajin nak buat biskut raya sendiri.
Siyes dah lama tak buat sendiri.
Dulu masa kecik-kecik je rajin tolong mak buat.
Bila dah start keje, memang tak sempat nak buat dah.
Main beli je semua, kadang-kadang cecah ratusan ringgit ngeh2x

Gagahkan juga diri tahun ni, tah nape rasa rajin sangat - ala...buat 1 jenis biskut pun
dah nak kata rajin kehkeh...
Orang lain buat biskut berbalang-balang rileks je...
Raya tahun ni beli 3-4 jenis je biskut raya.
Kata semangat nak buat sendiri kan...

Kali ni baru pertama kali buat biskut tanpa bantuan sesiapa,
hanya tengok resepi...
Dan semestinya cubaan yang pertama mestilah biskut kegemaran iaitu MAZOLA.
Punya la semangat nak membeli bahan-bahan.
Dalam kepala macam-macam nak buat biskut mazola, choc cookies, biskut cornflakes, kek batik, popia gunting  [pilih menu yang senang nak buat je]

Ni pun buat masa cuti hari minggu, tengah-tengah malam time anak dara tu tido.
Kalau tak, jangan harap la dapat buat dengan tenang.
Ada je benda yang dia nak tolong tauuu...
Si ayah lak, kata nak tolong bakarkan, tertido sekali ngan anak.
Terpaksa la buat sorang-sorang sambil tersengguk-sengguk depan oven hehe...
Dari cita-cita yang banyak tu, sampai nak raya 2 lagi ni, hanya 1 biskut MAZOLA
je yang menjadi....hahahahahahahaha
Yang lain tak sempat....maklum la, cuti asik kuar g shopping je, mana sempat nak buat kan.
Balik dah tentu la penat. [alasan]

Nampaknya bahan-bahan semua ni kena bawa balik kampung la, sambung buat
kat sana lak. Sempat lagi ni hehe....



 Bahan-bahan...ada lagi tapi tak masuk lam gambar lak


 ready masuk oven



 merasmikan oven yang dah beli 2 tahun tapi tak pernah pakai pong....
asik kena perli ngan en asben jerrrrr.....


tadaaaaaa.......dapat la 1 1/2 balang....tak buat banyak pun sebab nak testing je kan.
next year bole buat lagi.

Comments

  1. Akak paling suka mkn biscuit mazola nih..nak buat tak pandai..tambah pulak tak ada oven..lagi bertambah malas..kalau ada oven leh la google resipi kan

    Wahh..nampak gebu, manis dan sedap jer..bila nak kongsi resipi :-)

    ReplyDelete
  2. JM: wahhh...ada juga peminat mazola ni mcm saya...ni org yg ada oven pn malas kak hihihi..baru nk try buat. Bila tgk resepi, senang juga nak buat..dulu tak pernah try buat pong..hehe..nanti sy kongsi resepinya bila dah teror buat...nampak je gebu, rasa xtau la org rasa camne nanti kan...sendiri buat sendiri kata sedap la kan [sedapkan hati] heeee

    ReplyDelete

Post a Comment

hanizamhuri@gmail.com

Popular posts from this blog

Jemputan Majlis Aqiqah & Kesyukuran

Persediaan ke China

Family trip ke Sabah 2018: Penginapan di Kota Kinabalu