Pureen Clearance Sale 24-25 Ogos 2013

Macam biasa, kalau ada Pureen Clearance Sale ni mesti nak pegi.
Bulan 4 hari tu terlepas pulak sebab ada percutiaan keluarga.
Kali ni pulak tak dapat pegi hari Sabtu sebab ada family day ofis di Sunway Lagoon.
Nampaknya kena pergi hari Ahad.
Kali ni merupakan kali ke-3 pegi sini, macam biasalah kalau dah pergi hari Ahad
pilihan baju dah tak banyak. Tapi tobat nak pegi pepagi Sabtu...dah pernah merasa sekali
[post sini].
Masa dah mengandungkan awliya dalam 6 bulan lebih.
Rasa macam nak terberanak kat situ je bila dok kena tolak ngan mak ngan bapak-bapak
semua yang tak sabar nak berebut nak amik baju.
So, kali ke-2 aku pegi ari ahad je.
Target kali ni nak cari baju Awliya. Dah lama tak beli baju pakai rumah.
Asik beli baju jenjalan je sampai baju pakai di rumah banyak dah ketat-ketat [cepat membesar bebudak ni kan]

Keluar rumah, breakfeast dulu dan sampai di sana pukul 11.00 pagi.
Ingatkan nak sampai awal, tapi disebabkan masing-masing kepenatan berendam di Sunway semalam,
terbangun lewat la.
Masa sampai agak lengang juga orang, memang tak ramai kalau datang hari ahad ni.
Aku terus je pergi kat tempat baju di bahagian belakang.
Cari baju yang harga RM3 tu. Memang dah tak banyak pilihan. Kebanyakkan tinggal yang
kain plain.


RM 3 sehelai

Ni je yang dapat disambar. Baju sahaja tanpa seluar. Pandai-pandai la match kan dengan seluar yang sedia ada.


Ni je baju RM3 yang dapat cari sepasang baju dan seluar


RM 12 sepasang
Ni baju sepasang baju dan seluar/skirt. Beli 4 pasang je.


 
Antibacterial wipes = RM5
Baby wipes = RM3


Bekas susu (warmer) = RM 9
Sapu tangan kecil = RM8 (6 helai)
ABD = RM17
Teat = RM3/1 pcs
Total yang aku abis RM162 jer. Biasanya kalau aku beli barang mesti abis RM300 kat sini.
Tapi kali ni tak banyak aku membeli.

Lepas setel bayaran, aku terus ke Sunway Pyramid pula, ada hal skit. Nak balik singgah kejap Jusco, nak survey harga barang-barang pureen ni. Saje je kan, dah kebetulan. Ada barang keperluan baby aku tengok harga 2 kali ganda. Contohnya macam kiddi wash yang 1000ml tu, kat jualan pureen RM 7 sebotol, di Jusco RM15.50 sebotol. Waahhh, banyak beza kan. So, memang berbaloi la kalau membeli di jualan Pureen ni.




Comments

Popular posts from this blog

Jemputan Majlis Aqiqah & Kesyukuran

Persediaan ke China

Family trip ke Sabah 2018: Penginapan di Kota Kinabalu