7th Maternity & Children Expo 24-26 Jan 2014 @ Mid Valley

Haaa...kan aku dh cakap...asal ada ekspo baby ni mesti nak pegi...
Lagipun kesian dekat anak2 asik terperap kat rumah jer [cehh...alasan baik punyaaa...hee]
En asben layankan jer bini dia ni...
Kami sampai mid valley dalam pukul 4.30 petang. Masa ni tak ramai sangat orang pun.



Kali ni pegi memang ada tujuan nak pegi ekspo ni..
Nak mencari cooler beg untuk kegunaan aku masa dah keje nanti.
Sebenarnya aku dah survey online..
Tapi rasa macam nak survey juga dekat ekspo ni kot-kot dapat harga murah ke..

Cooler beg : RM35
Ice pack 1 kotak (3 pcs) : RM16
Nursing Bra : RM15

Jumpa juga cooler beg yang aku nak di booth Autumz. Tapi design yang aku aim dalam online dah takde. Setelah ditawar aku dapat harga RM35. Aku pikir belasah jer la design apa pun..janji dapat harga lebih murah dr online. Fungsi beg sama jer kan. Harga online aku survey paling murah RM45. Itupun ada sale, klu tak normal price adalah RM50++. Aku tambah beli ice pack dan nursing bra.

Di booth pureen, aku beli 3 pasang baju jer yang berharga RM15 sepasang. Sepasang untuk kakak awliya dan 2 pasang untuk adik adra.

Pureen : RM15

Lepas tu, aku beli sterilizer & warmer little bean. Yang ni memang tak dirancang.
Ok..mulanya aku berfikir-fikir nak beli warmer satu lagi sebab yang ada di rumah tu aku nak beli pada pengasuh untuk panaskan susu untuk adra nanti. Habis tu kena la cari sebijik lagi warmer utk kegunaan umah kitaorang juga. Bila pikir balik baik aku ambil yang set punya..lebih murah kan. Lagipun di rumah mmg takde srerilizer, guna cara tradisional jer...rebus kat dapur hehe..

Little Bean sterilizer & warmer
RM160

Sempat juga aku sambar beberapa pasang baju untuk si kakak.
Yang ni aku cari yang murah-murah jer sekitar harga RM5-RM8. Baju untuk pakai basahan di rumah.


Ko tengok...ko tengok...
Aku cakap nak cari cooler beg je kan...
Ada jer benda sampingan yang aku beli ngeh ngeh....
Nak buat camne kan...itulah aku..
Bab menghabiskan duit memang no 1...huhu
Total yang berjaya aku laburkan untuk expo kali ni adalah sebanyak RM300...ppffff
Insap..insap...
Itupun dalam 3 jam je kat sana...klu lagi lama...tak tau la...hahaha
Nasib baik bawa budak kecik ni, jadi tak leh nak lepak lama-lama. 
Dengan si kakak taknak dok diam, sibuk nak jalan sendiri...taknak dipegang. Si adik lak taknak dok dalam stroller...nak berdokong sebab nak nengok orang. Bosan dok dalam stroller katanya..adoyaiii.
Sian ayah...nak dokong adik, nak tolak stroller lagi...huhu. Mama lak payah nak cari barang sebab kakak ke hulu ke hilir, risau je dia hilang ke apa ke...macam2 weiii skrg ni, memang anak tak boleh lepas dari pandangan. Lepas setel semua yang nak dibeli, singgah Jusco kejap nak beli barang sikit pastu terus balik.

Aku rasa ekspo kali ni biasa jer...takde la murah sangat pun...
Ada sesetengah barang, beli online jauh lebih murah berbanding beli di ekspo ni.
Eh..aku nampak ramai orang borong pamper huggies..murah kot.


Sempat tengok persembahan naga sempena tahun baru cina.





Comments

  1. biasa la yang nak beli tu beli juga yang berkenan tak boleh letak hihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...dah nama pompuan...camtu la kan...hihihi

      Delete

Post a Comment

hanizamhuri@gmail.com

Popular posts from this blog

Jemputan Majlis Aqiqah & Kesyukuran

Persediaan ke China

Family trip ke Sabah 2018: Penginapan di Kota Kinabalu