Senarai car boot sale


Sekarang ni car boot sale (cbs) tumbuh bak cendawan selepas hujan. sejak aku terjebak dengan cbs ni [LINK] ada beberapa orang yang bertanyakan pada aku macam mana nak join car boot sale ni..

korang kalau berminat nak join, sila lah contact admin yang uruskan cbs berkenaan.

tapi korang pastikan dahulu syarat-syarat kalau nak berniaga sebab setiap cbs lain syaratnya.
biasanya konsep car boot sale ni adalah 'jualan barang terpakai'. Di luar negara konsep car boot sale ini adalah untuk barang terpakai sahaja.

abg aku pernah ke UK, di sana siap ada car boot sale untuk orang kaya means yang berniaga adalah orang-orang kaya yang nak jual barang mereka. Yang bestnya, semua barang mereka  branded dan original (dekat sana mana ada barang tiruan) dan pastinya diaorang jual murah gilerrrrrr. Ye la, dah nama orang kaya, tak herannnn sangatttt la dengan duit kan! Wahhh....teringin betul aku nak pegi [ok, berangan jewww]

Kalau di sini, setiap car boot sale ada konsep mereka sendiri mengikut pengurusan admin setiap cbs tu. Means ada yang boleh jual barang terpakai, ada yang boleh jual barang baru,ada yang boleh jual makanan.

Di sini aku senaraikan beberapa cbs yang aku pernah join. Mana tau korang berminat juga kan. Eh....best juga tau ada tempat kita boleh let go barang rumah kita yang dah tak pakai. Kalau nak jual di internet pun bole juga tapi aku malas nak snap gambo, nak bagitau condition bagai semua. Kalau dkat cbs ni, ngko letak je....cust yang nak beli tengok la sendiri condition sesuatu barang tu.



car boot sale

1. cbs Lembah Keramat (cbslk)
Ni memang port tetap aku setiap minggu hehe. Sales kat sini....ermmm boleh tahan gak sebab pengunjung di sini memang suka membeli. Kalau nak join, kena whatapps admin dan admin akan memberi nombor tapak. Hanya peniaga yang ada nombor tapak sahaja dibenarkan berniaga. Hanya barang terpakai sahaja dibenarkan. Barang baru, makanan dan produk kecantikkan tidak dibenarkan sama sekali.

Dulu cbs ni berlansung hari ahad sahaja . Sekarang ni admin dah buka tapak berniaga untuk hari Sabtu pula disebabkan permintaan yang tinggi. Rasanya dah sebulan kot. Untuk hari Sabtu hanya untuk sesi petang sahaja.

Admin: Pn. Aida 013-3698891
Bayaran tapak: RM10
Waktu: Sabtu 3.00 petang - 7.00 malam
             Ahad 8.00 pagi - 12.00 tengahari
                       3.00 petang - 7.00 malam
Fb: Car Boot Sale Lembah Keramat




car boot sale

2. cbs Puncak Jalil
- Selain cbs Lembah Keramat, ni port kedua aku hihi. Kalau dekat lembah keramat aku dapat sesi petang, waktu pagi aku akan join di sini. Yang bestnya dekat sini sebab tapak di sini PERCUMA ngko. Dah la dekat ngan umah aku je, kurang la skit kos kan. Di sini peniaga boleh menjual 70% barang lama dan hanya 30% sahaja barang baru dibenarkan. Ramai juga peniaga di sini, pernah mencecah sampai 100 peniaga. Kadang-kadang ada live band. Memang happening. Kawasan di sini agak panas sedikit dan kawasan ni menjadi laluan kereta. Tapi kalau datang awal boleh dapat port dekat lot kedai kurang la panas sebab terlindung. Tapi setiap kali aku datang tak pernah ada kosong port tu, mesti full je, Entah pukul berapa diaorang datang. Bila time gaji, ok juga sale di sini. Sambil menjual, aku suka juga jadi pembeli...sebab di sini macam-macam barang ada dan boleh dapat dengan harga yang murahhhh. Memang best.

Admin: En. Zainuddin Zainal-019-3321 562
Masa: Ahad 7.00 pg - 12.00 tghari
Bayaran tapak: Percuma
Fb: Car Boot Sale Taman Puncak Jalil


3. cbs Taman Melawati
- Ramai juga peniaga di sini. Masa kali pertama aku join, pengunjung agak kurang. Di sini pun tiada sistem no tapak, so siapa datang awal boleh dapat dapat port baikkkk punyaaaa iaitu bawah pokok huhu. Port ni memang cepat penuh, lagipun ada peniaga yang berniaga di uptown terus ke sini dan tidur di sini sementara tunggu waktu berniaga. Tu pasal la cepatttt je penuh kan bawah pokok ni. Masa aku sampai ari tu awal juga, dalam pukul 7.00 pagi, rupanya dah ramai peniaga. Dapat la tapak yang terbuka, huuuuu panasssss weiiii. Di sini aku tengok boleh jual barang lama dan barang baru. Eh, makanan pun ada dijual...nasi lemak, kuih muih, air...huhu. Dah macam pasar tani lak. Tapi apa yang aku baca, itu adalah peniaga yang lama. Untuk peniaga yang baru telah ditetapkan tak boleh berniaga makanan.

Sekarang ni admin dah buka berniaga pada waktu malam pula tapi setiap hari Sabtu je.

Admin:  018-353 6303
Hari: Sabtu 7.00 am - 1.00 pm
                   7.00 pm - 12.00 am
         Ahad (pagi shj) 7.00 am - 1.00 pm

Bayaran tapak: RM10
Bila booking, bagi nama dan no plate kereta.


4. cbs Keamanan Bandar Sunway
- pestime aku join masa hari pertama buka. Admin di sini adalah admin yang sama dengan cbs Kota Damansara. Masa hari pertama tu memang takde orang la kan. Penduduk sekitar pun maybe tak alert sangat. Tapi sekarang ni aku tengok dah semakin ramai peniaga. Usaha admin untuk perkenalkan tempat ni pun nampaknya berhasil. Ada perasmian, dah banner, brochure, masuk paper.

Yang uniknya di sini adalah hub jualan SIKAL terpakai dimana peniaga boleh menjual menjual motorsikal dan basikal terpakai. Selalunya kalau kita jual di kedai kan kedai ni akan beli dengan harga murahhhh, so bila ada peluang macam ni bolehlah peniaga menjual dengan harga yang tinggi sedikit kan tapi masih berpatutan untuk pembeli. Rasanya takde lagi cbs yang buat camni, Biasanya kalau ada individu sendiri yang menjual. Means tanpa admin yang uruskan.

Admin: Gigs 017-6571 555
Masa: 8.00 pagi - 12.00 tghari
Bayaran tapak: RM10 (harga promosi sehingga Mac 2015, selepas Mac harga biasa RM20)
fb: CBS Keamanan Bandar Sunway

car boot sale




5. cbs Subang Bestari
- Yang mana berminat nak berniaga pada waktu malam, di sini salah satu cbs yang beroperasi pada waktu malam. Di sini dibenarkan menjual barang baru, barang terpakai dan makanan. Dah macam uptown pun ada gak. Kawasan parking yang luas. Kalau bawa anak-anak boleh juga bermain buig belon. Kalau nak terang kena la bawa lampu, kalau takde lampu pun masih boleh nampak lagi tapi kena duduk bawah tiag lampu. Admin ni adalah kawan sekolah abang aku. Tu yang saje test berniaga di sini. 2x je aku join test market hehe. Lepas tu dah tak join sebab kawasan ni agak jauh sikit dari rumah kami dan waktu malam pulak tu kan, kesian dekat anak-anak sebab akan penat dan mengantuk.

Admin: Shahril - 019 220 2171 
Waktu: Jumaat, Sabtu & Ahad
Bayaran tapak: RM10
Waktu operasi: 5.00 petang - 12.00 malam

car boot sale



5. cbs Kota Damansara
- antara car boot sale yang terbesar dan paling awal. Dahulunya dikenali dengan nama  Car Boot Sale at Bistari De' Kota. Di sini hanya dibenarkan barang terpakai sahaja.
Ramai juga orang bagi feedback dekat sini sales boleh tahan juga. Di sini, first come first serve. Tidak perlu booking tapak. Aku pernah bersembang dengan admin di sini, setakat ni katanya tidak ada peniaga yang tidak dapat tapak kerana kawasan di sini agak luas dan dapat memenuhi setiap peniaga yang ingin berniaga. Setiap peniaga dikenakan RM5 untuk sekali pendaftaran sahaja. Aku tak pernah join pun sebab jauh dari rumah.

Admin: Gigs 017-6571 555
Waktu: setiap Ahad
Masa: 8.00 pagi - 12 tengahari
Bayaran tapak: RM20
Fb: Cbs Kota Damansara



6. MyMentari cbs
- telah beroperasi sejak tahun 2012.

Lokasi: Jalan PJS 8/4, Mentari Bussines Park, Bandar Sunway, 46150 Petaling Jaya.
Admin: 071-677 9886
Waktu: Setiap Sabtu
Masa: 8.00 pagi - 2.00 petang.
Fb : link



7. cbs Bandar Bandar Baru Bangi
- Akan beroperasi pada 1 April 2015.

Admin: Hans 011-2200 7730
Waktu: Sabtu & Ahad
Masa : 8.00 pg - 12 tengah hari
fb: cbs Bandar Baru Bangi






8. cbs Dataran Wangsa
- baru beroperasi juga bermula 27 Februari 2015.

Admin: Ariel 016-625 8718
Masa: 8.00 pagi - 12.00 tghari





9. cbs Putrajaya



10. cbs Bandar Bukit Mahkota (Seksyen 2)


Setakat ni je la aku dapat senaraikan car boot sale yang aku pernah join dan yang tak pernah join.

Banyak lagi sebenarnya.....tapi aku tau sekitar KL/Selangor...luar kawasan ni, aku tak tau la pulak ada ke tak.

Korang jangan tanya aku lak luar kawasan ni. Aku cubitttt kang!!! hakhak

Nanti kalau rajin, aku update lagi....

JOM MERIAHKAN CAR BOOT SALE...........!!!!!!!!

Comments

  1. Salam sis. Sy pun baru berjinak2 dgn cbs ni. first cbs sy join, kat bandar sunway. minggu pertama dgn minggu kedua jer sy dgn hb sy bertahan, pas tuh kami chaw ker cbs kd. kat bandar sunway dah tak de orang sgt dah. kat sana, sale lgsung xde. kami tak tahan pegi try nasib kat kd. alhamdulillah. terbaik lah sale kat sana. thanks sis for info.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo ye ke, dah lama tak join bandar sunway tu. sekali je try ari tu. ingatkan skrg makin ramai orang, rupanya tak juga kan. teringin gak nak join cbs kd....tp tu la jauh skit. eh nanti awak try la masuk lembah keramat, sebab situ ok gak sale...bole la kita kenal2 nanti...:-)

      Delete
    2. cbs kd tu dkt mana ey ?? blh x email saya ?? kd tu kat mana, nk join la.. ni email saya adybahajoon@yahoo.com

      Delete
  2. Wah...bestnyer..t azwa dah besar sikit..nk joinlah..

    ReplyDelete
  3. Wahhh..bley try join nti..mmg tgh cr cbs nk join..tp xbyk yg bley jual mknan ek..

    ReplyDelete
  4. Nak tahu admin cbs Bukit Mahkota sape ye?

    ReplyDelete
  5. Saya sedang mencari tapak juga ni...terima kasih tulis berkenaan ni.sy baru daftar di putrajaya...OK x tempat ni?

    ReplyDelete
  6. Saya sedang mencari tapak juga ni...terima kasih tulis berkenaan ni.sy baru daftar di putrajaya...OK x tempat ni?

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Tapak CBS TTDI Grove Kajang akan beroperasi awal januari 2016, kepada cabooter yang berminat sila hubungi atau whatsapp penganjur 012-9245156 (En Ridzuan)

    ReplyDelete
  9. buleh cari barang-barang utk photobooth nie....

    ReplyDelete
  10. Yg CBS boleh jual barang baru cuma kt Subang Bistari je eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. cbs melawati pun boleh jual barang baru

      Delete
    2. cbs bandar baru bangi,putra perdana pun boleh jual brg baru...saye pun ade join area sane...

      Delete
  11. Info salah berkenaan admin CBS Subang Bestari. Admin untuk CBS Subang Bestari ialah Pn Norhafizah 0193057992, bukan Shahril seperti yg dinyatakan di atas. Harap maklum semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sewa tapak cuma Rm5 shj dan ada pelbagai aktiviti2 dan acara2 anjuran AJK disitu dan selalu penuh.

      Delete
    2. post saya ni dah lama..memang tak berupdate klu ada perubahan apa2..ms saya join dulu masih di bawah shahril...skrg ni tak join dah cbs subang so xtau siapa admin yg terbaru..anyway tq for info...sy akan update dekat atas nanti

      Delete
  12. kat taman pelangi semenyih pun ada. tapi aku tak niaga. aku cuma supply button badge siap design. tolong jual sahaja. x yah modal. peniaga area semenyih, bangi, kajang shj. wasap sku klau minat. 017 6371728

    ReplyDelete
  13. wasap no aku tu utk tgk design. puluh2 design. tak laku pulang balik pd aku.

    ReplyDelete
  14. Sapa ada contact number admin tapak cbs bandar baru selayang??mohon bg kat saya

    ReplyDelete

Post a Comment

hanizamhuri@gmail.com

Popular posts from this blog

Jemputan Majlis Aqiqah & Kesyukuran

Persediaan ke China