Zon Kemas::Makeover playroom
dah lama nak share susun atur bilik playroom anak-anak.
bilik ni adalah bilik yang ke-3, keluasan pun tak besar mana.
hani jadikan bilik ni sebagai playroom sebab bilik ni dekat dengan ruang tamu.
dan kalau dari arah dapur, boleh terus nampak dalam bilik ni.
so senang kalau hani nak masak ke, bolehlah jeling budak2 ni dari dapur je.
kena la nengokkan budak2 ni main gak kan...bukan apa, risau si adik la, kadang-kadang suka
sangat nak bawa masuk benda dalam mulut.
ni gambar dah lama, masa ni baru je transform bilik tetamu ni jadi playroom.
aku pernah ceritakan dalam post dulu.
banyak lagi yang nak di make over sebenarnya, tapi disebabkan kekangan masa dan bujet,
kita hold dulu.
dalam kepala ni nak buat tu la....nak buat ni la...
setakat ni, macam ni je mampu dibuat hihi...
masa ni pun menan tak teratur sangat, sekejap je mama mengemas....dah bersepah semula.
biarkan je la.....dah nama playroom, memang tempat diaorang bermain la.
takkan nak biar je diaorang nengok semua mainan tu ye dak!!
selain tempat bermain, di sini juga tempat mereka belajar.
boleh dikatakan masa banyak dihabiskan di bilik ni.
meja dan kerusi hijau tu beli di IKEA.
meja ni agak besar juga, tapi hani suka....
lapang sikit kalau nak buat apa-apa aktiviti atas meja ni.
dah 2 orang budak kecik yang nak gunakan, memang kena beli yang besar.
dan di bilik ni la mama meroyan setiap kali nak mengemas uuuwaaaa............!!!!!
MAMUT
Meja - RM129
Kerusi - RM39 / pcs
cantik hani pilih tema wrana tu...hijau..sewwt je tuk 2 org anak dara tu
ReplyDeleteComel sngt keruai n meja...azwa pkai meja study jepun ummi die je dulu..pastu beli bangku comel kat gm klang...
ReplyDelete