2015: Lubuk Timah Hot Spring, Simpang Pulai

Ni cerita cuti tahun baru cina yang lepas.
Masa ni aku cuti agak lama, kalah orang cina yang beraya haha.
boring lak kan kalau dok terperap dalam rumah jeww, so kami plan nak pergi berkelah dekat-dekat je.

Adik aku cadangkan lubuk timah hot spring. Kami pernah ke sini suatu ketika dulu, lamaaaa sangat dah. Rasanya 10 tahun yang lepas kot!

lubuk timah hot spring

Masa ni kawasan ni hanya dikelilingi pokok-pokok, tiada kemudahan awam yang disediakan. Tapi airnya sangat sejuk dan jernih. Yang pastinya menjadi tarikan di sini adalah kolam air panasnya. Best dapat rendam kaki dan badan sekali.

Lubuk timah ni juga pernah ditutup sebelum ni, sebab ada kes kematian [kalau tak silap la....kalau salah info minta ampun yaa!!) dekat kawasan air terjun, bukan sungai yang bawah ni. Lama juga la kawasan ni dilupakan oleh orang Ipoh.

Bila kami pergi kali ni, sangatttt banyak perubahan. Kawasan ni telah dinaiktaraf. Memang cantik. Disediakan kemudahan awam yang lengkap seperti surau, tandas, medan selera, pondok dan kawasan parking yang luas.

Disebabkan kawasan ni dah dinaiktaraf, masuk ke kawasan ni pun dah kena bayaran. Dulu FREE jewww. Sekarang dewasa RM3 seorang manakala kanak-kanak RM1.50. Tapi ok la kan, bila tengok banyak dah perubahan. Bayaran dibuat masa nak masuk ke kawasan parking. Masa ni kami datang naik Exora, ramai la dalam kete. Tapi diaorang tak kira betul-betul pun orang dalam kereta berapa orang. Tapi kita kenalah jujur kan :)

lubuk_timah_hot_spring



Sewa pondok RM20 sehari (update 30/12/2015: dapat info dah naik RM50). Ada kipas dan plug elektrik. Boleh la nak masak nasi ke, caj telefon ke...Yang pondok kitaorang dapat ni siap ada tanah sebelah, bolehlah bentang tikar ke nak duduk lepak. Kalau ada khemah camping pun best juga, boleh pasang untuk buat salin baju ke (kalau malas nak pegi toilet) atau buat baring tidur. Memang nikmat kalau dapat tidur sambil ditiup oleh angin petang...cheewahhh!!!

Kawasan pondok ni berpagar kayu, kalau bawa budak kecik pun tak risau sangat. Setiap pondok ada tong sampah besar. Memang selesa. Pekerja pulak kalau tak silap 2 jam-3 jam sekali akan kutip sampah dalam tong tu. Jadi takde la sisa sampah tu terbiar lama, bau busuk pun takde menjelma! Bayaran RM20 tu memang berbaloi dengan keselesaan yang disediakan.

Kalau nak BBQ ke, ada juga pondok yang disediakan tempat bakar tu (ala...lupa snap gambar!)
Tempat BBQ tu besar yang tempat bakar tu macam tong drum tu.Nampak baru lagi....sampaikan kitaorang ingat, tempat BBQ tu orang yang sewa pondok tu yang bawa, tapi bila diaorang dah balik...tak bawa balik pun tempat BBQ tu...oooo memang disediakan rupanya. Tak payah la kita susah-susah nak bawa dari rumah kan!

Masa kitaorang pegi ni, orang tak ramai sangat. Time cuti panjang kan, maybe ramai orang balik kampung, Pondok pun banyak la kosong,Time orang ramai mesti pondok selalu penuh kan. Pondok tu kita boleh booking melalui telefon, nanti aku tepek nombor telefon ek sebab adik aku yang simpan bisnes kadnya.

 


pondok bawah ni ada tempat untuk BBQ


ada 2 buah chalet dalam pembinaan lagi


lanskap yang cantik

Di sini ada juga kawasan air terjun, tapi kena naik ke kawasan atas sikit. Kitaorang tak pergi pun sebab malas hahaha. Lagipun bawa anak-anak kecil ni memang tak sesuai sangat la kan nak ke kawasan tinggi. Mandi di tepi-tepian sudahhhh :):)

Kawasan di sini memang dah cantik....tapi airnya agak keruh sedikit. Bila dah ada pembangunan, itulah kesannya terhadap alam sekitar. Tanah-tanah dikorek kan...mestilah memberi kesan terhadap air. Memang air dah tak sejernih dulu lagi.Tapi takde lah sampai tahap ko geli geliman nak mandi. Air je keruh sedikit tapi masih bersih.






budak kecik ni memang sukeeee sangat jumpa air





Kolam air panas pun nampaknya dah semakin besar. Dulu kecik je. Sekarang ni dah dicantikkan dengan binaan batu-batu tu.

Kolam yang berpagar tu agak panas airnya berbanding dengan kolam yang lain. Sebab tu diletakkan pagar. Aku tak try pun celup kaki pasal aku rasa macam panassss sangattt. Tak tahan huhu. Tapi adik aku kata mula-mula memang rasa panas tapi bila kita dah masukkan lama dalam air tu, dah ok. Cuma jangan gerakkan kaki, biar je kaki tu statik camtu. Kalau gerakkan kaki, memang terasa kepanasannya.

Kolam panas ni ada 3, yang berpagar dan 2 lagi kiri dan kanan kolam berpagar tu (kolam kecik yang asben aku berdiri tu), kepanasannya sederhana....kira ok la, bolehlah bertahan. Anak aku yang umur 3 tahun pun boleh tahan celup kaki, cuma dia kata 'panaslaaaa mama'. Takde la sampai nangis tahan panasss hihi.
Tepi kolam panas tu ada kolam air sungai tu, ditarik air melalui generator masuk dalam kolam sebelah tu.
Boleh juga mandi dalam tu. Agak-agak dah panas rendam badan dalam kolam panas, boleh terjun dalam kolam air sungai tu pulak. Nampak je macam cetek kan, perempuan tu berdiri takat lutut je kan...tapi sebenarnya kolam tu bertangga, ada yang cetek dan ada yang dalam paras tengkuk aku. Hati-hati ye kalau bawa anak mandi dalam kolam ni. Sentiasa awasi anak anda :).


Dah puas berendam sampai kecut-kecut tangan kaki dan tangan anak-anak, dalam pukul 4 petang kami pun balik.

Kalau korang datang ke Ipoh, bolehlah singgah ke sini. Landmark senang je, ikut jalan nak ke Cameron Highland melalui Simpang Pulai. Nanti boleh nampak signboard tulis Lubuk Timah Hot Spring.













 kasi chance kakak awliya main pasir


bila dah berendam lama, semua dah kelaparan



Untuk info lanjut, uolls boleh ke website Lubuk Timah Hot Spring

sharing is caring!!









Comments

  1. menarik.. dulu pernah belajar kat ipoh, tapi tak pernah tau pun tempat nih..

    ReplyDelete
  2. kalau ada teman nak juga ke sini kalau sorang2 cam x best nanti x de teman nk gelak hihihhi

    ReplyDelete

Post a Comment

hanizamhuri@gmail.com

Popular posts from this blog

Jemputan Majlis Aqiqah & Kesyukuran

Persediaan ke China

Senarai car boot sale