dah daftar sekolah awliya

dilema mencari sekolah untuk awliya berakhir juga.
tahun depan awliya dah 4 tahun, kejap je dah besar pun anak dara sorang ni..
alhamdulillah, semalam dah ke Little Caliph Sri Petaling untuk hantar borang pendaftaran si awliya.
so confirm la next year awliya akan bersekolah di sini.
aku tak banyak survey pun sekolah awliya ni, sebab dah aim nak hantar ke LC ni.

untuk pendaftaran kena bayar sebanyak RM200 dahulu untuk booking
kiranya bila dah bayar, so nama akan dilocked terus.
risau kalau dah penuh, k
selebihnya perlu dijelaskan sebelum 15 Nov 2015.
menurut teacher di situ, selepas 15 Nov, fee baru pulak..
jumlah keseluruhan yang perlu dijelaskan dalam RM2100..sebab ambil fullday kan..
kalau ambil kelas separuh hari je, yurannya lebih murah.
huhu....dah macam daftar nak masuk universiti pulak kannn...
takpe lah nak, mama tetap akan tunaikan janji mama nak sekolah kan kakak tahun depan k!
lepas ni kena la berjimat-cermat ye....tak boleh shopping sangat (ye ke???) heeee

bayaran bulanan pula sebanyak RM450 sebab awliya ambil full day sampai petang
ok la yuran bulanan tu, masih mampu lagi...sebab sekarang hantar ke rumah mak pengasuhnya pun dah RM300...so kena tambah RM150 je la

walaupun awliya boleh je transit di rumah pengasuh dia sekarang,
tapi aku masih tak konpiden nak bagi dia transit..
kecik lagi...
lagipun biarlah dia duduk kat sekolah, walaupun sebelah petang aktiviti santai-santai je..
tp bagus juga kan..ada juga aktiviti yang dia akan buat.

last week dah bawa awliya ke LC ni...masa tu kami datang ambil borang dan bertanyakan pasal yuran pendaftaran sambil melihat juga persekitaran sekolah.
sambil mama dan ayah berbincang bersama teacher, teacher yang lain panggil awliya dan ajak main bersama. bukan main suka lagi awliya sampaikan kami ajak balik pun dia tak nak.

awliya: 'kakak tak nak balik....nak main lagi......'
mama: 'nanti kakak sekolah kat sini....boleh main lagi k'

jenuh juga nak ajak balik..
harap-harap nanti awliya suka la sekolah dekat sini..
dah balik rumah, tanya sekali lagi....

mama: kakak nak tak pegi school tadi?'
awliya: 'nak....nak'

haaa jangan mula-mula je eksited, nanti time nak pegi sekolah malas bangun pagi pulakkk kannn...


besar dah anak mama ni.....dah nak sekolah








Comments

  1. comelnya..mesti seronok dpt.masuk sekolah..Salam Blogwalking : www.yanieyusuf.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai yanie...salam perkenalan..tq. anak nak masuk sek mama dia pulak yg rasa xcited hehe...

      Delete

Post a Comment

hanizamhuri@gmail.com

Popular posts from this blog

Jemputan Majlis Aqiqah & Kesyukuran

Persediaan ke China

Family trip ke Sabah 2018: Penginapan di Kota Kinabalu