Baju family & bertandang

As salam semua reader sekalian,
Hari ni rasa lemau nak mulakan keje, sebab cuti lama 3 hari kan...
walaupun cuti, hani tak rehat lansung kat rumah. 3 hari dipenuhi dgn persiapan kawen.
Ok, hani mulakan dgn hari jumaat. masa ni cuti hari malaysia kan.

Dlm pukul 1030 pagi, mak dan adik smpai di kl. sebab minggu ni kami nak beli baju family.
Lepas amik mak dan adik di pudu, kami terus ke destinasi tujuan iaitu Jln TAR.

Survey punya survey, akhirnya hani beli kain di KAMDAR.
baju batik..tp bukan la batik asli..
harga semeter: RM8.90. Dapat beli 20 meter je sebab tak cukup.
Ni adalah baju untuk mak2 sedara ku...6 orang semua...
belum lg baju utk bapa2 sedaraku. adeeehhh bangkrap
Semua ni belah mak, sebab kami memang rapat.
diaorg la yg byk tolong klu ada majlis apa2 di rumah.
tak pe la, kali ni je pun dapat bagi kan....hehehe



Untuk baju emak, abah, abg da adik2..hani beli yang lain..
2 psg baju kameja batik readymade utk abg dan adik lelaki.
Harga RM 62 sepasang.

Ni pulak kain utk baju mak..semeter RM15, corak batik juga.
Beli 2 meter je sebab nak bahagian kain nak buat kain kosong.
Baju abah pula, beli kain batik asli di Gaya Warisan (dekat dgn Gulatis tu)
sebab abah kecik je orgnya, susah nak beli baju batik yang dah siap.
2.5 meter = RM135 selepas diskaun.
pasni abah akan hantar ke tailor utk buat baju kemeja batik.






Baju Bridemaid
Utk baju pengapit (adik hani), kitaorg pilih baju kain lace ni.
simple je, mana bole dia lg menyerlah dr pengantin kan...
semeter RM 29.90. Beli 2 meter je sebab nak lining dgn kain satin.




time untuk membayar....total semua 400++....uuuuwaaaaa pokai den !!!


Kemudian ke Jakel pula, cari kain satin.
Dubai satin semeter RM15. Beli 4 meter..
Tapi yg ni sdn bhd yer...adik bayar sndiri sebab baju lace td pn dah over bujet.
Sebab baju 2 org bridemaid utk malam nikah pun ai kena sponsor gak...





Baju bertandang
Lepas tu, hani ke ting 3 nak tengok2 kain chiffon beaded.
Nak tengok2 utk buat baju bertandang.
Konon nak tengok2 je, tapi tah la...kena pukau kot dengan sa tu..
Terbeli lak. Bila sampai rumah, tgk kain tu hani tak berkenan sebenarnya dalam erti
 kata lain TAK SUKA !!!!!
Adik pun kata dia macam berat hati jer nak kata setuju. Hani pun sama, berat hati tapi
menonong je pegi bayar. Pakej harga RM630. Dah tawar dapat RM550. 
Bersekali dgn kain baju melayu....pastu diaorg siap pujuk suh beli sampin dan veil sekali...
Termakan pujukan. Blur tul !!!!

Bila dah beli, jalan depan satu kedai dekat area Mydin tu, jumpa satu kedai yang 
mmg jual baju pengantin..cantik2 okeh !!! siap ada labuci2, manik2. hani tgk ada lak kaler maroon, 
harga RM130 jer. Dah siap ready made..tggu nak pakai jer.
Belum minta tawar lg. Siap bagi dgn veil. aarrrrggghhhh nyesal2.
Mcm2 kaler, macam2 saiz ada.
Klu ada b2b nak beli baju siap jer, pegi la kedai tu.
Sori, nama kedai tak ingat. Tapi sebaris dgn masjid tu. Mmg kat situ harga sgt2 berbaloi
jika dibandingkan dgn harga2 yg lain.

Malam tu terus msg incik tunang, kata tak suka dgn kain ni..
Nak beli baju yg lain...yg RM130 tu..
dia pn kata ok. Kalau tak suka, nanti nak pakai pun mesti tak suka kan...

kaler tema utk majlis bertandang marron+putih
simple je kain ni...dalam hati rasa nak beli kain lain..





kain baju melayu+sampin
Sebelum tidur, google design baju.
Jumpa satu design yg berkenan di hati. Jenis chiffon beaded juga.
Terus ubah pikiran. Tak jadi beli yg lain. Proceed je dgn kain sedia ada tu.
Cuma buat design yg kita suka, lepas tu mesti suka dgn baju tu kan.
(ko mmg cepat terpengaruh la hani !!!!!)

Nanti hani sambung tentang citer baju bertandang ni yer....

Comments

  1. cantik la kain tu..
    dah jd baju nanti msti lg cantik..hehehe:)

    ReplyDelete
  2. kain tu semua cantik2..

    kalau dh jadi baju lagi tip top..=)

    ReplyDelete
  3. ni@ @in: cantik eh?? tak sabar lak nk tggu jd baju..entah mcm mana la nanti kan...

    gadis: nti hani review klu dah siap.hrp2 tailor bole buat hani suka dgn baju tu.

    ReplyDelete
  4. insyaallah dah jd baju nanti lg cantek..dont wory k..

    ReplyDelete

Post a Comment

hanizamhuri@gmail.com

Popular posts from this blog

Jemputan Majlis Aqiqah & Kesyukuran

Persediaan ke China

Family trip ke Sabah 2018: Penginapan di Kota Kinabalu