Posts

Showing posts from August, 2015

cerita Raya 2015

Image
assalammualaikum semua.... lamanya tak update blog.... time cuti raya memang tak de mood la nak buka blog kan!!! rasanya masih belum terlewat lagi aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri pada pembaca blog aku ni (eh...ada ke pembaca?ke syok sendiri...heee). maaf zahir dan batin jika ada penulisan di dalam blog ini yang menyinggung perasaan kalian secara sengaja atau tidak sengaja. cerita syawal tahun ni biasa-biasa jerrr.... tahun ni turn beraya di Ipoh dulu....yeeayyy tentulah aku sukaaaa kannn....kampung aku heee so far setakat ni kami tak pernah bergaduh lagi la pasal nak balik beraya....memang ikut turn bergilir-gilir. adil dan saksama gitewww..... persiapan raya tahun ni pun biasa jee....tak banyak pun membeli. lebih kepada berjimat. sejak minyak naik harga..gst bagai laaa...itu la..ini laa....jadi perbelanjaan pun nak kena kawal. tema baju tahun ni emerald green . baju anak-anak ala kadar je, beli baju untuk raya pertama dan selebihnya pakai yang mana ada