Posts

Showing posts from December, 2012

Tikar Evamatik

Image
skrg ni kan bukan main glamour tikar ni... harga murah dan banyak pilihan... disebabkan masa beli tikar PVC hari tu [ post ini ], tak dapat nak beli corak ABC, so, hani pun beli la tikar evamatik ni. Awliya mmg suka meniarap sambil tengok benda warna-warni ni. Nanti dah besar skit bole baring-baring sambil belajar ABC kan... hani order online je dengan fb: Aisyah Evamat (Tikar Evamatik) Harga RM38 termasuk pos [tu pos biasa, kalau pos laju +RM3 lagi] Dah banyak survey, ni antara yang murah la kan. Ada member bgtau dekat Nilai 3 harganya dalam RM35, tapi kalau semata-mata pergi nak beli tikar ni...tak ler jawabnya kan. Dengan minyak, tol semua..dah cecah brape dah tu. Baik order online, jimatttt.... Alkisahnya tikar ni hani beli 1 jer... Sekali orang ni salah hantar...tertukar dengan customer yang lain. - yg corak kelabu merah tu Rasa macam nak marah juga. Tapi nasib baik la orang ni cakap dia akan pos yang baru guna pos laju lagi. Yang memula tu guna pos biasa je.

Try HUGGIES pula

Image
Minggu lepas, hani dan family ke Mid Valley, temankan abg beli stroller untuk anaknya si riquelme tu. Cadang nak beli di Carreofour. Tengok punya tengok, takde yang berkenan pula. Masa tu, ada seorang promoter huggies promote pampers. Katanya promotion 50% . I'm not sure murah atau tidak. Sebab tak pernah beli huggies dan tak sure harga. Normal price RM47.60 , dapat separuh harga RM28.45 untuk semua saiz. Seorang hanya boleh beli maksimum 2 pek sahaja. Masa ni dapat free sample untuk huggies pants (pampers yang pakai macam seluar tu) Disebabkan rasa murah [tak tau betul2 murah ke tak] so, kami pun borong la sampai 8 pek. 4 pek utk abg, dan 4 pek lagi untuk hani. Penuh troli dengan pampers je hihi. Untuk awliya hani terus ambil saiz M, sebab pampers skrg ni masih lagi saiz S. Itupun dah ketat sikit. Masih ada sebungkus lagi pampers saiz S untuk dihabiskan. Pampers huggies ni mgkin sebulan lagi baru boleh pakai. Skrg ni awliya pakai pampers pureen, baru je try beli ma

Kaki BULI???

Image
wahhh...lamanya tak update blog... ketandusan idea dan mood tak datang lak. Tapi bila mood datang, si kecil pulak ada di sisi...hehe.. terus mood layan si kecil lagi kuat dari update blog.. hurmmm tajuk macam ganasss je kan.... alkisah anak daraku yang semakin membesar... sekarang dah pandai membuli okeh!!! Weekend lepas, si riquelme (sepupu awliya) datang ke rumah. Riquel ni beza 7 bulan dgn awliya. Awliya ni mmg suka berkawan...tapi si abg iqul memang anti sosial dengan budak-budak lain. Itulah bezanya budak yang dok dengan babysitter dengan yang dijaga oleh nenek dan atuknya. Memang ketara. Awliya dah biasa dengan budak-budak lain sebab babsitter ada menjaga beberapa orang lagi budak kecil. Tapi si iqul dok sorang je, jadi dia lebih suka bermain seorang diri. Setiap kali jumpa, mula-mula awliya ni akan sengih-sengih, dan berbunyi-bunyi seolah-olah sedang menegur si abg iqul. Si iqul pulak buat tak tahu je...awliya bengang la kot hihi.. tiap kali jumpa da

koleksi topi awliya

Image
Assalammualaikum semua.. Monday blues ke hari ni??? Best keje hari ni sebab esok cuti lagi...cuti Keputeraan Sultan Selangor ...yeehhaaaa Nak bawa awliya g jenjalan tapi tak tahu ke mana lagi. haa...nak tau apa aktiviti mama hari sabtu yang lepas...??? Bila mamanya takde koje, anak lah yang menjadi mangsa hahaha.. oleh sebab mamanya takde topi yang comel2 masa kecik, keghairahan membeli topi untuk anak tak dapat dikawal....ni pun rasa tak cukup, next time kalau shooping nak membeli lagi [iishh2...nafsu semata-mata]. Beli punya beli, tak sedar dah ada 15 koleksi topi si kecik ni [satu lagi topi lupa nak snap gambar lak]. Ada topi yang dah ketat pun dgn kepala awliya. kalau anak gegirl camni la jadinya...pas dah ada rambut, kumpul aksesori rambut pulak. Nanti dah boleh jalan, kumpul kasut pulak....sampai kasut mamanya dah buruk pun xper, lebih rela beli kasut anaknya....errkkk !!!! nafsu lagi.... awliya pulak sangat baik bila mama pakaikan ke semua ko

Awliya 1st book

Image
Ni buku pertama yang mama belikan untuk awliya Simple je bukunya dengan gambar kartun & angka 123 Buat pengenalan dulu....untuk pupuk minat awliya pada buku dan bantu perkembangan mindanya.. -in shaa allah Menurut kajian, bayi berumur 6 bulan sudah bole memahami apa yang diceritakan kepada mereka. Dari sinilah ibubapa digalakkan mula membacakan buku kepada baby masing-masing.     "Gembira semasa mendengar cerita Membaca kepada bayi anda kini akan merupakan aktiviti yang berjaya sebab dia akan terhibur melihat gambar-gambar yang terang sambil bergelung dalam pangkuan anda. Tidak kira berapa umur anak anda, sudah tentu membaca memberikan peluang untuk memeluk dan bersosial sesama yang bermanfaat kepada bayi dan ibu bapa."  -dipetik dari http://www.babycenter.com.my Buku ni mama beli masa expo di MV baru-baru ni.. Beli di booth BBstore.com...harga asal RM13.90 tapi dapat diskaun jadi RM10 je. Semoga awliya rajin membaca sampai besar nanti dan jadi anak y

Produk Tropika untuk masalah kulit & eczima

Image
Hani nak berkongsi dengan rakan2 semua berkenaan produk Tropika . Awliya adalah pengidap eczima tapi bukanlah tahap kritikal [nanti hani review dari mula awliya kena eczima sampai skrg] Minggu lepas, kepala dan tengkuk awliya berbintik kemerah-merahan - banyak sgt Sebelum ni mmg ada, tapi kali ni teruk pulak Dan semestinya klu tanda tu naik, awliya akan menggaru sebab gatal...sian sgt tgk keadaan si kecil ni. Mama selalu pastikan kuku awliya sentiasa pendek.. Kadang-kadang pakaikan lagi sarung tangan [sekejap je pakai sebab awliya dah pandai buka sendiri] Sebelum ni memang hani ada terbaca pasal produk  Tropika ni sesuai untuk baby yang ada masalah kulit dan dan eczima, tapi tak pernah cuba. Kebetulan di cafe ofis ada orang jual, terus beli Tropika Baby Hair &Body Oil (RM18) dan Body Care (RM10) "Minyak ni dirumus sepenuhnya daripada Minyak Kelapa Dara (Virgin Coconut Oil), produk terbaik di dunia tanpa minyak mineral, bahan toksin, paraben atau steroid y

4th Maternity & Chil Expo 30 Nov - 2 Dis 2012

Image
Hari sabtu lepas kami berkesempatan ke baby expo di Mid Valley...Cadang nak keluar pagi-pagi, mudah dapat parking kan.. Awliya dah bangun seawal pukul 7 pagi, lepas bagi susu dan main-main dengan dia, pukul 8.30 dah bagi mandi - sian kena mandi pagi-pagi hehe Pakai baju siap-siap terus. Sebelum keluar kena tidurkan dulu, baru la si kecik tak mengamuk nanti bila dah puas tidur kan. Bila dah tidur, mama & ayah terus bersiap. Tunggu awliya bangun tidur je. Sekali lama la pulak dia tidur, dekat 2 jam okeh - klu tak kuar umah, tidur kejap gile, alahai anak sabor je la... Si ayah pun dah sampai tertidur di sofa... Penantian akhirnya berakhir - ceh ayat skema tul... Terus je angkat awliya dah keluar rumah pukul 11.30...barulah nak breakfeast sekali Kami sampai di MV pukul 1.00 pm, perrghh susah tul cari parking... Masa smpai tempat expo, orang agak ramai juga... Terus buat pendaftaran untuk dapatkan goodies beg.. Sebenarnya datang sini nak survey play mat utk aw