Posts

Showing posts from October, 2015

IKEA Cheras akan dibuka 19Nov2015

Image
untuk peminat IKEA.....mesti happy je berita ni.. sebelum ni dok tunggu je bila la pengumuman IKEA Cheras ni nak dibuka... 19Nov2015 ni ok....sila kosongkan kalendar anda! moh sesakkan ikea...hihi bila IKEA ni dah dekat sikit dengan rumah, maka makin rajinlah  ke sini...mau tiba2 bulan kang ke sini...hehe cehhh...bujet macam orang kaya je nak shopping tiap2 bulan kat ikea kann.. eh, tak dapat shopping...dapat cuti2 mata...berangan sikit-sikit...pun jadi lahhh kan... yang jauh dekat Damansara tu pun gagah jugak pegi, inikan yang dekat...hurrmmm mesti geleng kepala en asben tu nanti... so, peminat ikea...check it out !!!!!!!!!!!

Sale...sale...headband!

Image
Assalammualaikum semua... Salam jumaat...semoga hari ini lebih ceria, lebih bahagia dan semoga kehidupan sentiasa diberkati olehNya. Esok Adra genap 2 tahun. Sempena hari lahir anak saya yang kedua Adra Nur Zafirah esok (31/10/2015) saya nak buat sale headband ! Beli 6 pcs ke atas... FREE POSTAGE !!! Uolls dah jimat RM6 tau duit postage... Laju-laju whatapps kite tau.. 018-3124415 Bagitau no code dan saya akan check stok. No booking ye... Postage akan dibuat hari Isnin.. SALE hari ni je tau sehingga pukul 12:00 am..cepat2!!! Headband RM9.90/pcs RM12/pcs RM15/pcs

Family Day @ Gold Cost Morib

Image
2 minggu lepas ofis aku adakan family day pada 17-18 okt 2015.. dah bertahun takde family day yang menginap sejak staff dah ramai... zaman dulu2 je merasa, lepas staf dah mencecah 300 lebih, hari keluarga buat dekat2 je.. tidak menginap...itupun buat separuh hari je... kali ni di Gold Coast International Resort, Morib aku tak laaaa xcited nak ke sini sebab dah pernah datang masa cuti-cuti Merdeka tahun lepas.. pengalaman yang lepas pun macam tak berapa nak best kan... pergilah juga sebab free... masa kami sampai dalam pukul 2 petang, kebanyakkan bilik tak siap berkemas lagi. sejam lebih juga aku dah rakan yang lain terpaksa menunggu bilik kosong hurmm...memang sejarah la kali ni, selama family day yang menginap...ni la pertama kali kami kena menunggu bilik... selain family day ofis aku, ada lagi beberapa event dari jabatan lain.. mungkin sebab tu bilik agak terhad..rasanya laaaa.... masa  tiba giliran aku dapat bilik, urus setia maklumkan yang bilik tersebut belum berk

LARRIE Warehouse Sale

Image
lama dah terjah mana-mana warehouse ni... tapi sebab warehouse Larrie dekat sangat dengan rumah, sampai aku bole datang 2x... tahun lepas ada juga ternampak banner banner Larrie Warehouse ni.. teringin juga nak pegi, tapi ko tau je la kan...takde kekuatan nak bawa anak2 kalau pegi mana-mana warehouse sale ni.. kawasan rumah aku ni memag kawasan kilang....selalu juga la ada sale... kejap company ni buat sale....kejap lagi company lain buat sale pulakk.. ce ko cakap, wanita mana tak tergugat keimanan weiiii...haha kali ni, dah 2 minggu aku nampak banner dah tergantung... cakap dalam hati...'macam nak pegi je...' sale ni hanya 4 hari sahaja....mula 8 Okt-11 Okt (Khamis hingga Ahad).. sabtu tu lepas kami main futsal, otw nak balik.....terus cakap dengan asben teringin nak singgah...hehe... nasib baik dia layankan je walaupun badan dah penat kan.... aku pun penat gak sebab main juga futsal tapi kalau nak shopping tetiba rasa ada kekuatan luar biasa hahahaha ka

Tips::Idea kreatif yang merangsang anak menjadi bijak

Image
saje simpan artikel ni dalam blog.....untuk rujukan diri sendiri/pembaca blog tersayang kite ni :) credit:  http://pama.karangkraf.com/ Ibu yang bijak juga perlu merancang idea yang kreatif untuk merangsang perkembangan anak di rumah supaya dia boleh membesar sebagai anak yang bijak. Oleh kerana ibu hendak menjimatkan penggunaan wang ringgit dalam perbelanjaan rumah, tidak semestinya ibu perlu membeli pelbagai alat permainan dan alat bantu mengajar untuk anak. Sebaliknya ibu boleh buat sendiri permainan anak menggunakan bahan sedia ada di rumah. Berikut adalah beberapa contoh kreatif permainan merangsang anak bijak. 1.    Belajar mengira Bunyi permainan ini macam membosankan sebab ia berkaitan dengan bab mengira. Jangan menggunakan kaedah konvensional di mana anak perlu mengira dan menulis angka di atas kertas. Kanak-kanak cepat belajar mengira bila ada objek. Anda boleh pilih sebarang objek yang ada di sekitar rumah. Contohnya menggunakan penceduk susu tepung anak sebaga

Aqua & Pets Exhibition

Image
aku pegi Aqua & Pets Exhibiton ni pada bulan lepas.. dari 18-20 September 2015..di MIECC, Mines hari Sabtu memang kami free, jadi terus plan nak ke sini.. memandangkan Mines ni tak jauh pun dari rumah, bolehlah kami nak pergi. kalau jauh tu tak kuasa juga kannn.....hehe ni pertama kali aku ke exhibiton ni, sebelum ni tak pasti sama ada pernah diadakan atau tidak.. budak-budak ni kan suka sangat tengok binatang ni, best la skit nak bawa kan... kami sampai pun dah petang, orang pun taklah ramai sangat... dalam dewan pun tak crowded.. niat hati tak nak lama sangat pun dekat sini.. bila sampai sana, masa nak masuk baru tahu kena bayar tiket...ingatkan masuk free.. nasib baik tak mahal sangat pun, bayaran untuk dewasa RM5/seorang. kanak-kanak bawah 12 tahun barulah free. bila masuk sana, aku jadi macam takut pula sebab ada booth yang ada anjing... eh! aku fobia sikit dengan anjing pasal dulu masa kecik-kecik pernah kena kejar anjing.. sampai be

ostrich farm, port dickson

Image
ehhh...berkurun bebeno nak abiskan entry yang basi... Day 2 sambungan entry yang lepas Lepas check out dari Primaland Port Dickson , on the way nak balik tu, kami singgah dulu di Ostrich Farm di kawasan Teluk Kemang. Bayaran masuk adalah sebanyak  RM13 untuk dewasa. Seronok juga masuk dalam ni....pertama kali tengok ostrich, kalau dalam bahasa melayu burung unta. Teruja anak-anak. Di sini kalau haiwan kecil-kecil tu macam ayam, burung dibiarkan berkeliaran je. Anak-anak happy je sambil kejar ayam. muka senyum padahal nervous kena patuk kang! ada juga arnab-arnab yang diletakkan dalam kandang tapi kita boleh masuk dalam kandang arnab tu dan boleh main dan bagi makan, jinak-jinak belake.  tapi arnab tu nampak si adeya lintang pukang arnab ni lari pasal asik kena dukung je dengan adeya. tengok la gaya adeya pegang arnab tu, senak arnab tu nak! mana la diaorang tu tak lari nampak kamu hihi.... si kakak pulak memang penakut, awal dah panjat bangku