Posts

Showing posts from April, 2014

Rumah Api Satay Celup & Grill

Image
Ni cerita hari minggu yang lepas masa hani sekeluarga balik Ipoh. Adik bawa makan di Rumah Api Satay Celup & Grill yang terletak di Jalan Sultan Iskandar Shah. Oh ye, Rumah Api ni masih baru lagi. Owner ni adalah kawan adik hani tu. Dia selalu juga bawa kawan-kawan datang makan di sini. Support member la katakan. So far, pada hani, sedap. Satay celup tu ada macam-macam bebola udang, ketam, ikan.... Untuk grill pulak ada ayam blackpaper, ayam kari, errmmm ala..tak ingat sangat... Pilihan untuk grill tak banyak sangat la cuma ada ayam dan daging. Ada daging kambing juga tauuu.... Dah banyak kali hani makan grill, jarang ada tempat yang menyediakan daging kambing. Eh, tapi hani tak makan kambing pun hehehe. Ada juga aiskrim...peberet. 3 mangkuk abis asik dok ulang ambil. Ada cendawan, mee, sayur bronkoli. Kuah steamboat tu ada 2 jenis, KUAH KACANG dan SUP. Sos pun sedap ok... Kalau makan steamboat ni mesti sos kena sedap kan, kalau tak spoil tau. Hani makan deng

adra progress::check up 5 bulan

Image
8 april 2014 Bawa adra check up untuk 5 bulan di klinik kesihatan seri kembangan. Nasib baik orang pun tak ramai sangat, dalam masa 2 jam dan setel semua. Kena cucuk sekali...tapi kali ni adra is gud girl sebab tak nangis lansung. Siap boleh sengih dengan nurse. Sebelum kena cucuk, siap boleh usha baby lain yang tengah nangis lepas kena cucuk. Eksen sungguh kamu ye adra...!!! Alhamdulillah, perkembangan adra baik. Perkembangan dia selari dengan usianya sekarang seperti berguling, memegang barang, menoleh jika terdengar bunyi dan memandang muka jika bercakap dengan dia. Aktif sangat. Suka sangat melompat kalau kita pegang dia macam dalam gambar di bawah ni. Penat weeeiii...kelakar pun ada hikhik. Berat badan pun semakin naik. Lenguh juga mama nak dukung lama-lama. So, hasil check up: Berat - 6.2kg Tinggi - 62cm Semoga anak mama membesar dengan sihat dan cergas ye! posing dulu sementara tunggu no giliran

Monopod for sale

Image
Trend orang sekarang ni asik nak selfie je kan. Eh, hani tak suka sangat selfie pun. Tapi hani beli monopod ni sebab senang nak bergambar satu family. Tak perlu nak minta tolong atau ganggu orang lain kan.... Sekarang ni baru la senang nak bergambar dengan ayah sekali. Selalunya asik mama dan anak-anak je bergambo. Kesian ayah takde gambo sebab selalu jadi cameraman je hehe. rugi takde gambar satu family kan...tak boleh nak jadikan kenangan. Kalau u all berminat nak dapatkan monopod, boleh email pada hani ye. hanizamhuri@gmail.com Harga RM50 termasuk postage. Kaler HITAM sahaja. Cepat...cepat...sementara stok masih ada. adra pun pandai selfie juga tauuuu.........!!!! hehe

Majlis Aqiqah & Kesyukuran ADRA

Image
Alahai...post ni dah berkurun dalam draf. Majlis ni dibuat masa adra umur 2 bulan 1 minggu, sekarang ni dah umur 5 bulan 1 minggu baru nak buat review hehe. Bukan apa, gambar majlis pula tertinggal dalam pc kat rumah Ipoh Sebab tu la pending post ni. Hani pula malas nak download gambar dalam fb. So...meh kite review semula. Alhamdulillah selesai juga Majlis Aqiqah & Kesyukuran ADRA NUR ZAFIRAH pada 5 Jan 2014 yang lalu. Hani memang plan nak buat majlis ni dalam tempoh cuti bersalin. Senang..selesaikan mana yang patut dulu. Lagipun ada rezeki lebih sikit...kan gomen dah dapat bonus ari tu...bolehlah kami adakan kenduri ni. Persiapan untuk kenduri ni hani buat dalam masa 2 minggu. Tak de apa sangat pun sebab majlis kecil jer. Cuma persiapan dari segi penyediaan doorgift dan beli barang-barang memasak je. Jemputan pun tak ramai sangat, dalam 200 orang. Kebetulan buat kenduri ni, mak hani pun adakan sekali tahlil untuk arwah atok. Dah 7 bulan arwah me

Adra::Sudah 5 bulan

Image
Dulu masa si kakak rajin update progress perkembangan dia. Sekarang ni asyik tertangguh je nak update sampai terlupa terus hehe Bukan apa, catatan dalam blog kan macam diari. Macam sekarang, kadang-kadang hani selalu tengok post masa si kakak Awliya masa kecil 'SubhanaAllah....dah besar anak aku' Rindu waktu dia baby. Jadi si adik Adra ni pun kena la merajinkan diri untuk update progress dia agar tercatit sedikit memori ketika dia masih baby. Nanti dah besar boleh suruh dia baca kan kan.... 31/3/2014 Genap adik Adra 5 bulan. Sihat dan aktif. Masih fully breastfeed. Alhamdulillah bekalan stok untuk adra tak pernah putus. Masih penuh peti sejuk. Suka tersenyum yang buat mama rasa nak geget dia. Dah pandai berguling-guling....kalau tidur or letak atas katil, kena buat kubu sekali. Risau jatuh sebab katil dalam bilik tu tinggi sebab tilam agak tebal. Dah mula angkat montot dan dah boleh menyusur ke depan sikit-sikit. Kalau pegang dan dirikan dia, asik nak melompat-lo

Hot Ballon @ Putrajaya

Image
Ni cerita weekend yang lepas pada hari Ahad. Tak tahu nak bawa anak-anak berjalan ke mana. Pastu nampak post member dekat fb dia ke 6th Putrajaya International Hot Ballon di Persint 2, Putrajaya. Event ni dari 27-30 Mac 2014. Macam menarik je, sebelum ni tak pernah pun ke event ni, teringin juga nak tengok. Terus je suggest kat asben. Dia pun kata ok. Cuaca pun cantik je hari tu. Pukul 5 kami dah gerak dari rumah. Bila sampai sana, fuhhh ramainya manusia. Tapi nasib baik parking senang cari. Masa kami sampai belon baru nak 'ditiup' Ok...kami pun tunggu la. Hampir maghrib, belon-belon masih belum dinaikkan lagi. Rasa dah tak sanggup nak tunggu lagi sebab dah waktu maghrib kan. Tak elok pulak bawa budak kecik time maghrib ni kat luar. Adik pula dah tertido atas bahu mama, mengantuk sangat. Akhirnya kami ambil keputusan pergi makan dan terus balik rumah. Hurmmm....punah harapan nak ambil gambo belon banyak-banyak kat atas udara....huhu. selfie dulu  

1 april 2014::berganjak lagi umur

Image
1 April 2014 Genap umur 33 tahun Alhamdulillah, syukur padaMu ya Allah kerana masih panjangkan umurku untuk melalui kehidupan ini bersama suami dan anak-anak tersayang. Kejap je masa berlalu... Dah tua pulak rasanya.....huhu Paling suka dapat ucapan dari suami tersayang lewww.....hehe Banyak juga terima ucapan sms dan fb dari rakan-rakan. Terima kasih atas ingatan kalian.... Saya sangat menghargainya. muahhhh... Semoga kita sama-sama dipanjangkan umur serta dimurahkan rezeki olehNya. Semoga tahun mendatang ini menjadikan hani lebih baik dari tahun-tahun lepas. In shaa Allah. credit:: here