Friday, December 28, 2012

Tikar Evamatik

skrg ni kan bukan main glamour tikar ni...
harga murah dan banyak pilihan...
disebabkan masa beli tikar PVC hari tu [post ini], tak dapat nak beli corak ABC,
so, hani pun beli la tikar evamatik ni. Awliya mmg suka meniarap sambil
tengok benda warna-warni ni. Nanti dah besar skit bole baring-baring
sambil belajar ABC kan...

hani order online je dengan fb: Aisyah Evamat (Tikar Evamatik)
Harga RM38 termasuk pos [tu pos biasa, kalau pos laju +RM3 lagi]
Dah banyak survey, ni antara yang murah la kan.
Ada member bgtau dekat Nilai 3 harganya dalam RM35, tapi kalau semata-mata pergi
nak beli tikar ni...tak ler jawabnya kan. Dengan minyak, tol semua..dah cecah brape dah tu.
Baik order online, jimatttt....

Alkisahnya tikar ni hani beli 1 jer...
Sekali orang ni salah hantar...tertukar dengan customer yang lain. - yg corak kelabu merah tu
Rasa macam nak marah juga.
Tapi nasib baik la orang ni cakap dia akan pos yang baru guna pos laju lagi.
Yang memula tu guna pos biasa je.

Kemudian hani tanya, yang silap pos tu nak pos semula ke dia tak..
Dia minta pos semula dan dia akan tanggung semua kos..
Lepas tu dia cakap, kalau ada kawan-kawan atau hani sendiri nak tikar tu,
dia jual separuh harga je...waahh, tawaran menarik ni hihihi
Terus je hani cakap nak beli tikar tu hehe....bayar RM19 je, mmg berbaloiiii...
Mana dapat harga camtu kan. Nasib baik warna merah kelabu, mmg matching dengan
tema warna dekat rumah....tak rugi beli.

Rasa segan pulak bila tikar ni di pos di ofis, dah le tak berbalut tertutup.
hehe..nak buat camne, terpaksa gak antar ke opis, kat rumah mana ada orang kan..

Tikar ni nanti korang kena la letak atas carpet sebab nipis je kan...
haa...lg satu, klu nak beli tikar ni yg ada tulis perkataan2 tu, pastikan bahasa tu bukan
bahasa indon...
sebab tikar ni kan asalnya dari indon, ada perkataan2 yg banyak guna bahasa indon..
waduhhh....waduhhh...nti anak blaja bahasa indon pulak ya !!!! 
 


 pic from fb Aisyah Evamat (Tikar Evamatik)


Try HUGGIES pula

Minggu lepas, hani dan family ke Mid Valley, temankan abg beli stroller
untuk anaknya si riquelme tu. Cadang nak beli di Carreofour.
Tengok punya tengok, takde yang berkenan pula.

Masa tu, ada seorang promoter huggies promote pampers. Katanya promotion 50%.
I'm not sure murah atau tidak. Sebab tak pernah beli huggies dan tak sure harga.
Normal price RM47.60, dapat separuh harga RM28.45 untuk semua saiz.
Seorang hanya boleh beli maksimum 2 pek sahaja. Masa ni dapat free sample untuk huggies pants (pampers yang pakai macam seluar tu)

Disebabkan rasa murah [tak tau betul2 murah ke tak] so, kami pun borong la sampai 8 pek.
4 pek utk abg, dan 4 pek lagi untuk hani. Penuh troli dengan pampers je hihi.

Untuk awliya hani terus ambil saiz M, sebab pampers skrg ni masih lagi saiz S.
Itupun dah ketat sikit. Masih ada sebungkus lagi pampers saiz S untuk dihabiskan.
Pampers huggies ni mgkin sebulan lagi baru boleh pakai.

Skrg ni awliya pakai pampers pureen, baru je try beli masa warehouse pureen hari tu.
Tapi pampers ni kurang sesuai untuk awliya...hurrrmm slalu je bocor.
Dan tak sabar nak abiskan 1 pek lagi tu, then boleh try huggies pula.

Mummy diluar sana pakai pampers untuk baby apa eh?ok x?Bolehlah share info kan....




Thursday, December 27, 2012

Kaki BULI???

wahhh...lamanya tak update blog...
ketandusan idea dan mood tak datang lak.
Tapi bila mood datang, si kecil pulak ada di sisi...hehe..
terus mood layan si kecil lagi kuat dari update blog..

hurmmm tajuk macam ganasss je kan....
alkisah anak daraku yang semakin membesar...
sekarang dah pandai membuli okeh!!!
Weekend lepas, si riquelme (sepupu awliya) datang ke rumah.
Riquel ni beza 7 bulan dgn awliya.
Awliya ni mmg suka berkawan...tapi si abg iqul memang anti sosial
dengan budak-budak lain.
Itulah bezanya budak yang dok dengan babysitter dengan
yang dijaga oleh nenek dan atuknya. Memang ketara.
Awliya dah biasa dengan budak-budak lain sebab babsitter ada
menjaga beberapa orang lagi budak kecil. Tapi si iqul dok sorang je,
jadi dia lebih suka bermain seorang diri.

Setiap kali jumpa, mula-mula awliya ni akan sengih-sengih,
dan berbunyi-bunyi seolah-olah sedang menegur si abg iqul.
Si iqul pulak buat tak tahu je...awliya bengang la kot hihi..
tiap kali jumpa dan dekat dengan abg iqul, awliya ni akan cengkam apa saja..mana sempat yang dicapai.. sampaikan si iqul selalu melarikan diri.
kadang2 sampai tepis tangan si awliya...
kadang2 sampai menangis si awliya kerja kan si abg iqul hahaha....
ganas dan garang tul anak dara ku itu....

mula-mula tegur baik-baik jer....

last-last ditamparnya si abg riquel ni....

Mmg ada gaya pembuli awliya ni...dengan topi yg senget sebelah hahaha....anak mama ni kecik2 dah pandai sakat orang yer....dah besar jgn camtu ye, kena kawan baik2 semua orang tau...



Monday, December 10, 2012

koleksi topi awliya

Assalammualaikum semua..
Monday blues ke hari ni???
Best keje hari ni sebab esok cuti lagi...cuti Keputeraan Sultan Selangor ...yeehhaaaa
Nak bawa awliya g jenjalan tapi tak tahu ke mana lagi.

haa...nak tau apa aktiviti mama hari sabtu yang lepas...???
Bila mamanya takde koje, anak lah yang menjadi mangsa hahaha..
oleh sebab mamanya takde topi yang comel2 masa kecik, keghairahan membeli topi untuk anak
tak dapat dikawal....ni pun rasa tak cukup, next time kalau shooping nak membeli lagi [iishh2...nafsu semata-mata]. Beli punya beli, tak sedar dah ada 15 koleksi topi si kecik ni [satu lagi topi lupa nak snap gambar lak]. Ada topi yang dah ketat pun dgn kepala awliya.

kalau anak gegirl camni la jadinya...pas dah ada rambut, kumpul aksesori rambut pulak.
Nanti dah boleh jalan, kumpul kasut pulak....sampai kasut mamanya dah buruk pun xper, lebih rela beli kasut anaknya....errkkk !!!! nafsu lagi....

awliya pulak sangat baik bila mama pakaikan ke semua koleksi topi dia...good girl syg.
Siap buat aksi-aksi gedix beliau lagiii...ekekeke [kaki posing betul]









p/s:: setiap saat merindu si kecil ini......

Friday, December 7, 2012

Awliya 1st book

Ni buku pertama yang mama belikan untuk awliya
Simple je bukunya dengan gambar kartun & angka 123
Buat pengenalan dulu....untuk pupuk minat awliya pada buku
dan bantu perkembangan mindanya.. -in shaa allah
Menurut kajian, bayi berumur 6 bulan sudah bole memahami apa yang diceritakan kepada mereka.
Dari sinilah ibubapa digalakkan mula membacakan buku kepada baby masing-masing.
  
"Gembira semasa mendengar cerita
Membaca kepada bayi anda kini akan merupakan aktiviti yang berjaya sebab dia akan terhibur melihat gambar-gambar yang terang sambil bergelung dalam pangkuan anda. Tidak kira berapa umur anak anda, sudah tentu membaca memberikan peluang untuk memeluk dan bersosial sesama yang bermanfaat kepada bayi dan ibu bapa." 

-dipetik dari http://www.babycenter.com.my

Buku ni mama beli masa expo di MV baru-baru ni..
Beli di booth BBstore.com...harga asal RM13.90 tapi dapat diskaun jadi RM10 je.
Semoga awliya rajin membaca sampai besar nanti dan jadi anak yang bijak yer - amin
Next time mama belikan buku lagi ye syg....

 

 
 


study dengan ayah....gud girl syg

 mama....awliya dah penat study, upah susu bole x??

Thursday, December 6, 2012

Produk Tropika untuk masalah kulit & eczima

Hani nak berkongsi dengan rakan2 semua berkenaan produk Tropika.
Awliya adalah pengidap eczima tapi bukanlah tahap kritikal [nanti hani review dari mula awliya kena eczima sampai skrg]
Minggu lepas, kepala dan tengkuk awliya berbintik kemerah-merahan - banyak sgt
Sebelum ni mmg ada, tapi kali ni teruk pulak
Dan semestinya klu tanda tu naik, awliya akan menggaru sebab gatal...sian sgt tgk keadaan si kecil ni.
Mama selalu pastikan kuku awliya sentiasa pendek..
Kadang-kadang pakaikan lagi sarung tangan [sekejap je pakai sebab awliya dah pandai buka sendiri]

Sebelum ni memang hani ada terbaca pasal produk  Tropika ni sesuai untuk baby
yang ada masalah kulit dan dan eczima, tapi tak pernah cuba.
Kebetulan di cafe ofis ada orang jual, terus beli Tropika Baby Hair &Body Oil (RM18) dan Body Care (RM10)

"Minyak ni dirumus sepenuhnya daripada Minyak Kelapa Dara (Virgin Coconut Oil), produk terbaik di dunia tanpa minyak mineral, bahan toksin, paraben atau steroid yang memudaratkan kesihatan bayi. Kaya dengan Vitamin E ,serta bersifat anti oksida,Tropika Baby Hair & Body Oil memelihara serta melindungi kulit bayi daripada serangan bakteria dan kulat"

Masa mandi, hani akan gunakan body care (sabun) dan lepas mandi pula hani akan sapukan baby hair & body oil ni di tempat-tempat yang merah tu..
alhamdulillah, dalam masa 3 hari....bintik2 merah tu dah hilang...
Selalu kat kepala paling banyak, kali ni dah semakin kurang..
Bau pun wangi sangat, bau lavender tu....

Memandangkan Awliya serasi dgn produk ni, hani terus beli lagi sabun utk bagi ada pengasuh awliya. Walaupun eczima ni takde ubatnya, tapi kita kena berusaha untuk mengawalnya. Sebelum ni awliya guna produk Cetaphil, kalau sesiapa pernah guna Cetaphil ni..mesti tau harganya kan. Agak mahal.  Nasib baik awliya serasi dengan produk yg murah sedikit dari cetaphil tu :-)

Kepada rakan2 ku yang anaknya mengalami eczima atau masalah kulit yang lain, cubalah produk ni. Mana tahu serasi juga kan. In Shaa Allah, kita sekadar berusaha, selebihnya Allah yang menyembuhkan.



keadaan awliya....kesian sangat :'(

di muka pun ada bintik-bintik



Wednesday, December 5, 2012

4th Maternity & Chil Expo 30 Nov - 2 Dis 2012

Hari sabtu lepas kami berkesempatan ke baby expo di Mid Valley...Cadang nak keluar pagi-pagi, mudah dapat parking kan..
Awliya dah bangun seawal pukul 7 pagi, lepas bagi susu dan main-main dengan dia,
pukul 8.30 dah bagi mandi - sian kena mandi pagi-pagi hehe
Pakai baju siap-siap terus. Sebelum keluar kena tidurkan dulu, baru la si kecik tak mengamuk nanti bila dah puas tidur kan.

Bila dah tidur, mama & ayah terus bersiap. Tunggu awliya bangun tidur je.
Sekali lama la pulak dia tidur, dekat 2 jam okeh - klu tak kuar umah, tidur kejap gile, alahai anak sabor je la...
Si ayah pun dah sampai tertidur di sofa...

Penantian akhirnya berakhir - ceh ayat skema tul...
Terus je angkat awliya dah keluar rumah pukul 11.30...barulah nak breakfeast sekali

Kami sampai di MV pukul 1.00 pm, perrghh susah tul cari parking...
Masa smpai tempat expo, orang agak ramai juga...
Terus buat pendaftaran untuk dapatkan goodies beg..




Sebenarnya datang sini nak survey play mat utk awliya...
Si kecik tu kan dah lama pandai meniarap, bila ada play mat best skit dia nak
meniarap kan...[mama dia yg teruje sebenarnya nak beli]

Booth untuk play mat tak banyak, ada 3 je..
Rupanya play mat ni ada dua jenis, PVC dan PE
PVC lebih mahal berbanding PE
Bila dah survey semua booth, PVC ni dalam linkungan harga RM390-RM429, PE pulak dalam lingkungan harga RM99-RM150
PVC ni lebih tebal dan lembut berbanding PE

Disebabkan awliya ni masa meniarap kadang2 suka menghentak kepala ke lantai - ganas anak dara ni
kami decide beli PVC.
Mula2 nak beli jenama Parklon, memang best...sedap je klu pijak dan baring...tapi mahal la pulak
harga RM429...percuma dapat kipas angin kecil -comel lak kipas tu
ada kerusi comel...nsb baik xjual...klu tak, mama nak beli juga hahaha

booth Parklon


Lama gile nak buat keputusan nak beli yang mana satu.
Lastly kami buat keputusan beli jenama Comflor dengan harga RM399 - sebab lebih tebal 1.3 inci berbanding parklon 1.2 inci, warranty selama 1 tahun, both side ada corak yang berlainan
Dan yang penting BPA free...selamat untuk baby - kan baby ni klu meniarap suka je nak menjilat
Play mat ni juga waterproof - kalau basah tak la diserap sampai bahagian dalam tu.
U oll bole refer website Dwingler di sini.


Mula-mula mama berkenan dengan corak polar bear, sebab ada ABC..nti awliya boleh blaja sambil guling2 tu kan.. tapi nasib baik penjual tu bgtahu kami ada gambar ba alif ba ya. Nasib baik promoter cina tu alert bab ni dengan customer melayu.. So kawan2, kalau nak beli tu...tengok betul2 corak tu..
kadang2 kita memang tak perasan sangat sebab corak di play mat ni kan crowded dan colourful..


sila lihat pada bulatan hitam tu

Kami pilih design space rabbit - mama tak berkenan sebenarnya
Tapi en asben suka sbb material nampak lembut sikit, tak la tangan baby berbekas merah masa meniarap tu
Rela kan jer la - moga anak nanti boleh jadi ahli sains @ angkasawati Msia yang pertama hahaha *berangan jap

Bila balik rumah, mama lak tak sabar nak bentang di ruang tamu..tempat awliya suka golek-golek - mama pun tumpang guling jgak ngeeee...
Buat masa ni tikar ni letak di ruang tamu sementara mama nak siapkan bilik awliya - dlm proses





Buat aksi akrobatik la pulak !!!

Tips penjagaan play mat
  • jangan letak benda berat di atasnya etc kabinet, katil
  • jangan letak benda tajam di atasnya etc pisau

Bila dah dapat apa yang diidamkan, biasalah terbeli juga benda2 sampingan hehehe - dah nama pompuan kan, memang la camtu
Dekat booth pureen mama beli 3 pasang baju awliya, kat sini tak la semurah macam pureen warehouse tu...sepasang RM15


Dan.....beli kasut rm15 [walaupun ta pandai jalan lagi] heee
Headband-RM10
Buku 123- RM10
Kotak simpan menan - RM25
terus test headband baru walaupun tak match dengan baju....

kasut tomei polkadot...


Nasib baik masa mama n ayah agak pokai sebab gaji lambat lagi...klu tak banyak lagi nak memborong heeeee....




Tuesday, November 27, 2012

Simpanan utk masa depan anak....

Hari ni dah selesai buka akaun SSPN-i untuk Awliya.
Simpanan untuk pendidikan di masa hadapan nanti.
Sebahagian duit yang awliya dapat masa baru lahir hari tu dan duit raya...
Dikumpul-kumpul, alhamdulillah....banyak juga, murah rezeki anakku....syukur
Terima kasih pada semua....insyaallah, duit yang diberi akan digunakan sebaik
mungkin terutama untuk pendidikan awliya nanti...
Sebahagian mama simpan di SSPN, dan sebahagian lagi mama tunggu awliya
umur 6 bulan untuk buka akaun ASB pula...

Setiap bulan mama dan ayah akan melabur dalam akaun Awliya nti...
Walaupun tak banyak, sikit-sikit lama-lama jadi bukit kan...

Kalau buka akaun SSPN ni, rupa-rupanya tak de buku....
Penyata dihantar setahun sekali kepada pendeposit dan
baki kita boleh semak secara online...oohhh, baru ku tahu.
Maklumat lanjut boleh semak di sini.

Kalau dah buka akaun, jadi lupa daftar untuk semakan online di laman web PTPTN.
Mudah kan.

So, kawan-kawan...apa tunggu lagi...mari menabung untuk masa depan anak-anak.



Kembara di bumi Perth - Day 3

Day 3 - 04/05/2012

Selepas mandi dan solat subuh, kami terus sediakan sarapan pagi. Lepas check out, seperti biasa
haruslah bergambar di kawasan sekeliling. Baru nampak keadaan sekeliling macam mana, maklumlah sampai malam tadi kan dah gelap.


kemudahan yang disediakan


Destinasi seterusnya adalah ke Cape Leewin, 10 minit dari tempat penginapan kami. Cape Leewin  merupakan menara rumah api.



Sedikit info mengenai Cape Leewin.


"The Cape Leeuwin Lighthouse is a lighthouse located on the headland of Cape Leeuwin, the most south-westerly point on the mainland of the Australian Continent, in the state of Western Australia.
Opened with great ceremony by John Forrest in 1895, the lighthouse has since been automated. The lighthouse, besides being a navigational aid, serves as an important automatic weather station. The lighthouse's buildings and grounds are now vested in the local tourism body and the single (1960s) and double (1980s) communications towers that were north-west of the lighthouse, seen in older photographs of Cape Leeuwin, have been removed.

The nearest functioning lighthouse north of Cape Leeuwin is the much smaller Cape Hamelin lighthouse, just south of the Hamelin Bay camping area. The International Lighthouse Day was celebrated at Cape Leeuwin lighthouse for the first time in 2004."


Kami tidak melepaskan peluang untuk memanjat rumah api ni. Kalau nak masuk ke dalam rumah api ni, perlu dibawa oleh staf mereka. Sambil memanjat ke atas, staf mereka akan menerangkan maklumat dan sejarah berkenaan dengan Cape Leewin ni. Bayaran masuk tak ingat lak tapi staf tu baik lak, kasi diskaun pada kami. Kalau kita tak nak masuk ke dalam rumah api ni, sekadar pusing-pusing di kawasan sekitar, kadar bayaran lebih murah sedikit.
Mengah ok memanjat tangga nak sampai puncak rumah api tu...huhu. Tapi berbaloi bila dapat tengok pemandangan laut yang sangat luas.
  
Yang menariknya, di sinilah pertemuan antara Southern Ocean (Lautan Selatan) dan Indian Ocean (Lautan Hindi)



Tengah dengar penerangan dari staf Cape Leewin

Pemandangan dari atas rumah api




Kami meneruskan perjalanan balik. Kami singgah di Flinder Bay, tak jauh dari Cape Leewin. Tapi tak berhenti pun..sekadar lalu melihat kawasan. Tak sempat pun nak snap gambar sekeping dua. Adoyaiii rugi betul la. Cantik, damai dan tenang kawasan ni. Flinder Bay adalah merupakan kawasan pantai dan terdapat penempatan penduduk di sekitarnya. Kalau ke sini pada awal bulan Jun, kita berpeluang melihat ikan paus bermain-main di kawasan pantai ni. Wahhh sangat menarik kan.

Kami teruskan perjalanan balik ke bandar Perth. Sebelum itu, kami merancang untuk singgah di chocolate factory di Margaret River. Bila tiba di Pekan Margaret River, kebetulan ada tourist information di situ. Kami pun berhenti dah bertanya lokasi kilang coklat tersebut. Yang kami perasan, setiap bandar di Perth ni mesti ada tourist information. Bagus kan. Memudahkan pelancong backpackers macam kami ni. Orang-orang di sana pun semua baik dan ramah.


Bila dah tahu lokasi kilang coklat tersebut, kami meneruskan perjalanan ke sana berpandukan peta yang diambil dari tourist information tadi. Rupanya ada 3 kilang coklat di Margaret River ni (seperti yang ditandakan warna oren oleh staf tadi). Tapi yang paling terkenal adalah Margaret River Chocolate Company.



Di sini kami membeli beberapa jenis coklat. Walaupun rambang mata sebenarnya, rasa macam nak beli semua je haha. Harga coklat di sini ok la, murah juga...masih mampu lagi. Ohh sila jangan convert ke RM, nanti korang akan rasa baik beli coklat di Langkawi je kan...kan..



Di sini juga kita boleh melihat proses coklat dibuat melalui chocolate window. Dalam ni boleh nampak pekerja bersama mesin-mesin membuat coklat. Setiap hari mereka ni akan membuat coklat berlainan. Di sini juga anda boleh mencuba coklat yang disediakan secara percuma. Oh ye, pengunjung juga boleh makan dan minum di cafe yang terdapat dalam ni. Tergugat iman...nyum, nyum sedap semuanya (eh...tgk gambar pun dah nampak sedap). Kami pun beli minuman sambil lepak-lepak di cafe ni. Semestinya beli minuman yang berasaskan coklat, heaven rasanya ^_^. Masa nak beli tu, siap tanya pekerja tu 'no alhocol isn't?...'No, no' jawab pekerja tu...bukan apa..risau jugak kan bab-bab makan ni kan kat negara orang.




Lepas melepak seketika, kami meneruskan perjalan ke bandar Perth. Dalam perjalanan, kami singgah ke Busselton Jetty. Memusing-musing nak cari jeti ni, adoiii buang masa je rasanya. Masa ni GPS tak dapat membantu kami pun. Eh, kalau tak sesat, tak mencabar pulak kan. Bila dah berhenti tanya 2-3 orang, baru jumpa. Moralnya, malu bertanya sesat jalan. Tapi kami bukan malu bertanya, cuma masa ni cuaca dah hujan, malas lak nak berenti hehe....


Bila sampai di Busselton Jetty ni, ramai juga pengunjung yang tengah bersantai-santai. Memang tenang je tempat ni, kat kawasan laut la katakan. Masa ni hujan dah turun rintik-rintik. Ish, spoil betul la...dah la nak cari tempat ni sampai sesat, bila dah jumpa tak dapat sampai sampai hujung jeti. Jeti ni memang panjang dan merentasi laut. Kami sempat posing di tepi-tepi jambatan. Kita boleh sampai ke hujung jeti dengan menaiki tren. Kadar bayaran tak ingat la pulak. Tapi kalau tak nak naik tren dan korang rasa kaki tu mampu berjalan jauh, silalah gunakan kaki anda sahaja. Selain tu, pengunjung juga boleh melihat pemandangan di bawah air (underwater). Maklumat lanjut mengenai Busselton Jetty di sini.



Boleh beli cenderahati di sini

Bila hujan dah turun, kami bergegas ke kereta. Sebelum tu kami singgah ni kedai cenderahati. Seharusnya beli fridge magnet kan. Kalau ikut itenary, selepas ke Busselton Jetty, kami akan ke Lake Clifton untuk tengok trombolites ataupun living rocks. Macam menarik je. 

Tapi memandangkan perjalanan ke Perth masih jauh dan cuaca yang hujan lebat, terpaksa la kami skip Lake Clifton ni. Kami perlu menghantar kereta ke Bayswater sebelum pukul 5.30 petang. Bila dah sampai ke bandar Perth, keadaan jalan masa tu sangat jem. Tersangkut-sangkut, mungkin sebab waktu tu selepas office hour, orang dah balik keje kan. Nampaknya memang kami tak sempat nak hantar kereta petang tu juga. Kami buat keputusan untuk hantar pagi esok. Masa tu redha je la kalau kena late charge ke kan.

Kami terus ke bandar perth untuk check in di Criterion Hotel yang telah ditempah secara online [link]. Hotel ni terletak di Hay Street, betul-betul di tengah bandar Perth. Masa ni rasa mencabar sangat. Kami sesat hampir 2 jam...huhu. Rupanya di bandar perth ni ada 2 nama jalan Hay Street. Dalam GPS, hanya tunjukkan hay street yang bukan kami nak pergi. Entah kenapa GPS ni tak dapat detect Hay Street yang terletaknya Criterion Hotel. 2 kali tanya orang di situ, barulah jumpa. Memang jauh Hay Street 1 dan Hay Street 2 tu. Memusing-musing satu bandar tu. Adooiiii, sabar jer la...dah la penat, sesat lak dalam bandar. Dah la dalam bandar perth ni banyak jalan one way, tu yang berpusing-pusing. Kepala pun sama berpusing gak ni.

Lega bila dah jumpa Hotel Criterion ni. Hotel ni tiada kemudahan parking, so kami kena letak kereta di Wilson Parking. Kadar bayaran boleh semak di sini. Nasib baik tak jauh sangat dari hotel ni. Kalau tak penat jugak nak menapak kan dengan mengangkut semua beg. Kami booked bilik Quad (dua katil double) dan minta 1 katil extra. Kadar bilik kami adalah AUD195 bersamaan RM 649.35 untuk satu malam (w/o breakfeast)....huhuhu...ni kalau dok hotel kat M'sia ni dah dapat bilik suite executive dah ni...
Sebenarnya kat Perth ni banyak je hostel yang macam kami duduk di Cervantas dan Augusta tu, tapi bila pikir balik, beza harga tak berapa jauh sangat...kami rasa lebih selesa duduk di hotel kali ni. Bilik air pun tak perlu nak kongsi-kongsi dengan pengguna lain. Lagipun kami menginap selama 3 hari di hotel ni, keselesaan diutamakan dulu :-)

Lepas check in, masuk je bilik masing-masing rasa nak pengsan....Malam ni makan nasi bersama kari ayam dan tomyam sayur. Alhamdulillah, kenyang dan mata pun dah berat.....




Ni la rupa bilik kami....simple je biliknya
Continue day 4.....

Kembara di bumi Perth - Day1
Kembara di bumi Perth - Day2
Kembara di bumi Perth - Day3
Kembara di bumi Perth - Day4
Itenary ke Perth


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...