Posts

Showing posts from July, 2015

Crunchy Karamel Almond yang marbelesss !!!

Image
Sekali je hani pernah makan  ni. itupun asben yang beli dari kawan di ofis.  harga pun boleh tahan gak. agak mahal. tapi bila dah makan.....ehhh sedapnyaa. bila tengok bahan pun kita dah tahu mahal. no wonder la biskut ni dijual dengan harga yang mahal. bila terjumpa resepi ni dekat fb...eh macam senang je nak buat. gaul-gaul then bakar. terus rasa semangat nak buat sendiri.  Kali pertama hani buat crunchy karamel almond ni.  jadi gigih la pergi beli bahan-bahan. bila nak bayar...errmmm memang mahallll ko bahan-bahanya terutama tepung yang digunakan. hampir RM70 tu. hani beli tepung bienetta sebab kat kedai bakery ni takde tepung florenta . rasanya tepung florenta harganya lebih murah skit dari bienetta. dalam RM19-RM21 camtu. tepung bienetta  RM 26.00 sunflower seeds (250 g) RM4.20  pumpkin seeds (100 g) RM 4.20 white sesame seeds RM 2.50 almond slice (250 g) RM 15.20 black sesame seeds (250 g) RM 5.50 Kredit res

Awliya Nur Zara - 3 tahun

Image
6 Julai 2015 bersamaan 19 Ramadhan alhamdulillah.....anak dara sorang ni dah genap 3 tahun. cepat masa berlalu....cepatnya anak mama membesar. dah 2 tahun berturut sambut hari lahir di bulan Ramadhan...syukur. sebenarnya 6 Julai jatuh pada hari isnin, jadinya kami sambut besday in advanced hari Ahad tu. bolehlah mama masak special sikit kan. kalau hari keje memang susah sikit nak masak heeee. Pagi tu kami keluar pergi Tesco beli barang dapur sikit untuk memasak. Cari juga lah kek....tak best pulak sambut besday takde kek kan. cari pun yang kecil je, maklumla bukan ada orang makan sangat kan. mak ayah pun yang makan je nanti... sampai je rumah, terus siapkan masakan nasi arab mandy. buat dadih strawberi. konon nak buat homemade pizza, tapi tak sempat. lagipun dah banyak makanan rasanya. nanti membazir pula kalau tak habis kan! Lepas makan nasi arab, rehat sekejap. lepas tu terus keluarkan kek. kakak dari balik tadi asik dok sebut je mana kek dia. beria la mam

Jubah Raya 2015 for SALE

Image
assalammualaikum semua, lamanya tak update blog.... cepatnya masa berlalu kannn....hari dah hari ke-15 kita berpuasa. aidilfitri pun dah semakin hampir. so you all buat persiapan ke? dah beli baju raya ke? kepada yang belum ada baju raya, dan nak pakai JUBAH RAYA kali ni, hani ada jual jubah ready made. material kain best, bila pakai elok jer terletak. nampak simple tapi elegent tauu...chewaaahhhh :) selain tu, jubah ni bf friendly (zip di dada)...sesuai juga untuk ibu-ibu yang menyusukan anak dan juga wudhuk friendly. hani pun ada sehelai untuk dipakai masa raya nanti. ni pun dah banyak saiz yang sold out....fast selling betul ni. minggu lepas hani ke GM Klang, terjumpa la kedai yang ada jual jubah ni, harga pulak RM130...kalau beli borong dapatlah harga RM120 sehelai. tapi....dengan hani tak perlu beli borong pun... beli sehelai pun dah  dapat harga yang SUPER MURAHHHH !!! jimattt banyakkk tu... tak yah susah-susah nak ke GM Klang, dengan harga minyak yang