Posts

Showing posts from May, 2013

welcome 2nd trimester

Image
Alhamdulillah...dah masuk 2nd trimester, 17 minggu sudah. So far, setakat ni takde alahan...sama macam mengandungkan awliya dulu. Tak pernah muntah-muntah atau loya. Cuma...cuma....asik nak makan je hahahaha Tah la, takde bernafsu sangat nak mkn Tapi perut ni asik rasa lapar je, walaupun dah makan Bukan nak makan berat-berat, just nak ringan2 je...tapi kena kerap makan. Nasi macam tak selera sangat nak makan. Kalau ada buah pun dah ok untuk alas perut. Kalau perut kosong, mula la rasa pening kepala.. Selalu awal-awal ni orang tak lalu makan kan...tapi hani terbalik lak...kikiki Sampaikan asben slalu cakap 'eh...lapar lagi? bukan tadi dah makan ke?' Nak buat camne kan....dah laparrrr Next checkup 18 Jun nanti. Harap-harap badan tak la naik mendadak huhu p/s::camne nak ganti pose ni kalau dah asik laparrrr je....huaaaaa

Malam minggu di I-City

Image
Malam minggu yang lepas, bawa awliya tengok lampu di I-City. Wahhh...dah bertambah meriah rupanya I-City sekarang ni. Ini merupakan kali keempat hani pergi, tapi tak ingat bila last. Dari parking free, kemudian RM2...kemudian sekarang RM10. Masa tu memang tak meriah sangat la kan, setakat ada lampu-lampu ni. Kali ni, dah macam fun fair. Sebelum ni tengok kat tv je perubahan tempat ni, tak pulak rasa nak pergi. Tapi kebetulan abg hani bawa anak dia ke sini....tetiba last minit terus ajak asben dan adik lelaki hani ke sini juga untuk lepak-lepak dan bawa budak kecik tu.   Banyak juga game untuk budak-budak. Memang happening la. Boleh tahan jugak harga setiap game. Hani hanya berkesempatan main buaian pusing yang besar tu je. RM10 utk seorang. Tapi pusing sekali je, adoiii tak berbaloi sungguh. Dah ler mahal.... - pada hani la. Tu belum game yang lelain, rasanya game kanak-kanak RM5 seorang. Kalau anak sorang tak pe lagi...kalau la orang tu ada anak 3-4 orang...parah we

1st check up::16w 1d

Image
Hari ni pergi KK Seri Kembangan untuk buka buku merah. Kandungan dah pun 16w 1d. Memandangkan baru buka buku, so kena jumpa doc untuk scan. Alhamdulillah, keadaan baby tiada masalah. Tarikh due pula pada 4 Nov 2013 - insyaallah Berat badan pun ok, cuma hb rendah...9.7. Siap kena tulis dengan pen merah lagi tau. Sepatutnya tahap normal adalah melebihi 11. Nurse nasihatkan supaya makan lebih banyak protein macam ikan, daging, sayuran hijau terutamanya bayam. Kekurangan hb ni bahaya juga, boleh menyebabkan oksigen tak sampai dekat baby yang boleh mengakibatkan baby meninggal dalam perut, lahir tak cukup bulan, dan kecacatan. Eeeee....takut bila dengar kan. So, mulai sekarang kena jaga pemakanan.  Say no to kafein (kopi, teh dan nescafe)... ooohhh...hani penagih teh tau....sob..sob Doc bagi obimin dan iron tablets untuk tambah darah. Dulu masa bersalinkan awliya, hani juga mengalami masalah kekurangan darah. Sampai kena tahan wad 3 hari....dan kena masuk air dan ub

set shaklee 3M

Image
Finally, beli jugak set shaklee 3M ni. Set 3M ini adalah set breastfeeding mengandungi: 1. ESP (Soy Protein Isolate Powder) 2. Ostematrix 3. B-Complex 4. Vita-lea 5. Alfafa Stok vitamin C je masih tak de lagi sekarang. Alfafa pula kena simpan dulu, nanti lepas bersalin baru makan. Set ini boleh bertahan sehingga 4 bulan. Walaupun ini adalah set menyusu, tetapi boleh juga dimakan ketika mengandung. Selain dapat memberikan tenaga dan meransang penghasilan susu, baby pun akan dapat  dapat khasiatnya. Dulu hani pernah beli trial set yang harga RM80 tu, tapi tak abis makan pun....ngeeee Harap2 kali ni dapat disiplinkan diri menghabiskan semua ni.... Mahal ooo...rugi kalau tak abiskan. p/s::bersemangat untuk menyusukan anak semula nanti....semoga dipermudahkan olehNya, amin...amin.

Selamat menunaikan umrah

Image
Alhamdulillah, kelmarin 14/5/2013, telah menghantar mak, abah, atok, pak ngah dan adikku ke Lapangan Terbang Subang untuk menunaikan umrah. Penerbangan pada pukul 3.00 petang dan akan transit di Singapura. Dan seterusnya menunggu penerbangan ke Turki pada pukul 11.00 malam. Dari Turki baru ke Madinah dan Mekah. Sayu je masa mereka semua masuk ke balai pelepasan. Ya Allah, permudahkan urusan mereka di sana sebagai tetamu Mu.. Semoga mereka semua selamat pergi dan pulang. Amin. Seronoknya dapat ke tanah suci. Insyaallah, saya pasti akan ke sana suatu hari nanti bersama suami dan anak-anak. Amin...amin. Semoga termakbul doa hambaMu ini.   'atok....kami nak ikuttttt bole tak????

10 bulan sudah

Image
6 Mei 2013...awliya dah masuk 10 bulan... Alhamdulillah... Cepatnya masa berlalu. Pejam celik, lagi 2 bulan dah nak masuk umur setahun. Dia semakin bijak dan tersangatlah aktif. Makin lasak hokeyyy.... Sape kata anak gegirl tak lasak??? Berpeluh mamanya ni...tu belum dapat kaki lg.. Pasni mesti kurus bila dok main kejar-kejar dgn awliya (ye ke kurusss??? ngeeee) So far perkembangan awliya sepanjang umur 9 bulan memuaskan. Dah mula bertatih 4-5 langkah. Kelakar sangat...sambil badan terhuyung hayang. Gud gurl anak mama....semakin berani !! chaiyokkkkk......... Haaa...awliya ni skip merangkak tau...smpai sekarang tak pandai merangkak (xtau malas ke). Sebab dia pandai je angkat punggung semua tu..tp merangkak 2-3 step terus menyungsur macam soldier tu. Dia rasa menyusur ala soldier tu lagi laju dari merangkak kottt....hihihihi Dah boleh bangun sendiri dari posisi duduk. Tapi dari posisi berdiri nak duduk pula masih tak reti. Dan paling tak tahan, dah pandai member

Solid Food::Sup Ikan Merah

Image
Dah lama tak bercerita pasal solid food awliya ni... Memang pening nak pikir pasal makanan anak ni kan. Bukan boleh bagi sebarangan. Kena kreatif pelbagaikan menu supaya baby tak jemu. Jangan kata baby, mama pun boleh jemu kalau asik masak benda yang sama je kan. Setakat ni memang hani kena merajinkan diri memasak pelbagai bubur dan lauk  untuk budak kecik tu. Hani tak pernah bagi Nestum/Cerelac pada awliya. Eh...ada masa mula-mula nak kenalkan solid food dulu, itupun 2 sudu je. Pastu dia tak nak. Sampai sekarang hani tak ajar dah dia makan makanan segera tu. Nampaknya terbiar macam tu je Cerelac. Tak pe lah anak, mama sanggup bersusah payah memasak demi kamu. Air tangan dari mama ni kan terbaik untuk kamu. Rasa puas dan hepi bila anak berselera makan masakan kita kan..... Ini menu semalam 'Sup Ikan Merah' Memandangkan awliya dah nak masuk 10 bulan, hani dah start menumis bila nak masakkan lauk untuk budak kecik ni. Menu ni pun main ca