Posts

Showing posts from November, 2012

Simpanan utk masa depan anak....

Image
Hari ni dah selesai buka akaun SSPN-i untuk Awliya. Simpanan untuk pendidikan di masa hadapan nanti. Sebahagian duit yang awliya dapat masa baru lahir hari tu dan duit raya... Dikumpul-kumpul, alhamdulillah....banyak juga, murah rezeki anakku....syukur Terima kasih pada semua....insyaallah, duit yang diberi akan digunakan sebaik mungkin terutama untuk pendidikan awliya nanti... Sebahagian mama simpan di SSPN, dan sebahagian lagi mama tunggu awliya umur 6 bulan untuk buka akaun ASB pula... Setiap bulan mama dan ayah akan melabur dalam akaun Awliya nti... Walaupun tak banyak, sikit-sikit lama-lama jadi bukit kan... Kalau buka akaun SSPN ni, rupa-rupanya tak de buku.... Penyata dihantar setahun sekali kepada pendeposit dan baki kita boleh semak secara online...oohhh, baru ku tahu. Maklumat lanjut boleh semak di sini . Kalau dah buka akaun, jadi lupa daftar untuk semakan online di laman web PTPTN. Mudah kan. So, kawan-kawan...apa tunggu lagi...mari menabung untuk masa d

Kembara di bumi Perth - Day 3

Image
Day 3 - 04/05/2012 Selepas mandi dan solat subuh, kami terus sediakan sarapan pagi. Lepas check out, seperti biasa haruslah bergambar di kawasan sekeliling. Baru nampak keadaan sekeliling macam mana, maklumlah sampai malam tadi kan dah gelap. kemudahan yang disediakan Destinasi seterusnya adalah ke Cape Leewin , 10 minit dari tempat penginapan kami. Cape Leewin  merupakan menara rumah api. Sedikit info mengenai Cape Leewin. " The Cape Leeuwin Lighthouse is a lighthouse located on the headland of Cape Leeuwin, the most south-westerly point on the mainland of the Australian Continent, in the state of Western Australia. Opened with great ceremony by John Forrest in 1895, the lighthouse has since been automated. The lighthouse, besides being a navigational aid, serves as an important automatic weather station. The lighthouse's buildings and grounds are now vested in the local tourism body and the single (1960s) and double (1980s) communications to

Pureen Warehouse Sale 24-25 Nov 2012

Image
Semalam berkesempatan ke Pureen Warehouse Sale di PJ. Cadangnya nak pergi hari petang Sabtu, tapi disebabkan mak mertua ajak pergi konvoi hantar pengantin lelaki, terpaksa la plan ditunda ke hari Ahad. Kami sampai dalam pukul 10.30 pagi, terus cari parking berbayar kat bangunan sebelah. Tak sanggup nak parking jauh dan menapak. Sebab bawa si kecik tu kan, kesian kat mama awliya berjalan waktu panas tu. Dulu masa preegy masa 5-6 bulan rasanya, pernah pergi sale ni. Konon datang pagi-pagi sebab ingat tak ramai orang. Bila dah sampai, mashaallah ramainya manusia dah tunggu depan pagar. Entah pukul berapa diaorg dah tunggu. Pagar pun tak buka lagi. Bila pagar dah buka, rasa macam nak terberanak kat situ jer bila kena himpit dengan bapak-bapak orang ni yang serbu nak masuk ke dalam. Tobattttt tak nak datang pagi Sabtu dah. Hari Ahad ni, nasib baik orang pun tak ramai sangat, mudah juga nak membeli. Target hari ni nak mencari baju yang murah-murah je, dalam harga RM3 sehelai tu. Buat

Pati Delima Gulsan

Image
Assalammualaikum dan selamat pagi semua, Hari ni nak stop dulu post pasal Kembara di bumi Perth...nanti sambung lagi yer.. Hari ni share pasal PATI DELIMA GULSAN . pic from google Korang pernah minum Pati Delima ni tak? Hani baru je minum, saje nak mencuba dahulu. Rasanya masam-masam sikit tapi takde lah masam sangat. Masih boleh diterima oleh tekak. Nampaknya boleh amalkan minum setiap hari. Pati ni kita boleh minum terus ataupun boleh dibancuh bersama air suam. Terpulang pada citarasa sama ada mahu dibancuh pekat atau cair. Kalau nak masam, bancuh la pekat sikit kan. Kalau nak minum terus, boleh amalkan minum 2 sudu di sebelah pagi (sebelum sarapan) dan 2 sudu di sebelah malam (sebelum tidur). Masa minum, jangan lupa baca selawat dah al-fatihah. Sebelum ni hani hanya amalkan minum madu. Di rumah memang sentiasa ada madu. Alhamdulillah, kesihatan bertambah baik. Jarang demam (dah lama kot tak demam), kalau hani batuk, hani jarang sangat makan ubat batuk, selalunya hani minu

Kembara di bumi Perth - Day 2

Image
Day 2 - 03/05/2012 Lepas solat subuh, kami dah siap kemas barang untuk check out dari Carventus Lodge Backpackers. Terus setelkan payment dan posing-posing di kawasan keliling sebagai kenang-kenangan. Nyaman dan tenang suasana pagi di sini. Kemudian kami meneruskan perjalanan ke Pinaccle Desert . Perjalanan sejauh 16km dan memakan masa selama 20 min dari pekan Cervantus. Pinaccle ni terletak di dalam kawasan Nambung National Park . pemandangan sepanjang perjalanan Bayaran masuk sebanyak AUD 11 dikenakan untuk sebuah kereta. Jika kita datang selepas pukul 4.30, pondok ni dah org jaga, mereka ada sediakan sampul untuk pengunjung masukkan duit dan dimasukkan ke dalam kotak yang disediakan. Kalau kita tak bagi pun orang tak tahu, tapi Allah nampak kan. Sentiasalah bersikap jujur walaupun di mana kita berada. Sedikit info mengenai pinaccle desert: "Pinnacles Desert is located in Nambung National Park in the western part of Australia. The pinnacles ar