Posts

Showing posts from 2013

akhirnya si adik BERBUAI juga

Image
Memula aku tak nak ajar si adra guna buai.. Lagipun buai ada satu je.. Takkan nak beli satu lagi kot...rumah dah la tak seluas mana. Minggu pertama tak de masalah sebab adra asyik tido jer.. Tapi si adra mula tunjukkan perangai selepas minggu kedua.  Dia nak tido beriba. Ye...beriba. Sampaikan aku nak mandi, nak makan pun susah. Apa pun tak boleh nak oiii.... walaupun dia dah tido lena lepas aku susukan,  bila aku letak jer atas tilam...otomatik buka mata dan nangis. isshh...terpaksa aku susukan semula bagi dia tido. Akhirnya aku cuba letak dalam buai baru-baru ni. Masa umur sebulan lebih. Erkk...dia terus tido...tido dengan lena. Tapi bila malam bole je si adra tido atas tilam.  Tido lena sampai ke pagi pulak tu, tak bangun menyusu pun. Sampaikan aku yang akan bangun utk kejutkan adra menyusu. Setakat ni aku tak rasa tido berbuai ni tak menyusahkan aku pun sebab kalau nak balik kampung ke, memang dah ada buai di kampung. Kalau kemana-ma

baby stuff: breastmilk storage bottle yang murah

Image
Hari ni hari ke 37 aku berpantang...ada lagi seminggu untuk aku merdeka -  yeehhaaa... Aku start buat stok ebm masa minggu kedua lepas bersalin. Gigih bangun tengah mlm untuk pam dan pam waktu siang bila baby adra tengah tido. Susu aku takde la melimpah ruah, tapi alhamdulillah aku rasa cukup untuk adra. Dia tak la kuat sangat menyusu. Sebab tu aku boleh buat stok. Aku gunakan storage bottle bumbee bee. Sebab bumbee bee memang boleh masuk untuk medela fs ku itu. Senang, lepas pam terus masuk dalqm fridge je. Tak perlu nak transfer pada botol lain. Botol ni aku beli masa bersalinkan awliya dulu. Tak pakai pun lagi. Sebab dulu tak sempat nak buat stok. Aku beli online je. Cam biasa aku kalau beli online memang banyak tempat aku survey dan aku jumpa tempat yang aku rasa paling murah. Tapi bukan semua barang la...sesetemgah barang jer... Sebab tu kena rajin survey. Aku beli dekat sini . Harga kat sini murah sangat compare dengan yang lain. Normal  price untuk bumbee bee

Baby Stuff: Summer Deluxe Baby Bather

Image
assalammualaikum semua... lamanya tak tak update blog...rindu tak kat kite??? heee perasan sungguh.. banyak benda nak dikongsi kan...tapi masa tak mengizinkan la.. sekarang ni aku masih lagi dalam tempoh berpantang...dah 31 hari -tapi macam dah abis pantang je gayanya huhu ni dapat update blog pun sebab anak-anak tengah tido... sebelum diaorang bangun..kena up kan entry yang pendek-pendek je dulu.. kali ni aku nak share pasal barang baby dulu. walaupun ni anak kedua...aku masih lagi rasa gayat nak mandikan baby... risau weeiii... untuk 2 minggu pertama mak aku yang tolong mandikan. ye la...lagipun aku masih sakit lagi...tak mampu nak bergerak banyak [alasan semata] heee dulu masa awliya aku beli baby bath sling jenama first year lama juga aku guna benda ni... sampai la aku rasa konpiden nak mandikan awliya tanpa guna bantuan apa2.. cuma aku rasa benda ni ada sedikit kelemahan sebab sling ni kena dipakai pada bath tub saja..leceh juga lepas tu bila baby dah berat si

lahirnya puteri yang kedua...

Image
Alhamdulillah...syukur hani telah selamat melahirkan baby girl pada 31/10/13 di Pusat Perubatan UKM pada pukul 5.29 pagi...menjelangnya waktu Subuh. 4 hari awal dari tarikh jangkaan. Berat baby 2.77 kg. Nama baby takde lagi...hehe. Nti hani buat entry yg lebih panjang cite tentang pengalaman bersalin kali kedua ni yer...tggu masa yg terluang...sabar ekk :-) Anugerah terindah... P/s::awliya dah jadi kakak....

minum susu kambing

Image
Seperti yang diketahui, susu kambing ni kan susu kedua terbaik selepas susu ibu.   Tapi ramai yang tak tahu kebaikkan susu kambing ni. Kenapa?? Sebab pemikiran kita telah didedahkan dengan kebaikkan susu lembu oleh orang Barat. Sedangkan kita tidak tahu, susu kambing adalah lebih baik dari susu lembu. Susu kambing adalah minuman kegemaran Rasulullah kita. sunnah nabi tu untuk kita amalkan. Aku nak share pengalaman minum susu kambing ni. Sebelum ni aku memang payah nak minum susu kambing ni. Daging kambing pun aku tak makan, inikan pula susu dia. Tapi bila aku preegy anak pertama hari tu, aku paksa juga diri untuk minum susu kambing ni. Sambil minum, tutup hidung sebab rasa macam tak tahan baunya. Bila setiap hari aku minum..aku dah jadi terbiasa. Aku jadi suka...dan aku bole minum tanpa tutup hidung sekarang ni. Bau pun aku dah boleh tahan. Alhamdulillah, anak aku tidak terkena kuning (jaundies) semasa dilahirkan [dengan izin Allah]. Tapi kena amal

homemade oreo aiskrim

Image
aku ni peminat tegar aiskrim.... terutamanya aiskrim yang kat mcd tu.. oreo mcflurry....dan segala macam aiskrim la aku suka... pernah aku beli aiskrim tutti fruity, sebekas sampai rm20 bekas kecik je pun....tapi sebab nak mkn aiskrim pnya psl, sekali sekala bole la, kalau selalu....bangkrap juga kan. setakat aiskrim je kot....boleh dapat sepinggan nasi weeiii.... tetiba aku terpikir nak buat aiskrim sendiri - ni bila dtg mood rajin mula la mengoogle cari resepi. semangat punya kental nk buat, balik keje terus pegi beli brg dkat giant dkat je dgn ofis. smpai umah, xsempat rehat...terus je g dapur. Sekali spoil mood daaa....susu tu dah rosak, bau masam dah...cehhh rugi duit aku..nsb baik giant tu jauh dr umah, klau x aku dah g antar balik dah. mula2 asben aku kata 'esok je la buat'.... Dengan kecewa aku cakap esok mood rajin dah xde...sobs...sobs Asben aku pnya la kesian kat aku sbb tgk punya la smgat nak buat aiskrim, terpaksa la kuar umah semul

check up 38w @ HUKM

Hari Selasa (22/10/13) aku ke HUKM untuk buat check up kali ke-2 sampai sana lagi 10 min kul 9.00 pagi ... masya allah, ramainya orang.... lepas dah dapat no giliran, nak pergi buat pemeriksaan BP pun kena menunggu lama. Adoiiii....ada kot dekat sejam juga. Masa ambil tekanan darah, nurse bagitau denyutan jantung tidak normal. Maksudnya bergerak laju. Macam orang kepenatan, lepas berjalan or berlari. Sedangkan aku duduk je sementara menunggu giliran, tak jalan mana2 pong... Biasanya bacaan normal adalah 110...tapi aku punya bacaan 120. Buat sekali lagi...124....sekali lagi 126... haaaa....makin naik ko.... Bacaan BP aku normal dan tiada masalah. Nurse suruh buat ujian air kencing dulu dan minta datang sekali lagi. Lepas setel buat ujian air kencing, aku duduk dan rehat sekejap. Lepas tu buat lagi tekanan darah tu. Bacaan still sama. 120 So, nurse just kata nanti just bgtau doc je bacaan tinggi. Lepas setel, tggu giliran untuk scan pulak. Yang ni nasib baik tak lama

Zon Kemas::Awliya's Playroom

Image
 Memandangkan awliya ada di kampong, cuti weekend aku ngan asben memulakan projek yang dah lama aku plan nak buat. Nak jadikan bilik no 3 sebagai PLAYROOM untuk awliya dan adiknya nanti. Sebelum ni aku letak mainan kat ruang tamu supaya mudah untuk awliya nak main. Tapi aku jadi sakit mata pulak bila ruang tamu selalu bersepah. Idea nak buat playroom ni dah lama, tapi tak berkesempatan nak kemas bilik ni. Kalau budak kecik tu ada kat umah...korang ingat bole ke nak buat keje2 mengemas ni... Dia tolong sekali weeiii....bila time dia tido, masa tu pulak aku nak buat keje2 lain. Kadang2 time dia tido la aku nak rehat sekejap...kalau tak melayan dia je la. Sebelum aku cuti bersalin ni, aku pun ajak la en asben mengemas bilik ni. Asalnya bilik ni ada katil bujang, so ruang sempit sikit untuk awliya main-main dalam bilik ni. Jadi aku kuarkan katil bujang tu dan letak dalam bilik no 2. [bilik tetamu]. Secara tak lansung, bilik no 2 pun kena kemas juga...penattt

Mom & Baby Expo 2013 dan Baby Fair Mega Sale

Image
  haaa...kan aku pernah cakap...aku ni meroyan sikit klu ada baby sale ni.. kalau boleh semua aku nak pegi...hehehe tapi kali ni macam tak dapat nak pegi aku dah rasa tak larat nak berjalan dah ye la...due date aku lebih kurang seminggu je lagi memang elok dah dekat-dekat nak bersalin ni banyakkan berjalan kan... tapi aku tak sanggup la nak berjalan kat tempat yang sesak dengan orang ramai ni.. mau berlaga-laga perut kang, terberanak lak kat sana hahaha   walaupun kadang-kadang aku tak tau nak beli apa kat ekspo ni sebab brg baby semua dah ada kan, tapi aku suka jugak window shopping...jamu mata kata orang. kadang2 dari xtau nak beli apa, sampai sana ada je hasil tangkapan yang akan aku bawa balik. dah kata kaki shopping kan, ko ingat boleh balik tangan kosong ke....mana boleh arrr... asben aku geleng kepala jer....   so, aku saje post poster-poster ni nak war-warkan pada mommies/bakal mommies yang tak perasan la ekspo ni kan... tapi aku rasa rama

progress rumah sewa

Image
ramai tul rakan blogger dok post psl beli rumah baru/renovation rumah sendiri. seronok je kan tengok...rumah kwn2 kita, besar-besar. Alhamdulillah. aku yang dok kat area KL ni memang tak mampu la nak beli rumah macam tu. tau2 je la harga rumah kat sini....tak MUNASABAH kadang2. so yang mampu beli rumah apartment/kondo je la. kalau nak beli rumah landlord ni, kena la cari luar KL. kali ni aku nak update psl renovation rumah aku ari tu... yang pernah baca post aku sebelum ni, aku pernah mention ni rumah lelong kos rendah je.. itu je termampu nak beli...hehe apa pun, syukur alhamdulillah kan.. itupun bukan utk duduk, untuk bagi sewa je. pelaburan jangka masa panjang. progress rumah ni dah 80% siap renovation. tinggal nak letak tai di bahagian porch dan ruang tamu, pasang pintu, pasang tingkap dan cat sahaja. maybe dalam seminggu lagi boleh siap sepenuhnya. ramai betul yang bertanya, nak sewa... tp tak berani lagi nak bagi confirmation, sebab belum siap sepenuhnya. itup

Bila anak jauh.....

Image
Dah seminggu awliya dihantar dekat kampung di Ipoh. Duduk ngan atuknya... Masa balik hari raya haji hari tu..terus tinggalkan dia kat sana. Sementara aku menunggu masa untuk bersalin Risau juga kalau bersalin malam-malam nanti Sape nak jaga awliya kan....klau waktu siang tu bole juga hantar ke rumah pengasuh, tapi kalau malam2...tak nak la mengganggu orang pulak kan. Jadi atas alasan tu la aku TERPAKSA hantar ke kampung. Sedih juga nak tinggalkan dia.. Hari-hari call mak tanyakan dia.. Kadang-kadang video call, nak tengok dia... Kadang-kadang abang dan adik post gambar kat fb Terubat sikit rindu... Mak kata awliya ok je, tak meragam sangat pun.. Lagipun awliya kat sana ada kawan sepupu dia tu... Mainan pun banyak kat sana, memang suka la dia kat kampung tu. Bila atoknya tanya mana mama dan ayah, siap geleng-gelengkan tangan... Maksudnya 'tak de'... Gud girl anak mama...dah besar, pandai berdikari bila jauh dengan mama ngan ayah yerrr.... Bila kat sini, mam

10 tanda-tanda bersalin

Image
Semakin berdebar pulak bila kandungan dah nak masuk 38w. Cepatnya masa berlalu. Lagi 18 hari je lagi. Macam tak ready pun ni...hehehe Tapi hati memang tak sabar-sabar nak cuti. Datang keje pun dah takde mood dah ni... Nak cuti....nak cuti..... Ni hani copy n paste info dari page fb Tip Untuk Ibu Hamil Berpantang Dan Menyusu Bayi untuk panduan semua bakal mommy dan mommy di luar sana. Sharing is caring :-) Meh kita bersiap sedia dari sekarang k.... Kalau dah ada salah satu tanda di bawah ni, cepat-cepat le ke spital.. Maybe yang first time tu, kadang-kadang tak tau camne kan tanda-tanda nak bersalin ni. Yang ada pengalaman pun, kadang-kadang setiap anak lain pulak pengalamannya. Hani ni pun tak tau camne lagi anak kedua ni.. Semoga urusan kita dipermudahkan olehNya....amin   *pic from google  ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 10 Tanda-tanda Bersalin Selepas usia kandungan sudah 38

pencarian kipas & lampu @ kedai Top Ten pula

Image
sambungan dari pencarian kipas dan lampu dari post ni sabtu yang lepas, sebelum aku balik ke kampung untuk cuti raya haji, aku ke kedai lampu Top Ten di Puchong dulu. hari tu kan aku pegi dah tutup. kali ni nak cari baby fan jenama Elmark sebab aku nak pasang dekat bilik ketiga di rumah yang aku baru beli tu. bilik ketiga ni agak kecil sebab tu aku nak beli baby fan je. Aku beli jenama Elmark dengan harga RM180. Masa ni tinggal sekotak je. Aku rasa baby fan jenama ni je yang murah sikit kalau nak dibandingkan dengan yang lain. Kalau jenama KDK tu mencecah RM300++. Rumah aku sekarang ni pun pakai Elmark juga untuk bilik ke 4. Bilik ni kecik je..aku buat bilik stor. Tapi aku ada perancangan nak jadikan bilik bacaan sebab tu letak juga kipas. 3 tahun lepas aku beli kipas ni dengan harga RM185. Sekarang ni dah turun harga pulak. Kipas ni agak berat sikit sebab bilahnya besi. Pakai remote control tapi function biasa je. 3 kelajuan. Tapi tak bole set timer se

kalau maknya dah peminat TUPPERWARE..

Image
aku memang TUPPERWARE LOVER dari zaman bujang sampai la sekarang, gile nak membeli je... aku memang ahli tupperware tapi dah lama tak aktif. cuma sekarang agak slow skit berbanding masa bujang dulu.. sebab banyak perkara lain yang perlu diberi keutamaan. masa bujang, boleh dikatakan setiap bulan mesti beli punya... ngeh2... sampai cabinet dah penuh dgn barang2 tupperware ni. ada yang rasa sayang je nak guna hihihi. klau tengok catalog skrg ni, lagi geram2 tau... kaler sangat2 memikat...cuma aku dah ada patern tu la kan. cuma kaler je yang lain, sebab beli zaman dolu2... boleh dikatakan byk bekas tupperware tu aku dah buat koleksi. memandangkan hari ni dah gaji, kali ni beli brg tupperware untuk awliya pula. bekas minum ni harganya RM29.90 beli dari ofismate, dapat la diskaun sikit. aku beli skali ngan berus kecik untuk cuci straw tu. bekas minuman adalah yang ketiga utk awliya. 2 bekas tu aku beli kat Jusco jenama Anakku, lagi satu tak ingat lak jenama. satu aku l

Baby Outlet Warehouse::23 Sept - 15 Oct 2013

Image
Aku memang meroyan sikit kalau ada baby sale ni. Kalau boleh semua warehouse sale aku nak pegi huahua... Sale ni dari 23/9 sampai la 15/10/2013. Dah lama nak pegi sale ni, tapi selalu tak berkesempatan. Kira ni pastime la aku sampai baby outlet ni. Kebetulan waktu lunch tadi asben aku nak g Umobile di Sunway Pyramid. Ting....terus dapat idea nak g sini. Nak jalan-jalan cuci mata. Terus kata nak ikut ngeh2...pastu suruh dia drop dkat kilang ni sementara dia setelkan urusan dia. Sanggup aku skip makan tengahari ko... Senang juga nak cari kilang baby outlet ni. Lepas je Sunway Pyramid tu belah kiri, nanti nampak Hotel Sun Inn...dekat dengan Petron. Masuk simpang tu. Pastu nanti nampak kawasan kilang-kilang. Banner pun banyak gantung tepi jalan tu, tunjuk arah sekali. Dibuka dari 10.00 pagi - 8.00 malam. Hari weekday memang la tak ramai orang kan. Ada la 3-4 orang je, sampai aku rasa segan lak nak masuk dalam ni hihi. Aku terus je pegi tempat longgokan baju-baju

::Tips menghadapi sakit ketika bersalin::

  Minggu ni dah masuk 36w. Anytime boleh bersalin dah ni...dah kena ready. Huhu nerbes ok. [walaupun ni anak ke dua] Ni aku copy dari tip dari page fb Tip Untuk Ibu Hamil, Berpantang Dan Menyusu Bayi Untuk rujukan dan panduan aku sebenarnya. Sebab tu aku suka simpan semua dalam blog, senang aku nak refer nanti. Boleh juga aku baca kalau ada masa terluang. ----------------------------------------------------------------------------------------------------------- credit to: Tip Untuk Ibu Hamil, Berpantang Dan Menyusu Bayi ::Tips menghadapi sakit ketika bersalin:: Pertama : Bertenang dan banyakkan membaca ayat suci Al-Quran kepada yang beragama islam. Selawat pun bole. Tapi yang lebih baik baca doa yang dibaca oleh nabi nuh ketika dalam perut ikan paus. لا Ø¥ِلهَ Ø¥ِلاَّ Ø£َÙ†ْتَ سُبْحانَÙƒَ Ø¥ِÙ†ّÙ‰ ÙƒُÙ†ْتُ Ù…ِÙ†َ الظَّالِمينَ Dalam rumi : La ilaha illa anta. Subhanaka inni kuntu minaz zolimin. Maksudnya : "Tidak ada Tuhan yang sebenarnya disembah melainkan engkau, ya

Kali pertama buat MGTT a.k.a minum air gula @ 36w

7/10/13 Sambungan post ini Walaupun ni preegy kali kedua, tapi kali pertama aku kena minum air gula. Ramai member aku cerita pengalaman diaorang minum air gula ni, macam mengerikan jer...huhuhu Siyes, aku risau kot2 pitam ke, pening ke....hahahaha Jadi aku dah apply cuti siap-siap, takut tak larat nak g keje. So, malam tu aku dah kena start puasa. Pagi tu aku cuma rasa nak muntah sebab perut kosong kan. Untuk amik darah ni tak perlu nak ambil no giliran. Terus je ke makmal. Biasa kat makmal ni memang tak ramai orang. Dalam masa 15 min dah setel amik darah yang pertama. Lepas tu terus nurse suruh minum air gula. Minum sikit dulu....hurrrmmm.....macam ok je. Terus minum lagi seteguk dan seteguk yang terakhir. Eh...ok je aku rasa, tak la seteruk yang aku sangkakan - eksen sungguh Minum dengan tenangnya macam sedang menikmati teh tarik kegemaran je hehehe. Lepas tu kena tunggu 2 jam untuk amik darah kali kedua. Terus call asben [yg dok tengah cari parking lagi], kata xya

Check up HUKM @ 35w

Setelah seminggu amik appointment, so hari isnin aku kena g check up di HUKM. Appoinment aku pukul 10 pagi, tapi pukul 9.00 pagi aku dah sampai. Tunggu dalam 10 min untuk ambil no. giliran. Masa ni kat kaunter aku serahkan GL sekali. Then timbang berat dan ambil tekanan darah. Pastu g ambil sample air kencing. Dah selesai semua tu, kena tunggu lagi untuk masuk bilik scan pulak. Alhamdulillah, kedudukan baby pun dah kat bawah. Di tempat laluannya. Berat baby masa ni 2.3 kg. Gender baby??? Dah tau hari tu masa buat scan kat Klinik Sofea tapi kali ni saje tanya lagi, nak confirmkan sekali lagi. Nak tau ke??? [walaupun korang tak nak tahu pun kan...kan...] Eh, tapi nanti la ek tggu baby kuar.. - nak kasi surprise dulu Bila dah selesai scan, kena tunggu lagi untuk masuk bilik doc pula. Dalam bilik doc, kena tanya beberapa soalan utk direkodkan. Doc perempuan India. Baik doc ni, mesra juga dgn patient. Kemudian dia suh aku baring, nak cek perut pula. Bila check denyutan

Dah terima hadiah contest

Image
Ingat tak post ni dan post ini , yang aku menang saguhati contest baby ceria anjuran blogger saffiya ? Semalam dah terima hadiahnya. Tak sabar nak buka hehehe. Benda ni bentuk cam ipad je, besar pun lebih kurang ipad. Bila kita tekan gambar pada skrin tu, akan kuar suara alif, ba, ta mengikut gambar tu. 1,2,3 pun ada. Lagu-lagu pun ada juga. Semua dalam bahasa arab. Bagus untuk pembelajaran budak-budak. Bahagian belakang lak, ada white board putih yang boleh dibuat ditulis-tulis dan dipadam semula. Tq piya... Suka dengan hadiah ni. - benda free mestilah suka kan hehehe... Next time buat contest lagi ekkk....