Posts

Showing posts from December, 2013

akhirnya si adik BERBUAI juga

Image
Memula aku tak nak ajar si adra guna buai.. Lagipun buai ada satu je.. Takkan nak beli satu lagi kot...rumah dah la tak seluas mana. Minggu pertama tak de masalah sebab adra asyik tido jer.. Tapi si adra mula tunjukkan perangai selepas minggu kedua.  Dia nak tido beriba. Ye...beriba. Sampaikan aku nak mandi, nak makan pun susah. Apa pun tak boleh nak oiii.... walaupun dia dah tido lena lepas aku susukan,  bila aku letak jer atas tilam...otomatik buka mata dan nangis. isshh...terpaksa aku susukan semula bagi dia tido. Akhirnya aku cuba letak dalam buai baru-baru ni. Masa umur sebulan lebih. Erkk...dia terus tido...tido dengan lena. Tapi bila malam bole je si adra tido atas tilam.  Tido lena sampai ke pagi pulak tu, tak bangun menyusu pun. Sampaikan aku yang akan bangun utk kejutkan adra menyusu. Setakat ni aku tak rasa tido berbuai ni tak menyusahkan aku pun sebab kalau nak balik kampung ke, memang dah ada buai di kampung. Kalau kemana-ma

baby stuff: breastmilk storage bottle yang murah

Image
Hari ni hari ke 37 aku berpantang...ada lagi seminggu untuk aku merdeka -  yeehhaaa... Aku start buat stok ebm masa minggu kedua lepas bersalin. Gigih bangun tengah mlm untuk pam dan pam waktu siang bila baby adra tengah tido. Susu aku takde la melimpah ruah, tapi alhamdulillah aku rasa cukup untuk adra. Dia tak la kuat sangat menyusu. Sebab tu aku boleh buat stok. Aku gunakan storage bottle bumbee bee. Sebab bumbee bee memang boleh masuk untuk medela fs ku itu. Senang, lepas pam terus masuk dalqm fridge je. Tak perlu nak transfer pada botol lain. Botol ni aku beli masa bersalinkan awliya dulu. Tak pakai pun lagi. Sebab dulu tak sempat nak buat stok. Aku beli online je. Cam biasa aku kalau beli online memang banyak tempat aku survey dan aku jumpa tempat yang aku rasa paling murah. Tapi bukan semua barang la...sesetemgah barang jer... Sebab tu kena rajin survey. Aku beli dekat sini . Harga kat sini murah sangat compare dengan yang lain. Normal  price untuk bumbee bee