Posts

Showing posts from February, 2013

Perkembangan Awliya 7 BULAN

Image
Cepatnya masa berlalu...lagi seminggu awliya dah nak masuk 8 bulan... tetiba rasa nak review semula pencapaian awliya semasa 7 bulan ni Terlebih manja dengan mama...asik nak berkepit jer. Mama tak boleh keje lain dah tau !!! Masa umur awliya 6 bulan, dia dah boleh berdiri dengan sokongan. Berpegang pada sofa/kerusi/meja kopi. Masa 7 bulan ni, dah berani bertatih meniti 2-3 langkah. Kadang-kadang berani buat aksi melepaskan tangan dan berdiri tanpa sokongan utk beberapa saat. Walaupun masih tak stabil lagi, terhuyung hayang juga. Mama lak yang gayat okehhh!! Boleh duduk dengan stabil Boleh mengangkat badan sendiri dengan sedikit sokongan. Semasa awliya baring, kalau mama nak bangunkan dia, just pegang jari je. Dia akan angkat badan sendiri sampai terus berdiri. Dah pandai cium mama. Masa dukung, kadang-kadang awliya terus cium pipi mama. Alahaiiii sejuknya hati mama. Mesti sebab selalu tengok mama cium pipi dia kan. Budak-budak ni kan akan mengikut apa yang kita buat

DEMAM CAMPAK diusia 7 bulan

Image
Dah 2 hari hani terpaksa ambil cuti kecemasan disebabkan awliya demam. Awliya mula demam hari jumaat 22/2/2013. Ingatkan hanya demam biasa jer, tapi rupanya demam campak. Sebab hani perasan badan awliya mula naik bintik-bintik merah. Kesian sangat tengok dia..menangis je. Ragamnya, masyaAllah...lebih teruk dari demam biasa tu. Nak berkepit sentiasa dengan mamanya ni. Susu taknak minum, makan pun tak nak...ya allah,hati ibu mana yang tak risau bila tengok keadaan anak macam tu. Suhu badan awliya dah mencecah 38.79'c. Terus bawa awliya ke klinik panel. Doc just bagi ubat bontot utk kurangkan panas badannya, ubat demam dan ubat calomine utk sapu di tempat bintik merah tu untik kurangkan kegatalan.  Keadaan paling teruk sekali bila bintik merah tu dah memenuhi betis dan kaki awliya. Masa ni dia mula menangis sepanjang masa, kalau baringkan mesti dia berguling-guling. Mesti badan dia rasa gatal sangat tu. Rasa nak menagis sama bila tengok anak camtu. Untuk kurangkan gatal tu, hani

BERAS PERANG untuk bubur Awliya

Image
Sebelum ni tak pernah tahu pun ada beras perang.. Beras-beras yang lain tu tahu la jugak kan. Masa google pasal solid food awliya, ada la terbaca beras perang ni lebih baik dari beras yang biasa tu. Seeloknya bubur untuk baby kita dibuat dari beras perang. Semalam masa ke kedai, teringat pasal beras perang ni. Terus je beli. Beras perang ni pun ada macam-macam jenama. Harga dalam linkungan RM4.80-RM11 mengikut jenama untuk pek kecil 1kg. Hani beli jenama FLORAL dengan harga RM4.80. Beli di kedai ubat cina lebih murah. Kalau susu awliya pun hani akan beli di tempat yang sama, melainkan kalau tak sempat beli kat kedai tu, terpaksa juga la beli di Giant atau Jusco - beza harga banyak tu. Ok, berbalik kepada cite beras perang ni, malam tadi dengan bersemangat nak try masak beras ni. Memandangkan sekarang ni awliya kuat makan, mama pun kena rajin memasak. Seperti biasa, hani akan masak bubur awliya untuk bekalan keesokkan harinya. Masa nasi menggelegak, bau beras ni sangatttt

kitchen cabinet::lukisan 3D

Image
Last week hani dah terima email dari mr david yang menghantar lukisan 3D kitchen cabinet. Cepat juga siapnya. Hari selasa datang mengukur, hari khamis dh dapat lukisan 3D ni. Quotation dgn harga yg terkini pn dh dpt...harga pn kurang skit dr hrga asal sebab di bahagian wet kitchen tak sesuai buat cabinet sebab kawasan agak sempit. Actually wet kitchen tu asalnya adalah yard...sebab tu kecik. Tapi hani jadikan yard tu sebagai tempat memasak. So, cabinet hanya dibuat di bahagian dry kitchen. Memandangkan konsep rumah kami adalah moden, warna pilihan semestinya hitam putih. Kurang nampak kotor ketika memasak kan. Lagipun senang nak match semua warna dinding kan hehe. Macam ni la design kabinet dapur rumah kami...simple je, ok tak??2

Kitchen Cabinet: Finally....confirm!!!!

Image
assalammualaikum semua, waahhh, lamanya tak update blog.... walaupun banyak benda nak disharekan, tapi nak update tak de mood pulak.. kesihatan tak berapa nak mengizinkan sejak kebelakangan ni. Batuk dan selesema yang agak teruk. Awliya pun sama, kesian si kecil tu. Kalau kita yang besar pun rasa tak selesa, inikan pula insan kecil tu.... Ya allah, berikan kesihatan yang sempurna pada anak ku. Okehh, hari ni nak share pasal pencarian kabinet dapur kitaorang yang dah sekian lama tertangguh.  So, hari minggu yang lalu, hani ke Intech Kitchen Sdn Bhd di Bandar Teknologi Kajang. Hani dapat tahu pasal Intech Kitchen ni pun dari google. Ramai yang bagi feedback yang baik. Dan ada yang cakap harga di sini agak murah berbanding kedai-kedai yang lain dan servis amat memuaskan hati. So, cadangnya nak survey dan kalau harga ok, memang hani dah buat keputusan nak confirm terus je. Dah malas nak survey tempat-tempat lain... Maklum la, ada anak kecik ni...bukan senang nak keluar s