Posts

Showing posts from September, 2011

Konvo Studio Photoshoot ^_^

Image
"Tidak ada yang lebih bermakna....bila KEJAYAAN dikongsi bersama RAKAN seperjuangan......" ooohhh...bermadah la pulak pagi2 ni...hehehe just nak share a few pic (gambr sgt la byk...penat posing) yg kami ambil semalam di Serindit Studio, Wangsa Maju. Bagus juga ada member kelas cameraman ni...bole pinjam studio kawan dia...*suka* sorang cuma bayar RM10 jer....utk bil api ke apa kan, tak bole la free hehehe kalau tempat lain, dah tentu kitaorg kena bayar mahal.. Tak ramai yang join semalam...maklumlah, malam kan...yang ada anak kecil, dah tentu payah..ada juga yang outstation..apa pun, kitaorg tetap proceed yang mana ada jer... Really enjoy this moment.....kenangan yg sgt2 menyeronokkan... Esok ada outdoor photoshoot pulak di UKM & Putrajaya... i'll miss all of u...frens  still keep in touch walaupun dah habis study k credit: RD Photographer  & Serindit Photo

Majlis Konvokesyen UKM ke-39

Image
Alhamdulillah, penat lelah dan dugaan selama 3 tahun berjaya diharungi ..berbaloi juga akhirnya segala usaha yang dilakukan...syukur ya Allah. Gembira sgt bila diraikan di Majlis Konvokesyen UKM ke-39 telah diadakan pada 24-27 September 2011 Bukan mudah bergelar 'pelajar part time'...serius bukan mudah.. Perlukan kecekalan, kesabaran dan pengorbanan. Pernah juga sampai satu tahap, hani rasa give up..penat..letih..dengan assignment dan projek yang berlambak. Tak cukup tidur, tak selera makan..memang masa tu kurus jer.. bila hampir semester akhir...ada sampai tak tidur malam stay up utk study.. Rutin harian, pagi dah pergi kerja....balik 5.30 terus pergi kelas...menempuh jem Kelas dari pukul 730-10 malam...balik kelas sampai di rumah lebih kurang pukul 11.00 malam... Balik dah penat, confirm tak akan buka buku....tak akan buat assignment...terbayang katil dan bantal jer.. Inilah rutin hani setiap hari sebab kelas adalah weekday..4 hari berturut..korang bole bayangkan tak beta

Pemborong makanan ringan

Image
2 hari lepas hani ke kedai borong ni. nak beli plastik jer sebenarnya. dah lama tak pegi kedai ni. Kedai ni terletak di Old Town, PJ dekat je ngan ofis. Nama kedai tak hingat lak, tp memang ni kedai borong. Kalau borong mestilah murahkan... Dalam kedai ni macam2 ada. Jgn katakan budak2, hani tgk pun bole rambang mata.. rasa macam2 nak beli...pelbagai biskut, kacang, coklat, gula2.... ni baru skit, ada lagi rak macam ni kat 3-4 lorong lagi... tentu korang dpt bayangkan punyalah byk makanan ringan kan... untuk doorgift kanak2 nanti, hani nak beli kat sini jer... Lokasi: berhadapan 7-eleven  PJ Old Town

Sijil Kebenaran Berkahwin

Image
Disebabkan semalam hani cuti kerana menghadiri rehearsal konvokesyen di UKM... (yeeeaaaa....sabtu nti hari yg ditunggu2) waktu luch hour, hani temankan incik tunang hantar borang kebenaran berkahwinan  di JAWI...nasib baik kaunter buka time lunch hour.. Lepas hantar borang ke kaunter, tggu nama dipanggil utk buat bayaran sebanyak RM5, then tggu lagi sehingga sijil siap...nasib baik xlama sgt la...dalam 45 min je di JAWI. Pegawai minta check semua maklumat...klu betul semua, dah setel... Sijil kebenaran berkahwin ni perlu disertakan sekali dalam borang permohonan bakal pengantin perempuan nanti.... Utk bakal pengantin perempuan, just nak share...korang buat la 1 salinan photostat borang kebenaran berkahwin ni...simpan sendiri. Sebab ada kawin satu ofis hani ceritakan pengalaman adik lelakinya  yg bernikah di Penang, org pejabat agama (tok kadi) tak bawa borang tu..dan pengantin perempuan pulak  ingatkan pihak lelaki dah ambil borang tu, aduussss....nak tak nak pihak lelaki kena pegi

2 payung idaman dah dapat

Image
Salam Jumaat semua readers & silent readers, Hati gumbiiraaa sebab semalam dah dapat payung idaman... PAYUNG LACE !!! Beli di Kedai Riben, Plaza City One (sebelah semua house) Tapi kan....harga dah mahal... sblm ni hani baca dalam blog b2b, harga payung lace ni RM55. Tapi skrg dah jadi RM75... Terus tanya pada tokei kedai tu, kenapa harga dah mahal.. dia bgtau yg tu stok baru, yang harga RM55 tu adalah stok yang dah lama.. Tokei bgtau, stok dah lama tak de, dkat setahun..yg stok baru ni pun hani tengok tinggal skit je, dalam 5 pcs je.. Hani ambil 2, dapat harga RM70 satu... Terpikir jugak nak sewa, tapi bila pikir balik macam payah jer kan... Senang kalau sendiri punya, rosak ke...kotor ke, xper la jgak sendiri punya... Kalau org lain pnya, dah tentu kena jaga elok2...(sndiri pnya pn kena jg elok2 gak kan...syg oooo brg sndiri) Ye la, masa majlis...mana la nak terjaga benda2 alah camtu....kang pengapit main letak jer ke, budak2 dok mai

Design baju bertandang

Image
                           gambar dr google..sori tuan umah, xingat ambil dari blog mana. Sebelum ni kan hani ada cerita psl baju bertandang yang tak suka tu kan... Semalam (ahad 18/9/11), hani ke butik weddings galore, tempat yang sama hani tempah baju nikah hari tu, post di sini . Untuk design bj bertandang hani telah gabungkan kedua2 design seperti di atas. Bahagian leher, design macam baju nikah elyana + butang bungkus dari atas leher sehingga  bawah dan kain pula bertingkat2 seperti gambar sebelah tu. Tailor tu bgtahu, kalau nak buat kain tingkat2 mcam tu, kain chiffon tu kena lebih kan lg 2 meter. Biasanya kita beli 4 meter kan. Tapi xperlu la beli yg beaded punya, yang biasa2 pun ok. sekadar untuk buat tingkat2 tu jer. Harap2 menjadi la baju yang hani mahukan ni. Klu tak, nanti bertambah mennccciiii ngan baju ni.. hahaha Nti dah siap hani review k... *berdoa agar bj ni mjadi bj kesukaan...amin...amin...*

VIP doorgift

Image
Hari sabtu pulak (17/9/11), hani ke Nilai 3. Nak cari mini jar utk doorgift vip. eh...bukan la vip dato', tan sri, datuk sri tu...hehe sape la kita ni kan.... vip tu kira kaum keluarga pihak lelaki & rakan2 rapat la.. Dah masuk 2-3 kedai, jumpa la benda yang dicari di Kedai VR Star Mini jar ni harga RM1, klu beli 500 ke atas dapat hrga 80 sen. Tapi hani beli 450 pcs, dapat gak harga 80 sen. Byk kedai juga yang hani survey, kedai2 lain semua mahal Kebanyakkan mmg jual dgn harga RM1, ada juga 90 sen, 95 sen. Ada yg tak bole kurang lansung, ada yg kurangkan 5 sen je. So, korang klu nak beli mini jar mcm ni, terus je pegi kedai VR Star. VR Star ni kan byk lak kedainya, merata-rata ada kan. Cari je VR Star yang berhadapan dgn surau. Surau ni berada di tgh2 kawasan nilai tu,  dan rasanya memang ada 1 je surau kat situ, mmg mudah je nampak. Hani tgk mmg ramai yg beli mini jar dkat sini. Maybe kalau amik kuantiti yg lebih byk dari hani ambil tu,  boleh counting lagi harga tu. Skill

Baju family & bertandang

Image
As salam semua reader sekalian, Hari ni rasa lemau nak mulakan keje, sebab cuti lama 3 hari kan... walaupun cuti, hani tak rehat lansung kat rumah. 3 hari dipenuhi dgn persiapan kawen. Ok, hani mulakan dgn hari jumaat. masa ni cuti hari malaysia kan. Dlm pukul 1030 pagi, mak dan adik smpai di kl. sebab minggu ni kami nak beli baju family. Lepas amik mak dan adik di pudu, kami terus ke destinasi tujuan iaitu Jln TAR. Survey punya survey, akhirnya hani beli kain di KAMDAR. baju batik..tp bukan la batik asli.. harga semeter: RM8.90. Dapat beli 20 meter je sebab tak cukup. Ni adalah baju untuk mak2 sedara ku...6 orang semua... belum lg baju utk bapa2 sedaraku.  adeeehhh bangkrap Semua ni belah mak, sebab kami memang rapat. diaorg la yg byk tolong klu ada majlis apa2 di rumah. tak pe la, kali ni je pun dapat bagi kan....hehehe Untuk baju emak, abah, abg da adik2..hani beli yang lain.. 2 psg baju kameja batik readymade utk abg dan adik lelaki. Harga RM 62 sepasang. Ni pulak kain utk ba

Yana & Rizali Engagement

Image
 Hari raya kelima hari tu, 03 sept 2011,  hani dan en tunang berkesempatan menghdiri majlis pertunangan rakan kami di Lenggong, Perak. sebenarnya rizali ni adalah kwn kepada my incik tunang. dan secara tak lansung yana dan hani pun kenal. walaupun baru je kenal dgn yana ni, tapi kitaorg dah macam kenal lama.. macam kakak dan adik...kan yana kan...hehehe ok, jom kita enjoy pic yana.. mana tau b2b bole ciplak skit2 idea si yana ni..:-) pelamin ni yana DIY...kreatif kan...simple dan cantik...   di bahagian syiling, yana gantungkan paper latern & pomander ball.... tepi pelamin mini pun ada paper latern juga....comeelll nye papern latern yang kecik tu kan... hantaran dari pihak lelaki...dari pihak yana tak sempat tangkap gmbo sebab dah dtg lambat, hantaran pun dah dimasukkan dalam kereta. cute bookmark TQ tag ni la cik yana...kecik molek jer orgnya....comel tau !!! posing bersama mereka adalah mr fiancee yana dan juga saye.... okeh, sampai sin

Potrait Canvas - harga dah NAIK !!!!

Image
Just nak share dengan b2b semua. Rasanya kebanyakkan tahu kan The Perfect Canvas ni? Ramai b2b yang tempah potrait canvas dekat TPC ni kan, Untuk makluman semua, mulai 1 Sept 2011, harga utk potrait canvas dah berubah...dalam erti kata lain telah naik. Sebab apa, hanya tuan dia sahaja yang tahu kan...nak tahu lebih lanjut, bole la tanya empunya diri hehehe...  Ni harga yang LAMA   Ni pula harga yang BARU . Jauh berbeza dengan harga lama kan. Kenaikan harga dari RM50 hingga ke RM110 mengikut saiz.  Nasib baik hani sempat tempah seminggu sebelum raya hari tu. Sebab hani bc dah fb TPC ni, mereka akan naikkan harga selepas 1 Sept 2011. Terus tempah tanpa berfikir panjang. Sebab hani ingat nak tempah lambat lagi. Hani tempah saiz 21' x 31' = RM100 dan sekali dgn easel (stand gambar) = RM50. Total semua RM150. Tak sabar lak rasanya nak tggu siap. ^_^