Posts

Showing posts from July, 2013

review buggy seebaby QQ1

Image
Cuti hari minggu yang lalu, ajak en asben ke GM klang Niat nak cari baju raya utk anak dara tu. Tempat-tempat macam ni tak boleh nak lepaskan awliya berjalan. Abis semua kedai dia masuk kang. Ayah pulak dok mengeluh awliya ni dah berat, mengah nak dokong. Terus mama nampak buggy comel ni. Harga RM100. Terus cakap dengan si ayah, nak beli buggy ni. Mula-mula beli, risau juga awliya tak nak duduk dalam ni, ye la budak dah dapat kaki kan.. Nak berjalan sendiri je la. Nasib baik awliya nak duduk dalam ni. Sedap je dia menyandar... Tak la mengah ayah nak dukung lama-lama kan.. Lagipun buggy ni sesuai kalau nak bawa ke tempat-tempat yang sesak dengan orang ramai, sebab takde la nak makan jalan sangat kan. Dah la mama ni kalau shopping berjam-jam hehehe. Stroller yang besar gedabak tu dah lama simpan dalam stor, sebab awliya tak suka duduk dalam stroller. Buggy ni memang fleksibel....ringan, kecil dan mudah nak buka tutup. Jimat space dalam kete juga. Tolak pakai sebela

Awliya is 1 Years Old

Image
Agak terlambat untuk hapdet blog kali ni. Banyak perkara nak dikongsikan bersama.. - bujet macam ramai sgt la pembaca blog ni kihkih Bz memanjang bulan pose ni. Dan keadaan diri yang agak kepenatan sepanjang pose ni. Alhamdulillah, setakat ni masih mampu berpuasa penuh. Semoga sampai ke penghujung ramadhan. 6 Julai 2013 Alhamdulillah, Awliya dah genap 1 tahun. Happy besday my little princess Awliya Nur Zara. Semoga membesar dengan sihat, bijak dan menjadi anak yang solehah. Mama dan ayah sayang Awliya dunia dan akhirat. Mulanya mama plan nak buat majlis di rumah kami di Seri Kembangan. Tapi disebabkan sibuk, tak sempat nak prepare untuk majlis. Dan kebetulan, di kampung atok Awliya nak buat majlis tahlil arwah onyang. Dah alang-alang berkumpul saudara mara terdekat, terus plan nak buat majlis awliya. Memang persediaan last minit, ala kadar sahaja. Sekadar meraikan bersama keluarga dan saudara mara yang hadir. Alhamdulillah, tetap meriah. Walaupun Awliya dah 2 ha

dah dapat kaki sepenuhnya...

Image
Genap awliya 1 tahun 7 hari, dia dah boleh berjalan sepenuhnya. Sebelum ni agak takut untuk lepaskan tangan, jalan 4-5 langkah pastu jatuh.... Tapi baru-baru ni masa balik kampung di kelantan, tiba-tiba terus boleh berjalan dengan lajunya. Siap berlari-lari anak lagi punya xcited dapat kaki. Chaiyokkk anak mama.. So, skrg jalan dah tak nak pegang tangan mama atau ayah dah. Dukung pun tak nak yerrr....eksen sungguh. Lepas ni penat la mama ngan ayah main kejar awliya yerr... Otw jeli-kl..singgah rehat di cameron

kali pertama Ramadhan dlm keadaan preegy

Alhamdulillah....berjaya juga puasa hari ni walaupun dlm keadaan preegy dan kurang sihat. batuk yg agak teruk...ya allah, kering dan gatal tekak makin menjadi2. sampai meleleh air mata kuar bila batuk. Tapi gagahkan juga utk berpuasa. Berazam nak puasa penuh tahun ni. Merasa juga berpuasa dalam keadaan mengandung. Pengalaman yg sgt indah. Tahun lepas tak sempat puasa sbb dah bersalin seminggu sblm masuk bulan Ramadhan. Skrg kandungan dah 23w. Syukur, baby pun kuat. Serius mmg tak rasa lapar lansung smpi ke ptg. Mgkn bz dgn keje sampai tak terpikir psl lapar hihi. Lagipun nasib baik sebelum ni hani dah praktis berpuasa masa kena ganti puasa tahun lepas tu. 26 hari weiiii...kena ganti. Huhu jenuh. Nsb baik sempat abis ganti. Baby pun dh biasa puasa, jadi bila masuk bulan ramadhan, takde masalah la. Yang penting, jgn lupa bangun sahur. Kdg2 hani tak lalu mkn nasi waktu pagi tp hani akan makan kurma, minum milo, makan vitamin Sian kat baby klu biarkan perut kosong kan. Harap2 dapat p

Petua elak JAUNDIES (Kuning) dari Ustaz Wan Asrul Al-Aydrus.

Semalam terbaca dalam fb ustaz Wan Asrul tentang petua yang sangat berguna untuk mommies semua. So, hani copy paste petua tersebut untuk panduan kita bersama. Pengalaman semasa mengandungkan awliya dulu, hani mengamalkan minum susu kambing setiap hari. Masa minum tu, kandungan dalam 7 bulan. Tak lalu nak minum awal-awal. Maklumlah, daging kambing pun hani tak makan, inikan pulak nak minum susu kambing. Tapi bila lama-kelamaan, tekak ni dah boleh terima susu kambing tu...minum pun rasa macam dah biasa dah. Alhamdulillah, awliya tidak terkena kuning lansung. Rupanya banyak lagi petua yang hani baca dari page ustaz ni. In shaa Allah, bolehlah diamalkan nanti. (Kredit: Ustaz Wan Asrul Al-Aydrus) UNTUK MENGELAKKAN, IBU SEMASA MENGANDUNG DIGALAKKAN : 1) Menelan madu (tanpa air) 3sudu atau meminum air madu 5 sudu (Tiada masalah bagi mereka yang mengalami masalah kencing manis, malahan itu adalah terapi bagi masalah kencing manis) 2) Mengamalkan minum susu kambing 2 cawan sehari

Berkursus & Bercuti di PD

Image
Hari jumaat-ahad (28-30/6/2013), hani mengikut en asben pergi kursus di Port Dickson. Syokkknyaaa....dah lama tak pegi jalan-jalan. Walaupun dekat PD je, ok la tu. Free kan sebab ditanggung oleh ofis. Kursus en asben diadakan di Ancasa Allsuites Resort & Spa PD. Terletak di Teluk Kemang. Kami dapat bilik apartment, ada 2 bilik di dalamnya. Besar juga. Dapur pun besar, tapi tak boleh memasak la kan. lobi hotel  ruang tamu  masih pakai tv kotak...janji ada astro      Bilik 1  Bilik 2  Dapur   Kami dapat bilik di tingkat 7. View dari Blok B. Kalau blok depan tu Blok C...dapat menghadap laut. Tapi masa ni ada family day kat area pantai, agak bising kalau dok kat blok C tu. Ni kira ok la, dapat gak view laut juga. Tepi hotel ni ada kawasan macam ladang kecil. Ada ayam, angsa, burung. Seronok awliya dapat tengok binatang tu semua dari bilik kami. Budak ni paling hepi kalau dapat bercuti. Sementara tunggu si ayah angk