Friday, February 10, 2012

Day 2 @ KK

Hari kedua, kami plan nak habiskan masa di Taman Tunku Abdul Rahman untuk menikmati keindahan pulau yang cantik-cantik di bandar KK ni.

Lepas sarapan, bungkus sekali nasi+air untuk di bawa ke pulau nanti. Kang kebuluran pulak kan. Jgn lupa bawa roti sekali, nti boleh bagi ikan-ikan tu makan.

Sebelum ke jeti, kami singgah dulu ke Sunday Market di Jalan Gaya, tak jauh dari jeti. Sunday Market ni hanya dibuka pada hari ahad sahaja dari awal pagi  hingga ke pukul 2 camtu. Jalan-jalan cuci mata jer.

Macam-macam ada dijual di sini. Pakaian, makanan, cenderahati, alat-alat muzik, haiwan pun ada...
Dapat beli fridge magnet dan topi jer....sebab nak g pulau kan, dah tentu la kena ada topi...panas huhu.



eh..eh...nak beli minyak apa lak tu??

Dah 1 jam abiskan masa di Sunday Market, kitaorg pun terus ke jeti. Parking kereta dan terus ke kaunter tiket di Jasselton Point. Niat hati nak pegi 3 pulau tapi memandangkan masa tak mengizinkan sebab masa tu dah pukul 11 lebih. Penjual tiket tu beritahu hanya sempat pegi 2 pulau sahaja. So, kami pilih Pulau Manukan & Pulau Mamutik sebab dua-dua pulau ni sesuai untuk snorkling. Nampaknya melepas la nak ke Pulau Sapi. Harga tiket bergantung berapa pulau yang kita nak pergi. Kalau 2 pulau, RM35 seorang..klu tak silap, lupa lak harga. Sewa sekali peralatan snorkling dan life jacket dalam RM10 seorang.


pintu gerbang Jesselton Point



deretan kaunter tiket...pilih je yang mana berkenan

Lepas beli tiket, kena pegi information counter untuk bayar tax jeti yang berharga RM7 seorang. Lepas tu baru amik peralatan snorkling dan terus tunggu bot.


Pulau Manukan
Perjalanan ke Pulau Manukan mengambil masa dalam 20 min menaiki bot laju. Pemandu bot tu akan mengambil kami pada pukul 2 untuk di bawa ke Pulau Mamutik pula. So, kami ada masa dalam 2 jam di Pulau Manukan, puas juga snorkling.Mmg cantik pulau ni....tgk air laut tu...hijau jer dan kawasan pantai pun bersih....indah sungguh ciptaanNya. Rasa tenang bila tengok laut yang terbentang :-)

 


     





Di pintu masuk tertera yuran konservasi yang kena dikenakan ke atas pengunjung. Yuran ni untuk penjagaan pulau dari segi perkhidmatan yang disediakan, macam tandas, tong sampah dan dll. RM3 seorang.

ramai tul mat & minah salleh kat sini sambil menjemurkan badan....^_^


Memandangkan kami dah bawa roti, apa lagi...terus je bagi ikan-ikan tu makan....baru la nampak ikan tu berkumpul berebut nak makan roti tu...colourful ikan-ikan kat situ....cantikkk !!! macam nak tangkap bawa balik bela kat rumah jer...hehe

Pulau Mamutik
Kami sampai di Pulau Mamutik dalam 2.15...5 min je dari Pulau Manukan. Bila dah sampai pintu masuk, tunjukkan kupon yuran yang dibayar masa di Pulau Manukan, so tak perlu la kena bayar sekali lagi sebab yuran tu meliputi seluruh Taman Tunku Abdul Rahman tu.


Jika dibandingkan Pulau Manukan dan Pulau Mamutik, untuk snorkling Pulau Mamutik lagi best. Tapi kalau view yang cantik, Pulau Manukan lebih menarik dan tenang. Masing-masing ada kelebihan tersendiri kan.





Pemandangan bandar KK dari Pulau Mamutik

Dah penat snorkling dan mandi, dalam pukul 5.30 kami pun menaiki bot untuk pulang ke jeti. Sebenarnya kami janji dengan pemandu bot nak balik pukul 4.30, tapi oleh kerana agak terlewat sikit, kami terpaksa tunggu bot yang terakhir pada pukul 5.30...nasib baik ada lg bot, kalau tak...terpksa tidur tepi pantai la jawabnya.

Balik ke bilik, masing-masing pengsan kepenatan hahaha....malam pun dah tak keluar ke mana-mana pun, just turun bawah apartment untuk ke kedai mamak je makan malam. Nak ronda-ronda bandar KK terkubur begitu sahaja....

Kena tidur awal sebab kena bangun awal untuk meneruskan perjalanan ke Kundasang.

to be continue...........

Friday, February 3, 2012

Day 1 @ KK

Assalammualaikum semua...
Lama tak update blog ni, skrg ni baru ada masa untuk review cuti-cuti chenta hani dan en suami ke Kota Kinabalu hari tu...

Day 1 - 14/1/2012
Kami sampai di LCCT pada pukul 7.45 pagi. Breakfeast dulu. Kemudian pukul 8.30 kami ke check in ke tempat menunggu. Sebelum tu hani dah buat self check in melalui website AA. Mudah rupanya. Tak perlu nak beratur panjang di kaunter. Terus boleh masuk ke tempat menunggu. Pukul 9.30, flight kami pun berlepas.

posing sementara tggu flight.....
Perjalanan dalam 2 1/2 jam. Dalam pukul 12.00 tengahari, kami tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (Terminal 2). Hanya AA sahaja landing di terminal 2, flight yang lain akan landing Terminal 1. Kali ni merupakan kali kedua hani ke KK ni. Bila dah sampai, jgn lupa ambil map di rak yang disediakan. Walaupun hani ada bawa GPS Papago, tapi street map ni pun penting juga.

 



Di sini hani sewa kereta viva auto. Sewa RM100 untuk sehari. Dalam survey hani, hani rasa company ni antara termurah. So terus buat reservation di sini. Kereta akan terus dihantar ke airport.
Sewa utk 4 hari RM330. Sewa kereta di Sabah ni memang agak mahal sikit jika dibandingkan sewa kereta di Langkawi. Susah nak cari yang bawah RM100. Keadaan kereta pun ok, bersih je.


Lepas ambil kereta, terus cari lokasi Promenade Service Apartment. Terletak betul2 berhadapan dengan Hotel Promenade & berselahan Centre Point Sabah. Jarak dari airport dalam 10 min je. Kami menginap di sini selama 2 malam. Rate sangat murah, RM70 untuk satu malam. Keadaan bilik pun ok sangat. Ada dapur dan peralatan memasak sekali. Bilik pun besar, Lokasi pun strategik, dekat dengan pasar filipino tu. Di bawah apartment ni ada kedai makan, 7e, McD dll. Cuma apartment ni bercampur dengan apartment orang awam la. Tapi tak kisah la kan, masuk bilik pun untuk tidur jer.

Tapi yang tak best, blok bilik agak jauh sedikit dari receptionist. Masa booked hani dah request bilik yang dekat, mgkin dah penuh masa tu sebab hani check in lewat sedikit...Bila setiap kali nak keluar, nak kena cop parking dulu di kaunter. Baru dapat free parking, jika tidak kena bayar sendiri la jawabnya. Kena la menapak sikit ke kaunter receptionist tu. Lagi satu bad review pasal apartment ni, bila masuk bilik agak berbau sikit tapi bila dah pasang aircond, bau pun hilang terus. Hurrmmm bilik harga RM70, jgn la expect macam bilik hotel kan...

Sebelum check in kami isi perut dulu di McD....lapar sangat. Masuk bilik terus tertido kepenatan. Malam nanti baru nak keluar jalan-jalan cari makan :-P


view bilik studio suite. Bilik family suite pun ada juga.

ada dapur dan peralatan memasak (kuali, periuk nasi, periuk masak, sudip, sudu)

toilet
Dalam pukul 7 malam, kami dah bersiap-siap nak keluar makan seafood bakar di  belakang pasar filipino.
Memang terliur tengok seafood terbentang di depan mata.
Pastikan pilih dulu seafood ni sebelum makan. Kalau dah berair-air macam basah tu jangan ambil. Confirm seafood tu yang lama punya. Nanti sakit perut lak. Lepas dah pilih, diaorg akan panaskan semula seafood ni (tapi tak panas sangat pun sebab panaskan kjap jer). Sebelum pilih seafood tu, pastikan tawar dulu harga...biasalah peniaga kan, kalau orang luar dah tentu kena 'cekik'.

Keadaan di pasar ni memang agak kotor sedikit. Orang kata banyak tikus yang besar2 di sini...hehe nasib baik hani tak nampak tikus2 tu...kalau tak, tak lalu makan jugeeee.....so, pilihlah tepat yang bersih skit kat gerai ni.


terliur tengok....
         
pilihan makan malam kami...ikan bakar, udang & sotong.
 Harga:
Ikan bakar (apa tah nama ikan tu) = RM18
Udang 3 ekor = RM12
Sotong = tak ingat lak harga
Manggo juice = RM2
Air kelapa = tak ingat juge

Total semua tak sampai RM50 rasanya.
manggo juice ni sangat sedapppp....pekat & lemak manis. Selalu minum manggo juice tak pernah rasa yang macam ni....
Lepas perut dah kenyang, macam awal sangat nak balik. Singgah dulu pasar malam di seberang jalan untuk cuci mata. Lepas tu terus balik, borak2 dengan en suami....terus tidur kekenyangan hehe.

Ok, nanti sambung review hari ke 2 pulak yer...^_^

Wednesday, January 11, 2012

Cuti-cuti Chenta

Assalammualaikum semua...
Lama sangat hani tak update blog ni....wahhh dah bersawang ooo....dekat sebulan tak update..
Rindu sama kamu semua...Byk benda nak diceritakan....tapi tak tahu nak mula dari mana...
Pasal wedding pun tak habis lagi kan...

ooohh....kali ni nak citer pasal cuti hujung minggu ni...ke mana yerr??? ala...dekat2 jer...
bukan oversea...tapi over the sea hehehe....

hani n en suami akan ke Kota Kinabalu...cuti2 chenta di sana...
lepas kawen hari tu, seriusss kami tak kemana2 pun...honeymoon di rumah jer...hahaha
maklum la, masa tu bujet pun takde....ye la, kan kan baru pas kenduri...sgt2 la pokai..
Lagipun nak simpan duit utk percutian kami nanti...

ekceli, perancangan ke KK ni memang dah lama....tiket dah beli sebelum kawin lagi...masa lepas bertunang bulan 2/2011.. masa tu AA tengah buat promotion. Tiket berharga RM10 sehala...dah campur tax semua, hani dapat harga RM64 utk 2 orang...pegi balik. Murahhhhh sgttttt kannn....







Percutian kami selama 4 hari 3 malam dari 14-17 Jan 2012. 2 malam menginap di KK..berjalan2 di sekitar KK dan ke pulau untuk menikmati keindahan pulau Manukan, Sapi & Mamutik. Manakala 1 malam lagi kami akan menginap di kaki gunung Kinabalu di daerah Kundasang (2 jam dari KK). So far, semua urusan dah setel...hotel, kereta sewa, GPS dan survey tempat2 menarik......nanti hani review semua yer...Tak sabar untuk bercuti bersama suami tercintaaa...best kan dapat berdua-duaan...ooppsss kali ni 'bertiga' la .:-)

Friday, December 16, 2011

Review pelamin nikah

Assalammualaikum semua rakan blogger,

Hari ni hani nak review pasal pelamin nikah. Sebenarnya ikut perancangan, hani akan nikah di rumah. So, mestilah nak ada pelamin nikah kan *ngada*...seperti yang hani pernah cerita di post ini, last minit kena nikah di surau, akhirnya punah harapan. Kalau tak dah terbayang2 masa nikah dok atas pelamin tu...uuuuwwwaaaa...
nak buat camne kan...redha jer la..nampaknya pelamin nikah tu hanya digunakan untuk posing jer la nanti...huhu

Lepas habis majlis nikah di surau, balik ke rumah...baru buat ulang tayang upacara pembatalan air sembahyang. Sebelum ni dah buat kat surau, memandang keluarga pihak lelaki nak balik awal, maklum la..masa tu pun dah pukul 10 lebih malam, kesian dekat budak2. Lepas makan2, keluarga en suami terus balik. En suami je yang balik lambat sikit sebab nak posing sakan hehe.


Ekceli, pelamin nikah ni hani tak tau macam mana designnya. Tak pilih pun. Hani serahkan sepenuhnya pada Kak Akma. Hani nak yang simple jer. Alhamdulillah, puas hati dengan pelamin ni. Kak Akma sediakan pelamin baru. Dia tak pernah buat lagi utk org lain. Barang2 siap sampai dari kedai yang kak akma beli, terus ke rumah hani, sebab kedai tu di Ipoh je. So, tak perlulah nak hantar ke Taiping kan. 3 hari sebelum majlis, kak akma bagitahu pelamin nikah hani lebih kurang macam Farah AF.


pelamin nikah Farah AF ~ pic from google

Ni gambar pelamin nikah hani....lebih kurang macam Farah punya la kan...cuma Farah punya dipenuhi dengan banyak bunga di belakang tu. Di kiri kanan tu, Kak Akma letakkan bunga segar. Tapi hani tak tahu pulak nama bunga ni, lebih kurang macam bunga carnation je. Bunga ni tahan lama dan nampak cantik bila kembang. Kak Akma beritahu yang bunga ni harganya lebih mahal dari bunga ros. Seminggu lepas majlis pun, bunga ni masih segar dan kembang.



pic from fb OP


Suke sangat dengan pelamin nikah ni...simple n sweet jer...menepati apa yang hani inginkan ~weeeeee~ 

Semasa majlis resepsi, pelamin nikah ni jadi tempat posing rakan-rakan. Bagus juga kan, takde terbiar camtu je, at least masih digunakan selepas majlis nikah...







Thursday, December 15, 2011

Back to normal :-(

Assalammualaikum semua,

Lamanya tak update blog. Semalam (14/12/2011) baru masuk kerja setelah hampir 3 minggu bercuti.
Memang lemauuuuu....penat sangat sebab baru smpai dari Ipoh jam 7 malam, kemudian pergi ke rumah kakak ipar di Sg Buloh. Pukul 12.30  mlm baru sampai rumah semula. Pukul 1 lebih baru tido dan keesokkan harinya....sangat2 la mengantuk di opis. Sampai tersengguk depan pc...huhuhu 

Nak review psl wedding pun masih xde mood dan idea. 
Harap kawan2 dapat bersabar yer....hehehe

Babai.

Wednesday, December 7, 2011

Majlis Nikah ~02 Dis 2011~

Assalammualaikum semua,

Ok, kali ni baru ada mood untuk cerita pasal wedding. Hani mulakan dengan majlis pernikahan dulu.
Mengikut perancangan, sepatutnya hani akan nikah di rumah. Mengikut tok kadi, jika ada pasangan pengantin yang lain yang nikah pada hari dan waktu yang sama, baru tok kadi suruh nikah di surau yang berdekatan. Jika hani seorang sahaja, akan nikah di rumah. Seminggu sebelum majlis nikah, hani tak terima panggilan pun dari tok kadi. So, ingatkan confirmlah nikah di rumah. Sebab tok kadi ada beritahu, jika nikah di surau..beliau akan beritahu.

2 hari sebelum majlis, abah dapat berita dari kawannya yang beritahu tok kadi eksiden. Ada pasangan sebelum tu, terpaksa guna tok kadi yang lain. Adooiiii....dugaan betul...Tapi tok kadi masih tak call beritahu apa2 sehinggalah pada  hari jumaat. Hani minta abah call tok kadi. Rupanya hani kena tumpang tok kadi yang lain. Abah minta tok kadi ganti tu dtg ke rumah, tapi dia kata tak boleh sebab ada lagi pasangan pengantin yang lain. Nampaknya terpaksa ke surau juga. oowhhh...lupa nak bgtau, pelamin nikah dah siap pasang kat umah tau...huhuhuhuhuhu...rosak plan !!!! Apapun, yang penting majlis nikah selesai kan...

Dalam pukul 5 lebih, sms kak akma minta datang awal sebab kena nikah di surau selepas isyak. Lepas maghrib tok kadi minta dah ada di surau. Kelam kabut juga Kak Akma drive dari Taiping, kesian juga sebab last minit kan. Nak buat camne, hani pun tahu last minit juga.

Kak Akma minta hani siap2 pakai baju dulu, dia sampai nanti terus make up jer. Dekat pukul 7 ptg, kak akma pun sampai. Make up dalam 45 min, dah siap. Terus gerak ke surau.



Rupanya ada lagi 2 pasangan pengantin yang nikah di surau ni. Hani dan en tunang adalah pasangan paling awal sampai. Lama juga tunggu 2 pasangan tu. Tension tul. Kalau nikah ramai2, mcm ni la...terpaksa tunggu yang lain sampai. Pukul 9.15 mlm, barulah majlis bermula.

sambil menunggu....posing-posing dulu
bersama dayang-dayang (adik & adik sepupu)

anak buah en suami nak bergambar juga

berdebar-debar.....dup dap dup dap

Alhamdulillah, dengan sekali lafaz...kami sudah bergelar suami isteri yang sah. Nasib baik tok kadi hanya tanya rukun nikah pada ketiga-tiga pasangan pengantin. Soal jawab tak lama. Setelah selesai lafaz taklik, bermulalah upacara membatalkan air sembahyang. Hani menerima seutas rantai tangan dari en suami dan en suami menerima sebentuk cincin dari hani.







 

Selepas selesai, kami pulang ke rumah bersama dgn pihak lelaki untuk untuk makan malam yang telah disediakan oleh keluarga hani.
Lepas makan, barulah hani dan suami berposing-posing di atas pelamin nikah. Kena ulang tayang semula upacara membatalkan air sembahyang hehehe....

eh....eh...en suami macam malu-malu jer.....
                           
kita main jeling-jeling dulu



Penyerahan mas kahwin 
 

saya amat menyanyangi LELAKI INI ^_^

Selesai sudah majlis nikah kami..syukur ya allah, kerana akhirnya impian kami terlaksana juga, alhamdullillah...
Doakan kebahagian kami ya kawan-kawan. :-)