Wednesday, December 30, 2015

make over:: wallpaper kaison lagi....


memandangkan hari tu pasang wallpaper kaison untuk pasang di living hall tak cukup, ajak asben pergi ke kaison setia city untuk beli lagi wallpaper.
gigih ko jauh2 pegi sana....padahal ada je kaison paradigm mall yang lagi dekat...
saje nak cuci mata kaison dekat sana, member kata lagi banyak pilihan wallpaper...

bila dah sampai....eh memang pun..byk design
rambang mata pulak nak pilih...
last2 berkenan corak royal flower ni...design memang tengah hot sekarang ni...
terus tak jadi beli design yang hari tu...huhu
togel lagi la dinding tu nampaknya...next time la beli lagi
so untuk design ni hani beli 4 gulung...
tak la cukup ke tak...agak-agak je la..


design royal flower


kan dah cakap.....ada je assistant ayah nak datang tolong

kali ni nak make over dinding kaler merah ni....dah jemu weiii 4 tahun ngadap dinding ni.
pernah juga terpikir nak cat kaler lain...
tapi aku rasa masa sekarang ni bukan waktu yang sesuaiiii kot!
kang ada je pembantu yang sibuk nak tolong...
keje yang boleh siap sehari...mau 2 minggu baru siap kot
so nak make over dengan cepat, tampal je la wallpaper kannn...


SEBELUM




SELEPAS



ehhh...sekali tak cukupppp daaa...
ala..sikit je lagi pun...
leceh betul..nampaknya kena beli lagi segulung...
tapi nak guna sikit je...hurrmmm tak tau nak buat lebihan yang banyak tu...
pikir kemudian laaaa....

Itenary ke Perth

Hani nak share itenary sepanjang percutian kami di Perth. Itenary ni amat penting supaya percutian kita lebih terancang. So, takde lah membazir masa nanti kan.
So korang yang pertama kali nak ke Perth, maybe boleh la dapatkan sikit panduan dari itenary kami ni.....

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 Day 1 (01/05/2012 - Selasa)


LCCT-Perth International Airport
- Gerak ke LCCT
- Check in kat kaunter utk pengesahan ETA
- Flight 11.50 mlm
- Pastikan isi form declaration from Government Australia

Day 2 (02/05/2012, Rabu) 

From Perth - Cervantes
- Sampai di Perth International Airport around 5.30am
- Cari tempat solat/surau/quiet room
- Cari teksi untuk ke Bayswater Car Rental ~ AUD27
- Isi Minyak ~ full tank ~ AUD50/perday
- Terus ke Carvensham Wildlife Park ~ AUD22/person
- Terus ke Cervantas melalui Brand Highway, jarak around 147km ~ 3 jam perjalanan
- Singgah di Emu Down Wind Farm
- Check in di Cervantes Lodge Backpackers  ~ AUD30 /person per night
- Makan malam/solat/tidur

Day 3 (03/05/2012) 

From Cervantes – Lancelin - Perth City - Augusta
-   Check out dari Cervantes Lodge Backpackers.
-  Terus ke Pinnacles Dessert. Jarak 16km ~ AUD11/car
-   Terus ke sandbording di Lancelin. Jarak 80km (1.5 jam)
-   Sampai pekan Lancelin, cari kedai Lucky 7. Sewa sand board AUD10 (utk 2 jam) – deposit AUD50. Boleh beli beras+telur sekali di sini.
-   Sand spot dari kedai Lucky 7 --> 2km
-   Dari Lancerlin terus ke Perth City – Augusta (4 jam)
-   Check in kat Baywatch Manor Augusta ~ AUD 28/ person (dorm)
-   Rehat di hostel.

Day 4 (04/05/2012)
Augusta - Busselton - Lake Cliftonn - Perth City - Caversham Wildlife Park - Chocolate Factory
-      Check out Baywatch Manor Augusta.
-     Melawat Cape Leeuwin Light House. Fee AUD 5/pax. Closed 5pm
-    Otw balik singgah Flinders Bay
-       Terus ke Margaret River Chocolate Factory (1 jam dari Augusta) open 9-5pm
-       Busselton Jetty (tak jauh dari Margaret River) – AUD2.50/pax
-       Singgah Lake Clifton bole tengok trombolites ataupun living rocks
-       Teruskan perjalanan ke Perth City.
-       Check in di Criterion Hotel yang terletak di Hay Street
-       Hantar kereta. Naik tren ke Perth City. Stesen train yang terdekat terletak kira-kira 15 minit  berjalan kat Grafton Street iaitu Meltham Station.
-       sampai Perth City, boleh cari kebab Halal dan ada kedai sourveniour yg jauh lebih murah dari E-Shed Market.

Day 5 (05/05/2012)

Perth city – Fremantle
-       Bertolak ke Fremantle menaiki tren di Perth Station.
-       Lunch at Kailis dan go around E-Shed Market
-       Reaburn Fruit Orchard
-       Macnut Factory
-       Menaiki Estuary & Dolphin Spotting Cruise
-       Sightseeing at Perth City spt Sorrento Quay, Swan Bell Tower, King’s Park


Day 6 (06/05/2012)

Perth City
-       Harbour Town (factory outlet e.g adidas, Nike, Levi’s, Valley Girls)
-       Hay Street Mall / Murray Street Mall
-       Cover mana-mana tempat yang tak sempat pergi lagi


Day 7 (07/05/2012)

Perth - LCCT
-       Check out dari hotel pada pukul 3.00 pagi. Terus ke airport, penerbangan pada pukul 6.50 pagi.*minta pihak hostel uruskan teksi.
-       Perth airport – LCCT. Dijangka sampai pada pukul 1.00 ptg.

Tuesday, December 29, 2015

Kembara di bumi Perth - Day 5

ok, hari ke 5..kitaorang plan nak ke Harbour Town.
Harbour Town adalah factory outlet yang menempatkan pelbagai kedai
branded macam Nike, Adidas,
Selain kedai pakaian/peralatan sukan, ada juga kedai perfume, peralatan memasak, kedai handphone.
Nak ke sini senang je, kitaorang naik bas.
Pastikan cari laluan bas kaler kuning.
Kalau dari Criterion Hotel kami kena menapak sikit la tapi tak jauh sangat pun.

Punya semangat nak pergi berjalan, pukul 8 dah keluar
Rupanya kalau hari minggu...bus start pukul 10.00 pagi weeeiii....mak aiii lambatnya.
Nak balik hotel dah malas, nak g jenjalan kawasan sekitar semua belum buka lagi.
Nak tak nak terpacak la kitaorang dekat bus stop tu sampai kul 10.00 pagi.
Tapi yang bestnya kat Perth ni, public transport diaorg ni betul-betul sharp.
Kalau kat information board tu tulis pukul 10.00..pukul 10 la bas tu akan muncul.
Kalau lewat pun seminit dua jerr....
 
Haa...yang paling best, bas kat Perth ni semua FREE....
Sampai aku rasa nak pegi seberang jalan pun rasa nak naik bas KAHKAH
Melampau beb!!!
Sepatutnya kat KL pun kena buat camtu kan...baru orang nak naik public transport.
Kurang jammed.

Pada aku, information diaorang sangat detail.
Maksud aku, di setiap bus stop ada peta perjalanan dan jadual bas.
Memang sangat memudahkan kitaorang sebagai pelancong ni.
Tak perlu nak tanya orang, tengok situ je dah tau bas pukul brape, bas tu ke mana.
Berapa kali bus tu berenti dekat bus stop....
Kalau korang suruh aku naik bas kat KL ni, sumpah aku tak reti weiii....




Dalam bas tu korang nampak tak ada digital signboard tu. [tah betul ke namanya digital signboard, aku belasah je]
Kat situ akan tertulis nombor bus stop yang bas akan berhenti.
Bila dah sampai, kitaorang turun kat pit stop No 17 Harbour Town.
Dalam bas ni pun ada peta laluan, tengok je kat situ korang dah bole tau kat mana nak turun.
Kan aku cakap...mudah kan public transport diaorang ni.

Masa ni pun kedai tak buka lagi...pukul 11 baru start buka.
Giler lambat betul diaorg ni nak meniaga.
Excited la katakan.
Kalau kat Msia ni tak kuasa aku nak bangun pagi semata-mata nak pegi shopping.
Nak hilangkan bosan, kami round je kawasan sekitar sambil snap gambar.


 
pit stop no 17 Harbour Town




kedai semua tak buka lagi...


jangan ingat kat negara omputih takde jual lesung batu weiii....diaorg pun makan sambal belacan taww...huahua

Kami masuk beberapa kedai bila dah buka.
Sebelum buka, dah ramai menunggu di depan kedai.
Eh...ada jualan best ke dalam ni???
Kami pun menyibuk meramaikan lagi orang di depan kedai.
Kami tak beli apa-apa pun kat sini...hihi
Apsal tah, nafsu shopping takde lak....mungkin AUD tak berapa nak banyak dah...

Kemudian kami ke plan nak ke Fremantle lagi sebab nak beli beberapa surveniour yang tak cukup.
Kami naik bas dari Harbour Town, tak ingat turun di mana.
Terus menapak ke Perth Station dan terus ke Freamantle.
Lepas setel beli barang, kami pun naik bas untuk stesen tren semula.
Dalam perjalanan naik bas tu, kami nampak Fremantle Market.
Teringin pula nak masuk dalam tu, terus je kami turun dari bas.
Kata naik bas FREE kan, tak kisah la turun naik banyak kali kan haha.

Fremantle Market ni lebih kurang macam Central Market di KL ni.
Macam-macam barangan yang dijual.
Ada pakaian, alat kraftangan, cenderahati, sayur-sayuran dan buah-buahan.
Agak sesak juga, ramai betul orang.
Aku teruje tengok sayur dan buah-buahan yang diaorang jual.
Besar dan segar-segar semula.
Kitaorang beli la anggur buat bekalan makan di hotel nanti.
Manis weeiii....harga tak ingat la, tapi aku rasa murah juga.
Lepas tu cuci mata je tengok keadaan sekeliling. 

 Ada show apa tah masa ni




 comel puzzle ni





sayur dan buah-buahan yang segar-segar


Lepas penat jalan di Freamantle Market, kami pun bergerak semula ke stesen tren.
Masa sampai di stesen Perth, hari pun dah hampir gelap, perut pun dah lapar.
Kami singgah makan kebab, tak jauh pun dari hotel.
Harga dari AUD 9.50 hingga AUD14 bergantung pada menu.
Sekali lagi....jangan convert RM. Anggap je RM9.50 hahaha.....
Bila perut dah kenyang....terus balik hotel sebab nak kemas semua beg.
Kami akan check out pada pukul 3.00 pagi kerana flight kami pada pukul
Kami juga minta pihak hotel untuk tempahkan teksi untuk kami. Senang kan.
Dan kami juga minta pihak hotel untuk buat wake up call....huhu...
Risau terbabas weeiii....masing-masing dah penat kan.




Related Post::

Kembara di bumi Perth - Day 1
Kembara di bumi Perth - Day 2
Kembara di bumi Perth - Day 3
Kembara di bumi Perth - Day 4
Itenary ke Perth

lagi hotel di Ho Chi Minh


rindunyaaaa nak pegi ho chi minh lagi....
tahun lepas 4x trip ke sana...
tahun 2016 ni pulak ada trip bulan 9...
tapi rasa macam pegi awal lagi dari tarikh bulan 9 tu....hihi
biasalah bab shopping ni kannnn mana boleh sabar...

kali ni sambungan entry hotel-hotel di ho chi minh
ni ada bebeapa lagi hotel dekat sangat dengan pasar bent thant
tapi hotel ni aku tak pernah menginap lagi...
so tak boleh nak bagi review...
saje snap2 gambar untuk panduan aku juga nanti kalau ke sana lagi..
kadang2 bila kita google alamat, kita tak pasti dekat area mana kan...
kadang tu tulis je dekat dengan pasar bent that tapi agak terceruk, kang susah nak cari..
so sambil jalan-jalan tu aku snap la gambar hotel yang aku jumpa..
banyak lagi sebenarnyaaa....tapi tak sempat snap semua..
tapi hotel kat bawah ni memang tepi jalan je, senang nak cari..
dekat dengan semua kemudahan, dekat dengan malaysian street...
kalau pegi bent that pun tak sampai 5min ko jalan kaki...
dari segi harga tu korang google la ek kalau nak tau...
malas lak aku nak carikan sebab aku tak ke sana dalam masa terdekat ni...jadi agak malas la skit hakhak!!

aku rekemenkan hotel-hotel ni kalau korang memang mencari hotel yang dekat dengan bent thant market..next time aku pergi sana maybe aku try menginap di salah satu hotel di bawah ni...

eh! kalau korang pernah menginap di sini, ce kasi review sikit...ok ke tak kan..
at least boleh gak aku ngan pembaca blog aku ni dapat panduan sikit...


KIM HUOANG HOTEL


SONG ANH HOTEL

-Ruby Hotel
-Lien An Hotel
sederet dengan Song Anh Hotel



LIBERTY CENTRAL HOTEL

SILVERLAND CENTRAL HOTEL

Monday, December 28, 2015

orientasi sekolah

eh,..ingatkan sekolah rendah je ada orientasi, nak masuk sekolah 4 tahun pun ada gak ekkk
last minit dapat SMS dari pihak sekolah...
orientasi ni adalah untuk pelajar baru...3 hari tu....dari Isnin - Khamis
tak lama pun....dari pukul 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari..
tujuannya nak sesuaikan murid baru dengan keadaan dalam kelas..
so nanti takde la pelajar baru ni terkejut kan masa hari pertama buka sekolah nanti..

masa hari pertama hantar, nampaknya ok je...happy.
sampai je sekolah, teacher dah panggil nama awliya...teacher pun dah kenal dia..
sebelum ni dah pernah datang 2-3 kali kan...masa nak daftar.
si adik pula nangis nak ikut kakak masuk kelas...
alahaiii sian adik....sabar ye dik, next year adik pegi kelas sama2 dengan kakak ok!
sekarang ni adik tak cukup umur lagi..hihi

hari kedua dan ketiga pun macam tu juga....
gud girl kakak....nampaknya lepas ni mama tak perlu tunggu la masa 1st day buka sekolah nanti.
mula-mula aku bercadang gak nak cuti..risau juga kan kot dia tak biasa ke kan...
kot ye nangis ke hehe....
tapi aku yakin kakak awliya tak nangis, sebab dia jenis cepat berkawan dan agak ramah skit..
jadi dia senang bawa diri
bila tengok dia happy je jumpa teacher dan kawan-kawan, takde la rasa risau sangat.

masa ambil pun, tengok ok je...
cuma teacher kata bila kawan2 dah start balik...setiap kali pintu buka, dia akan berlari ke pintu...
tunggu mama la tuee...bila kawan-kawan dah takde...

masa balik siap cakap dengan mama 'semua kawan-kawan bawa beg pegi sekolah...kakak je tak bawa'
alolo....sian dia. mama saje tak bagi bawa beg sebab takde nak isi apa-apa kan.
lagipun 3 jam je kat kelas.
tapi atas permintaan kakak awliya, esoknya mama bagi bawa la juga beg...
mlm tu dia siap2 isi buku dalam beg..buku yang slalu dia tengok dekat rumah...bukan buku belaja pun..hehe apa2 saja la kakak awliya ni...


cepatnya masa berlalu.....dah besar pun anak dara sorang ni..
belajar rajin-rajin sayang

Tuesday, November 17, 2015

beli drill murah

kalau korang kaki shopping online (macam aku gak...)
mesti koarang alert kan pasal Lazada buat sale dari tarikh 11.11 hingga 12.12...
tapi tak semua barang dekat lazada ni murah....walaupun tgh sale kan...
kalau rasa nak beli sesuatu, pastikan korang dah survey harga di banyak tempat...

setakat ni, banyak juga aku beli barang dekat Lazada ni...
hurmmm tengok juga la...kalau barang tu tak jauh beza harga, aku still akan beli
dekat lazada..sebab ramai lebih berbaloi..
kalau nak keluar pergi beli...dengan minyak, parking lagi....sama je kan..
so aku lebih suka beli online..tup-tup barang depan mata..
jimat masa dan tenaga..
tapi kalau harga jauh sangat bezanya...aku sanggup pergi beli diluar kannn...

ehhh berbalik cerita sale di Lazada ni, takde la apa sangat yang aku beli..
mula-mula aku nak grab pampers drypers tu....murah weeeiiii...
tapi teragak-agak nak beli ke tak nak...nak beli ke tak...
last2 aku lambat decide, stok pun abis...
so harga telah bertukar jadi mahal...
adusss....nyesal la pulakkk...

barang yang betul2 aku beli adalah impact drill ni jenama Bosch GSB 500 RE Impact Drill Set 10mm
dah lama aku nak beli, tapi memandangkan harga online/luar semuanya masih mencecah RM200++...
jenama BOSCH ni kan mahal skit berbanding jenama yang lain...
hurrmmm pikir banyak kali juga...
lagipun aku selalu pinjam drill ayah aku je kalau nak guna..
yang susahnya kena ambil di Ipoh, kadang2 ayah aku nk guna kena hantar semula 
ke ipoh walaupun keje tak selesai lagi..
kan payah tu...dok ulang alik je drill ayah aku tu...



so bila aku tengok dekat lazada ada sale jadi harga RM170..,
terus rasa rugi je kalau tak beli..
lepas tu kalau bayar pakai kad kredit HSBC...ditolak lagi 10%..
banyak gak tu kan...
so aku terus klik klik....bayar guna kad...
dapatlah harga RM158 sekali postage...
masa ni aku tak bagitau pun en asben yang aku beli drill ni...hihi
eh, lepas tu kan....aku tengok dah jadi harga asal semula RM229.00
nasib sempat grab :)

aku order hari jumaat, hari isnin drill pun sampai di ofis..
masa balik baru tunjuk dekat en asben...
dia siap cakap 'eh...murah lah kalau RM158'
hehe....nasib dia tak bising sebab aku beli,,,
lagipun dia yang nak gunakan....
so lepas ni senang dah ada drill sendiri..tak yah nak pinjam dah kan...
bila-bila nak buat keje senang...
setakat ni asben belum cuba guna lagi....
tunggu nanti nak pasang beberapa rak dekat rumah tu..
nanti aku review k...ok ke tak drill ni....



isi dalam




susun atur:: buku di playroom

aku suka belikan budak-budak ni buku...
sampaikan dah takde ruang nak letak buku dekat mana dah..

idea ni aku dapat pun dari google je...
macam best je kan...
dan kebetulan aku dapat beli RIBBA ni masa Ikea members sale...
normal price adalah RM39.90...so bila sale ni dapat harga RM19.90..
murahhh dah tu...so aku pun pesan pada member beli 3 terus..
kebetulan dia ke ikea masa sale hari tu..
aku tak dapat nak pegi kan sebab hari bekerja...

dah lama beli....baru la nak pasang..
tu pun dapat pasang sebab aku n asben terpaksa EL sebab kakak awliya sakit mata...
nak bawa ke klinik pada sebelah pagi...
sebelah petang baru dapat mulakan projek...
ye la, umah condo/apartment ni mana la boleh nak drill hari sabtu ahad kannn...!!
mau kena ketuk pintu dengan jiran2 sebelah atas dan bawah..huhu
so kalau nak buat keje2 drill yang bisingggg tu kena la buat hari weekday...

yeessss.....siap gak akhirnya
tak sabar2 mama nak kemas buku diaorang ni...
ni pun dapat kemas masa diaorang tengah tido..
kalau tak jangan haraplah dapat kemas dengan tenang tau...




buku tu nampak je macam tinggi,
tapi kalau kakak awliya guna kerusi hijau tu boleh je dia capai..
tapi yang belah atas sekali tu dia akan panjat meja kalau nak ambil buku...hihi
takpe lah, kang dia dah tinggi sikit mesti dah boleh sampai capai yang tu...

tapi sekejap je kemasnya weeiiii....sekali diaorang berdua ni dah bangun tido, keadaan bilik dah macam dilanda todak....huhu
stress mama nak oiiii..........!!!!!!!
redha je la..
asalkan korang gumbira...mama meroyan nak mengemas pun tak pe lah...:)



Monday, November 16, 2015

makeover playroom::pasang wallpaper

masa percubaan pertama memasang wallpaper kasion kat living hall,
terus rasa nak pasang wallpaper dalam bilik pulak..
suka pulak bila dah makeover rumah..
bosan asik tengok dinding yang sama bertahun-tahun kan..

cuti hari minggu yang lepas aku minta asben pasangkan wallpaper kaison dalam playroom
wallpaper ni dah lama beli masa pergi kaison setia cit y mall..
member aku bagitau wallpaper di sana lagi banyak pilihan
aku pun beli la untuk pasang dalam playroom
niat hati nak beli untuk bilik-bilikyang lain, tapi kiv la dulu...
next time boleh beli lagi....bujet dah abis masa tu...

untuk playroom ni, aku pilih yang simple je...
corak jalur-jalur...
taknak yang corak bunga nanti nampak serabut..
kalau tengok bilik tu bersepahhhh, lagi la serabut jadinyaaa...
mulanya aku berkenan dengan corak kartun, tapi asben tak setuju pulak..
dia kata yang jalur lagi cantik...so ikutkan je la...

aku beli segulung je sebab nak pasang pada dinding yang tak besar...
tapi sikit jeee lagi tak cukup..ishhh leceh betul..
kena la beli lagi..
buat masa sekarang tak perasan sangat sebab dapat dicover dengan dapur mainan anak aku tu..

                                     


                                                                                                                                                                                                      abaikan yang bersepah-sepah tu...belum kemas sepenuhnya                                                   

Thursday, November 12, 2015

Weeks 2:: Cabaran #wannabefit






minggu ni merupakan minggu ke-2 program #wannabefit 
so kena tunjuk buku rekod dekat coach utk lihat progress sepanjang minggu yang lepas

diet aku memang kelautttt....bertahan 2 hari je, lepas tu belasah makan pizza, kek coklat, teh tarik...
sebab ada jamuan...
adoiiii manis semuanya...
yang goreng2 pun ada gak makan masa cuti weekend ari tu...
iman tak kuat sungguh kalau dok umah ni..
nasib baik ada gak la buat excercise dalam umah...
buat indoor cycling selama 30 minit...setiap hari..
pastu senamrobik sambil ikut kat youtube...masa tu pun dapat buat sebab anak2 tengah tido..
kalau tak susah tau nak excercise, ada je yang ngacau!
nampak mama dia naik beskal tu, sibuk la nak naik juga kannnn...
saborrr je la anak2 ni...

nasib baik ada gak progress aku, turun la jugak 1.4kg...lemak pun turun sikit 900g (cisss sikit jeee)
hurmmm cuba kalau aku tak 'cheat'...mesti lagi banyak turun kan..
ishh menyesal kemudian tiada gunanya...

untuk cabaran minggu ke-2 ni, harap2 la aku ni istiqamah jaga pemakanan..
dan teruskan dengan excercise...
wish me luck!

kelas minggu ni belajar berkenaan G1 (Glycemic Index)
eh....apa kebondonya tu??? 

Apa itu Indeks Glisemik/Glycemic Index (G.I)?

Glycemic Index merupakan tahap pengukuran kualiti untuk karbohidrat dalam sesebuah makanan, berdasarkan berapa pantas 50g karbohidrat tersebut untuk menaikkan paras glukosa dalam darah. Kadang-kadang, ia juga merujuk kepada berapa pantas insulin yang akan dirembeskan (oleh pancreas) sebagai tindak balas oleh karbohidrat tersebut, dan berapa pantas karbohidrat tersebut dicernakan. Nilai rujukan untuk G.I ialah 100 (iaitu nilai G.I untuk glukosa).
(Rujukan::http://sususejat.com/apa-itu-glycemic-index/)

Kalau nak tau lebih lanjut tentang G.I ni uolls google je la ekk...
So sekarang ni kalau nak pilih makanan, pilih la yang LOW G.I
tengok pada maklumat pemakanan pada pembungkus..
contohnya macam roti di bawah ni adalah yang low G.I
lebih bagus dari roti putih yang biasa tu..
walaupun low, tapi make sure ambil 2 keping sahaj permeals k!
sebab roti stil ada kalori..




menu sihat hari ini
nasi putih
keli bakar
tomyam campur (tanpa tumis)

No OIL, No SUGAR





Friday, November 6, 2015

cabaran selama 7 minggu


entah macam mana aku boleh join program ni...
tujuannya memang la nak sihat kan...
nak sihat mesti la kena hadap cabarannya dulu..
program ni berjalan selama 7 minggu....
seminggu hanya sehari je aktiviti ni dibuat selama 2 jam..
means 2 jam tu akan diisi dengan ceramah kesihatan dan juga aktiviti senam/zumba/kick boxing
peserta diberikan buku catatan...untuk catat berat, makanan yang dimakan setiap hari dan
aktiviti yang dilakukan 
fuhhh.....ingatkan join gitu2 je ko...
azab weeiiii.....maklumlah selama main telan je semua benda kannn!!!
bila kena sekat itu tak boleh....ini tak boleh...
merana jiwa dan raga tauuu....
bertabahlah hani oiii...ko sendiri yang nak join kan...


trainer selalu tekankan...apalah apa saja tapi pastikan NO SUGAR, NO OIL...
so kena la kreatif pelbagaikan masakan.

apa yang boleh dimakan???
makan apa saja tapi yang tidak mengandungi gula dan minyak...masak pakai minyak zaitun pun tak boleh tau!
boleh masak kari, sup... tapi pastikan bawang2 dan rempah ratus tu tidak ditumis k!
banyakkan makan karbohidrat(carb) sebab carb ni yang memberi tenaga kepada kita..
so kita dah tak perlukan gula pun dalam badan sebab dalam carb ni pun dah ada gula...
- boleh makan ikan, ayam, daging,
- banyakkan makan sayur-sayuran

ni antara makanan yang perlu dielakkan sepanjang program [dan kalau diteruskan selepas program pun lebih bagus...]
- NO process food - sosej, fish ball, daging/ayam cincang. nugget dll
- NO minuman manis (teh tarik, milo dan air buah. Tapi boleh minum kopi o tanpa gula tau.
Kopi ni salah satu pembakar lemak dalam badan kita. NO SUGAR tauuu....(errkkk aku dah try....pahitttt)
- NO buah-buahan. sebabnya buah ni manis..so kena elakkan utk 7 mggu je..lepas tu dah bole makan
- NO kicap, sos, perisa tambahan (kiub ayam/ikan bilis, sesedap rasa dll)

lakukakn senaman paling kurang pun setengah jam setiap hari....senaman tu tak semestinya ko kena p taman berjongging berlari semua tu...dalam opis pun boleh buat. 
trainer pun ada ajar kami cara buat senaman sambil duduk....berpeluh gak weiii walaupun dok dalam ekon. kalau di rumah, kemas2 rumah, mop lantai tu pun dikira senaman tapi pastikan kena buat lebuh dari 10 min sebab pembakaran lemak akan berlaku selepas 10 min....eh! kalau nak rehat pastikan lepas setengah jam tu...jangan la buat 5min dah nak berehat.

jadi bermulalah episod diet aku malam tadi..
dari malam tadi aku tak minum air manis....selalu kalau di ofis, setiap pagi aku akan minum teh tarik besar punyaaaaa...
hari ni aku rasa macam lalok ko...ngantuk gile bila tak dapat air manis!!
tapi aku kuatkan semangat juga!!!
hikmah juga tak minum air manis ni, separuh hari aku dah dapat abiskan 2 botol air masak...
kalau tak, sebotol nak minum bagi abis pun susah...
so sampai ke petang aku dah abiskan 4 botol air masak tau....*tepuk tangan utk diri sendiri
aku harap dapat teruskan sampai minggu ke 7...

hurrmmm apa lagi ek....tu je yang aku ingat setakat ni...nanti aku update lagi program ni dan share apa yang aku pelajari dari trainer ni...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...