Posts

Showing posts from September, 2014

REVIEW: Mattel Warehouse Clearance @ The School

Image
dah lama aku tak terjah mana-mana warehouse sale... [eleh...lama la sangat kan] kali ni dapat tahu 'mattel warehouse clearance' ni pun dari member ofis.. warehouse barang menan fisher price, barbie, thomas, hot wheel... tak pasal-pasal melayang lagi duit haha... warehouse ni dekat je dengan ofis aku di Jaya One. Sebab tu keinginan nak pegi tu kuat...kiki Sebelum ni memang aku tak pernah tau dan  pergi warehouse ni.. Memandangkan aku bawa si kakak awliya ke ofis hari jumaat yang lepas, sebab tak sihat...bawa la dia ke sini. sale ni dari khamis-sabtu memandangkan pergi waktu hari keje [waktu lunch], orang pun tak la ramai sangat....tak crowded pun. apa yang anak aku pau mama dia ni?? benda yang dia pegang dari mula sampai....hinggalah nak balik... benda alah keretapi ni...si encik THOMAS tah apa la yang dia berkenan sangat dengan thomas ni... kalau tengok video tu, setiap kali tu la nak pasang thomas. dalam kete pun camtu juga... sampai mak dia ni dah hafal

Cuti-cuti Merdeka @ Gold Coast Morib Resort

Image
Cuti Merdeka tahun ni kami sekeluarga (abang, adik-adik dan mak) ke Gold Coast Australia Morib International Resort . Sebenarnya plan bercuti ni pun last minit. 2 minggu sebelum nak pergi baru nak booked hotel, kompem la fully booked kan untuk hari weekend. Cuti panjang sempena merdeka kan. So, tak dapat la nak check in hari sabtu. Terpaksa la check in hari jumaat sebab masa tu je la masih available untuk bilik apartment. Dan kebetulan memang hani kena cuti pada hari jumaat tu juga sebab pengasuh anak-anak minta cuti untuk balik kampung. Bilik apartment ni hani booked dekat Agoda dengan harga RM638 untuk satu malam (termasuk tax & hotel service charge). Telah disponsor oleh abangku...hehe..tq. Nanti sponsor Grand Lexis pulak ye! Kehkeh Perjalanan memakan masa selama 1 jam setengah. Kami sampai pukul 3.30 petang. Urusan check in berjalan lancar, masa ni dah beratur orang...agak ramai juga. Memandangkan kami booked apartment, tak dapatlah view water park sebab bangunan ni te

trial playgroup class @ Excel Qhalif

Image
Sebelum ni saje mengoogle di internet mencari kelas untuk daftarkan awliya nanti. Dia dah 2 tahun 2 bulan, hani bercadang untuk hantar dia ke kelas tadika masa umur 4 tahun. Terlalu awal??? Itu lagi bagus, sebab kesian pada dia...terperap dalam rumah je kan. Hani nampak perkembangan awliya, dia suka buku, suka menulis [menconteng], suka nyanyi dan suka berkawan. [semua anak camtu kan] Masa tengah mengoogle, terjumpalah pasal kelas trial 'playgroup'. Masa tu just register je dan kena tunggu bila kelas playgroup dibuka semula. Lama dah. Terus lupa. 2 minggu lepas, dapat sms dari Excel Qhalif menyatakan kelas trial playgroup dibuka dan sesi yang dimaklumkan adalah pada 7/9/2014 pada pukul 2.00 petang. Terus buat bayaran sebanyak RM37 dan confirmkan dengan Excel Qhalif. Kita try dulu macam mana kelas ni. Masa tu dah terpikir,  macam mana penerimaan awliya nanti. Macam mana reaksi dia.... Mesti dia seronok dapat pegi kelas. Balik rumah terus cakap dengan awliya '