Posts

Showing posts from August, 2011

Cincin nikah done !!!

Image
Assalammualaikum semua Di kesempatan ini Hani nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin  Kepada B2B, jangan makan banyak-banyak sangat masa hari raya ni, jaga badan yer ^_^ nanti tak muat baju pengantin lak... Dah lama tak update blog ni kan. Terasa malas dan agak busy dengan persiapan raya (bz la sgt kan) hehehe.. ok, hari ni terasa rajin sikit nak update pasal weding preparation sikit. Semalam dapat MMS dari en tunang. Tunjukkan gambar cincin nikah yang baru di ambil dari kedai. Cincin ni kami tempah bersama dulu di kampung en tunang di Kelantan. Kedai biasa-biasa jer, bukan di kedai yang mahal-mahal pun. Ingat tak post ni? Masa tu dah janji dengan tokei kedai untuk ambil masa hari raya sebab masa tu en tunang balik ke kampung. Hari-hari hani ingatkan en tunang supaya ambil (kadang-kadang dia ni seorang pelupa juga). Alhamdulillah, siap juga. En tunang pun suka dengan cincin ni. Rasa hepi. Selesai satu perkara.  hadiah yang sangat bermakna dari saya untuk

Guestbook

Image
 Sedang survey untuk beli guestbook. ( memang pemalas....semua nak beli )  Jumpa beberapa blog kat bawah ni. Ada yang mahal dan ada gak yang murah. Bergantung kepada material. Sebenarnya hani dah buat template untuk guestbook hani, just nak print  dan hantar binding jer..tapi tak de idea nak hias macam mana... tangan tak kreatif...biarlah dulu, malas pikir lagi.. tapi hati kuat menyatakan nak DIY.... Ok la, just nak share ngan korang kot-kot masih mencari kat mana nak order  guestbook ni.... shareyourlovewithcards Harga: RM50-RM90 Simple Rhyme  Harga: RM 200 Material: special paper (cream color), blank page Perfumes and Art Harga: RM 150 ilikecard Harga: RM 200 Material: Leather Charm & Colors Harga: RM55++ (depends on material) Material (Coverpage) : Fabric Material (Inside) : 120gsm paper (White/Cream/Pink) http://creativebylynda.blogspot.com

Jom kelihatan kurus dgn SPANX !!!!

Image
Just nak share dengan rakan-rakan b2b sekalian... Dah tentu kita mahu kelihatan cantik semasa majlis kita nanti kan?? Tak nak nampak spare2 tayar kan.... Pernah dengar tentang SPANX tak?? Kebetulan member ofis hani nak order, so dia pun ajak sekali.. Boleh kurangkan kos shipping sebab beli direct dari US. Dah kumpul-kumpul orang, dapat la 6 orang yang berminat nak beli termasuk la hani hehehe Hani pernah baca beberapa blog b2b pasal Spanx ni, ramai yang kata ok. Kawan ofis hani pun kata ok dan puas hati sebab bodysuit ni nipis je, tak panas dan tak nampak kita besar kalau pakai. Biasanya masa kita duduk, mesti lipatan perut akan kelihatan sikit kan...melainkan orang tu betul-betul kurus la..mcm hani gemuk pun tak, kurus sangat pun tak...sedang-sedang jer..tapi kadang-kadang ada ketika perut boleh buncit jugak bila time period kan... So, saje la beli untuk pakai masa majlis nanti...eehh silap, sebelum majlis lagi nak pakai...hahaha tapi kalau kita nak beli sehelai jer, tak payah la

100 hari lagi...

Image
hari ni genap 100 hari lagi majlis pernikahan hani dan en tunang....cepatnya masa berlalu... setakat ni check list masih tak de apa-apa update lagi.. bulan pose ni malas lak nak pikir pasal persiapan kahwin.. nak cari barang pun rasa malas nak keluar rumah.. hari sabtu kelmarin last minit nak cari baju raya, hani pergi ke Jalan TAR dan Sogo... MasyaAllah, manusia punyalah ramai....bukan setakat jalan raya jer jem.. manusia yang berjalan-jalan pun boleh jem jugak... cepat-cepat cari sepasang baju dan sehelai tudung, dan sedikit barang di Sogo, hani dan en tunang terus jer balik umah... rasa sedih sebab tak dapat cari colour sama ngan en tunang...susah sangat nak jumpa colour terqoise, ada yg seakan-akan sama, hani tak berkenan pulak...nak cari lama-lama, rasa dah tak mampu dah..kepala dah mula rasa pening dgn keadaan org ramai tu...tak caya tengok gambar kat bawah ni.. Nampaknya tahun pertama raya sebagai tunang org, terpaksa la sorang biru terqoise, sorang purple...hambikk kau !!

Jom buka parcel

Image
Assalammualaikum dan selamat pagi semua... Hari ini dah hari ke 18 kita dah berpuasa Tinggal 12 hari lagi kita akan menyambut bulan Syawal... Sekarang ni dah mood cuti kan...yea yea next week hari khamis hani dah mula bercuti dan akan balik ke kampung ^_^ Oklah, sebenarnya hari ni hani nak tunjuk sesuatu. Atas permintaan rara dan gadis untuk tengok isi dalam parcel yang hani dapat kelmarin, semalam hani dah buka parcel tu... Ni lah dia.... Masa hani buka dan kira kuantiti, rupanya tak cukup 2 pcs...hani order 150 pcs, tapi yang dapat 148 pcs. Then hantar email pada Renown Gift maklumkan pada mereka kuantiti yang dapat tak cukup. Renown gift memohon maaf atas kelalaian staff mereka dan terus pos baki 2 pcs lagi pada hani. So far, sangat puas hati berurusan dengan Renown Gift ni. hani memang suka beli ready made...sangat-sangat la sesuai untuk orang yang malas macam hani ni... hahaha *gelak*...tengok la gift bag tu, tak payah hias dah kan... i'm counting the day

Gift bag dah sampai

Image
Ingat tak semlam hani ada order gift bag? Sgt cepat penghantaran dari Renown Gift ni,  ptg semalam buat payment..hari ni dah sampai di ofis kul 11.15 pg suke..suke...:-)

Gift Bag

Image
Hari ni hani nak share dengan reader semua... Yang mana masih mencari-cari gift bag yang come' dan kiut.. Renown gift sedang buat promotion dari 13 Ogos - 10 Sept Just hantar email, bagi nama, alamat, no fon & kuantiti yang kita mahu, Renown gift akan send invoice kepada kita da n lepas tu bole la kita buat payment. Diaorg reply email pun cepat je. Normal Price  RM1.60 NOW FOR ONLY RM1.30 READY STOCK!! Minimum order 100 pieces. promotion from 13  Aug to  10 Sept 2011 Gift Bag Size: Length 17.5cm x Width 8cm x Height 26.5cm comel tak?? comel kan.... hani dah order 150 pcs = RM 195...tambah delivery charge RM25 (pj-kepong tak la jauh sangat, tapi malas lak nak pergi pick up sendiri...hehehe) so total semua RM220..kita jugak bole campur-campur design yang kita nak. gift bag ni hani nak bagi masa majlis nikah nanti, nak letak yassin yang dibeli hari tu [ post ini] dan sedikit makanan (cupcakes @ apam polkadot), maybe ada lebih sebab majlis nikah tak ramai sangat orang

Sourveniour from Bandung

Image
Alhamdulillah...souveniour dari Bandung dah sampai 3 minggu yang lepas..ingat tak post ini? Parcel ni terus sampai ke pejabat pos di Ipoh, kena ambil di sana. Ayah dan adik  hani kena ambilkan sebab hani tak balik kampung minggu tu. Ingatkan dah tak de masalah bila dah sampai...rupa-rupanya ada lagi masalah yang timbul. Kena cukai kastam la pulak. Nak tau berapa? Hampir 1k.Boleh pengsan dibuatnya. Bayangkan la, tak berbaloi rasanya kan kalau harga barang campur lagi dengan cukai. Memang tak sangka kena bayaran cukai bila dah samapi Malaysia ni. Bincang punya bincang, akhirnya pegawai tu kurangkan harga dari jadi RM300. Tapi masih mahal jugak kan. Minta kurangkan lagi, sebab adik hani beritahu pada pegawai tu, barang tu adalah barang cenderahati untuk majlis perkawinan, bukannya barang untuk business.  Pegawai tu beritahu, kalau pos melalui kapal..memang akan kena cukai. Kalau pos melalui flight, tiada cukai dikenakan. Tapi kos untuk pos melalui flight mahal sangat. Kalau melalui kapa

E-Day Review: Outdoor Photoshoot

Image
Lokasi : Taman Rekreasi Gunung Lang & Taman DR Ipoh Masa: 4.30-6.30 petang Taman rekreasi gunung lang ni tak jauh dari rumah hani...ada la dalam 10 min jer...kalau lalu highway PLUS  boleh nampak tempat ni...memang cantik tempat ni, selalu menjadi tempat favourite pengantin2 untuk bergambar outdoor. Masa tu pun, ada 4-5 pasangan bergambar kat situ....tp semua pengantin la, hani jer bukan pengantin hehehe.... Jom..kita layan gambar..... kitaorg tengah dating....adalah pulak kaki skodeng !!!          haaaa....tengok tu...kiri kanan ada org skodeng... HAAAHHHHH....sekali kena terjah oleh GENG TERJAHHH daaaa !!!!     siapa dapat sambut bunga i...dia lak akan kawin lepas ni..... haahhh....sambuttttt !!! aku punya !!!! aku punya !!! aku punya !!!!    we're in LOVE semoga kami 'dilahirkan' untuk bersama sehingga ke akhir hayat...amin tangkap gambar sampai guling-guling atas rumput ahaksss... gaya seorang putera meng'ayat' puter