Posts

Showing posts from March, 2013

Petua hilangkan BATUK dan SELESEMA

Image
Hari ni hani nak share tentang petua/penawar jika anak mengidap batuk dan selesama. Awliya baru je sembuh dari batuk dan selesema yang teruk. Lama sangat, berminggu-minggu. Hani gunakan ubat batuk dan ubat selesama dari klinik, tapi masih tak nampak kurangnya. Sangat kesian tengok keadaan awliya, tak boleh tidur sebab hidung asik tersumbat dan sekejap-kejap batuk menyebabkan dia terjaga dari tidur. Bila tidur pun, nafas berbunyi. Ye bunyi kahak sangat kuat. Dan akhirnya Hani cuba petua orang dulu-dulu, gunakan kunyit hidup . Nasib baik di rumah ofismate ni ada kunyit hidup. Minta pada dia je. Lepas potong kulit, hani sapukan kunyit tu dari ubun kepala sehingga ke hidung. Masa ni memang susah juga nak pakaikan pada awliya, menjerit dia marah...tak dok diam betul. Alhamdulillah, ia sangat berkesan. Dan semestinya dengan izin Allah kan. Ye, sekali je hani pakaikan pada awliya, keesokkan harinya selesema dah batuk tu terus hilang setelah hampir sebulan awliya menanggungnya. Jika mas

Bila kali pertama terjun POOL

Image
Setiap kali nak ke tempat parking, awliya mesti excited tengok pool. Sebelum ni kalau lalu pool, bagi dia rendam kaki dan main-main air je dulu. Dah banyak kali nak bawa awliya terjun pool, tapi tak berkesempatan je. Selalu hari cuti mesti ada hal di luar. So, minggu ni tak kemana-mana pun. Bila petang terus turun bawa awliya ke pool. Bukan main seronok dia. Disebabkan tangan tak dok diam, sambil naik pelampung kapal tangan tu sibuk nak pegang air, terus kapal tak stabil dan terbalik.... mama pulak tengah sibuk snap gambar...tak sempat nak capai. haaaa....tercungap jugak dia, tertelan air rasanya...sampai terbatuk-batuk. Tapi tak menangis pun. Gud girl sayang. Nak pandai berenang...kena la lemas dulu kan. ada juga mama keluarkan awliya dari kapal ni, dan bagi dia berendam dalam air sambil dukung dia... so far, awliya nampaknya  tak takut air.... Next time mandi tak yah guna pelampung tau.... Nanti mama ajar awliya berenang...nanti boleh pandai berenang macam Bella anak

Check up 8 bulan

Image
13/3/2013 Hari ni ada appoinment untuk check up 8 bulan Kali ni appoinment sebelah petang. So, pagi mama angkut awliya ke ofis...senang nanti terus je ke klinik, tak payah nak singgah ke rumah pengasuh kan. Seronok betul awliya datang ke opis mama, kejap orang ni ambil...kejap orang tu lak ambil....hehe bukan main suka la dia... walaupun dah mengantuk sanggup tahan mata tu... Dalam pukul 1, kita orang keluar dari ofis dan terus ke klinik sebab appoinment pukul 2 petang. Sampai je klinik, orang pun tak ramai. Next time nak minta petang juga la, tak de lah stress menunggu macam sebelah pagi. Awliya pula sangat la suka pergi klinik, bukan apa...dia suka tengok ramaiiiii baby kat situ...hehehe Untuk check up 8 bulan, hanya ambil berat, tinggi dan lilitan kepala sahaja. Nanti dah setahun baru ada cucuk semula. Bila timbang, alahaiiii....sikit je naiknya. Tak sampai pun sekilo. Makan kuat, dukung pun dah terasa berat. Nurse tanya awliya makan apa? Hani cakap la bubur, oat,

bila kecik-kecik dah pandai MEMANDU

Image
   Lepas je balik umah dari My Dear Warehouse hari tu [ post ini ]...terus mama excited suh ayah pasangkan kete awliya ni, tak sabar nak bagi budak kecik tu memandu hehehe.... ok, kita tunggu ayah sambungkan stereng ngan tayar ye.. yeeeaaaa....dah siap, bole mula memandu eh...nanti...sebelum tu check keadaan kete, supaya semua dalam keadaan baik okeh...standy, hidupkan enjin vvvrrrooommmm...............vvrrrrroooommmmmmm p/s: budak kecik memang kelakar kan.....

My Dear Warehouse Sale 2013

Image
Dah lama sebenarnya nak pegi  Mydear Warehouse sale ni, tapi selalu tak berkesempatan....tapi kali ni berjaya juga mengajak en suami ke warehouse ni... Mydear ni selalu juga buat sale....kiranya setahun ada la 2-3 kali kot. Sale ni dari 22 feb-10 march 2013. Kiranya hani pegi ni dah hari-hari terakhir la... Niat di hati nak cari car seat untuk awliya.. Memandangkan car seat lama dah tak muat [ post ini ]. Tapi macam biasalah, niat nak beli car seat mesti tersasar dengan membeli benda lain juga.hehehe Memandangkan baru 1st time sampai sini, semua barang hani nak survey. Tapi biasalah kan, dah hujung-hujung ni barang pun dah tak banyak macam hari 1st kan. Macam-macam barang baby ada. Car seat, buai, nursing pillow, barang mainan, stroller, tilam dan katil, kerusi makan dan macam-macam lagi la. Harga lebih murah dari harga pasaran. Berbaloiii juga. Stroller banyak juga pilihan, cantik-cantik oooo.....[tak sempat snap gambo sebab ada ramai pekerja kat area stroller tu] G

Tanda Lahir

Image
Lepas baca entry ekin psl tanda lahir si zara, tetiba hani pun teringat pasal tanda lahir awliya... ye..awliya pun ada tanda lahir... Yang uniknya, tanda lahir awliya sama dengan tanda lahir mamanya...di KAKI . Ni baru namanya 'LIKE MOTHER, LIKE DAUGHTER'. Adik perempuan hani pun ada tanda lahir di kaki. Hani perasan tanda lahir ni masa awliya umur 2 bulan. Masa tu kulit awliya kering dan mengelupas...nak salin kulit la kan. Masa tu ingat tanda tu hilang lepas dapat kulit yang baru. Tapi tengok-tengok kekal...sampai la sekarang. Jadi hani anggap itu adalah tanda lahir. Tanda tu sangat jelas. Dan sesiapa yang tengok akan tanya 'kenapa dengan kaki awliya tu?'. ...sebab kelihatan macam parut luka. Nasib baik tanda lahir tu di kaki kan, so boleh la cover. Bila si ayah tengok tanda lahir tu, mesti ayah cakap 'ikut mama la tu, kaki jalan bila dah besar nanti' Orang kata siapa yang ada tahi lalat @ tanda lahir dekat kaki mesti kuat jalan. Ye ke???

Kronologi: BERSALIN (Part I)

Image
Alahai...anak dah besar baru nak buat kronologi bersalin hari tu hehehe.... Maklum la, tak sempat nak buat review.... Ni pun dok mengingat semula peristiwa bersalin....errrkkkk tapi bila teringat terasa-rasa lak sakit hari tu. Hani sekadar nak share pengalaman semasa bersalin hari tu... Untuk panduan bakal-bakal mummies juga.  Setiap orang berbeza pengalaman kan, apa salahnya kita share bersama. Bukan tujuan untuk menakutkan bakal-bakal mummies di luar sana. Sakit bersalin ini memang tiada ubatnya, hanya DOA kepada ALLAH supaya dipermudahkan kita bersalin. - insha Allah Tapi percayalah, dan setiap ibu pasti mengakuinya.... Sakit itu HILANG bila terdengar suara baby dah melihat wajahnya.... Hanya air mata mengalir tanda SYUKUR dan GEMBIRA Post ni dah lama dlm draf...cuma tak habis tulis je. Agak panjang....harap-harap korang tak bosan membaca eh !!! ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

BERSYUKUR lah ketika senang dan susah

Image
Alhamdulillah....syukur di atas rezeki yang Allah berikan. Hari ni dapat 'berita' gembira, minggu lepas pun dapat 'sesuatu' yang menggembirakan. Syukur pada Mu ya Allah. Sesungguhnya, bermacam-macam cara Allah berikan rezeki pada kita kan. Anak, kesihatan yang baik, keluarga yang bahagia, dipermudahkan semua urusan, senang hati, kerja yang baik, harta dan macam-macam lagi rezeki yang kadang-kadang kita tak jangka pun. Pernah dulu hani ditimpa pelbagai musibah dalam masa yang sama. Masa tu asyik pikir, ya Allah...banyaknya dosaku sehingga aku diduga sebegini. Jika dugaan ini dapat mengurangkan dosaku, aku redha dan pasrah. Dan sesungguhnya Allah itu Maha Adil dan Penyanyang, ada ketika DIA berikan kita pelbagai dugaan....dan tidak selama-lamanya dia akan berikan kita dugaan. Ada ketikanya...DIA gantikan semula dengan rezeki yang kita tidak pernah jangka. Oleh itu, kita kenalah bersyukur ketika senang dan juga susah kan. Ehhh....eehhh macam ustazah la pu

Dah tiba masanya beli CAR SEAT ???

Image
Minggu lepas masa hantar awliya ke rumah babysitter, baru perasan... car seat yang ada dalam kereta ni, dah tak muat untuk awliya. Kaki dah terjulur keluar, maklum la budak tecik ni dah semakin tinggi. Car seat ni memang jarang digunakan. Hani akan guna kalau hani kena drive sendiri masa en suami ada hal. Tapi setakat ni hanya hantar awliya ke rumah pengasuh yang  5 min je dari umah. Selain dari tu, pernah guna masa perjalanan bawa awliya ke ofis. - dlm setgh jam dari umah Jauh dari tu tak pernah lagi...dan rasa tak confident. Kalau balik kampung di kelantan pun, awliya tak nak duduk dalam car seat tu. Errrkkk korang dapat bayangkan tak macam mana mamanya kena pegang sepanjang jalan..Kalau dok diam-diam tak pe jugak, tapi sepanjang jalan ke hulur ke hilir nak bergerak. Kejap main radio, kejap main gear, kejap turun kat tempat kaki...uuuuuwwwaaaa nak nangis mamanya ni dok layan tau !!! dah la jauh tu... Car seat ni abg hani bagi sebab anak dia dah tak muat. Tapi sekarang,