Thursday, June 22, 2017

dah hantar ke pengasuh

assalammualaikum...

pejam celik pejam celik dah hampir hari raya dah...
serius...cepat sangat masa berlalu...
punya la sibuk dengan urusan harian...sampaikan tak sedar masa berlalu dengan pantas..
so far alhamdulillah aku takde tinggal puasa lagi..
harap2 dapat puasa penuh tahun ni...

minggu ni aku pun dah mula bekerja setelah habis cuti bersalin...
ikutkan aku masuk kerja pada hujung bulan Mei, tapi aku sambung cuti rehat selama 14 hari.,
rasa malas pulak nak masuk keje di bulan puasa,,
ni pun masuk keje dah hujung2 puasa, ok la sikit kan...
dah mood raya terus...hehe bijak-bijak

minggu ni minggu kedua baby ziqri di rumah pengasuh..
so far, alhamdulillah..baby ziqri boleh sesuaikan diri.
serasi dengan pengasuh ni..
sebelum aku masuk kerja, aku dah test hantar ke pengasuh..
pengasuh ni adalah pengasuh baru untuk anak aku...
kali ni aku tak dapat hantar pada pengasuh lama (kak ina) yang lebih dekat dengan rumah aku (blok sebelah je)
sebab pengasuh tu dah tak jaga budak..
pengasuh ni pun kak ina yang rekemenkan pada aku...
agak jauh sedikit dari rumah...tapi dekat dengan sekolah kakak-kakaknya...
dulu kalau rindu, nampak bumbung rumah kak ina pun jadilah...hilang rindu dengan anak2 :)


baru 2 bulan berat dah 5.2 kg


Perkara paling BERAT untuk dilalui oleh seorang IBU adalah apabila dia menyerahkan anak-anaknya di bawah jagaan orang lain.Ya Allah, aku tidak selalu ada bersama anak-anakku, maka aku mohon padaMu...pelihara anak-anakku dengan rahmatMu..
Lindungilah mereka, jauhkan mereka dari perkara-perkara yang tidak diingini...amin ya rabbal al amin..

Sunday, May 21, 2017

kronologi bersalin: kehadiran PUTERA yang dinantikan

Alhamdulillah....aku dah selamat melahirkan baby lelaki pada 30.03.2017 pada pukul 9.55 pagi di Pusat Perubatan UKM (PPUKM).
ini adalah 4th pregnancy aku...3rd pregnancy aku dulu mengalami keguguran...aku pernah ceritakan di SINI...
janji Allah itu benar...setiap yang berlaku ada hikmahnya...
dan inilah hikmah yang Allah kurniakan padaku..
menganugerahkan 'putera' yang kami sekeluarga nantikan...
akhirnya Allah makbulkan doa aku dan suami...
Syukur dipermudahkan semuanya...

cepatnya masa berlalu, lagi 8 hari cuti bersalin aku akan berakhir...
kali ni aku ambil cuti bersalin 2 bulan sahaja..
ada baki lagi 2 bulan...hhmmm reserved untuk yang seterusnya (eh???) hahaha...

Seperti biasa, aku akan catatkan pengalaman bersalin aku dekat blog ni..
buat kenangan.....


28.03.2017
kandungan sekarang dah masuk 38 minggu..
ikutkan due date aku pada 12/4/2017....2 minggu lagi...
tapi hari ni masa nak mandi, dah keluar tanda lendir berdarah...tapi sikit je..
tanda darah sama seperti aku bersalinkan awliya dan adra dulu...
masa ni takde rasa sakit pun lagi...
aku agak mesti dalam esok lusa aku akan bersalin...
jadi aku pergi keje seperti biasa..

29.03.2017
aku bersiap-siap untuk hantar anak-anak ke sekolah dan terus ke tempat kerja.
dalam hati aku berdoa jangan la bersalin time waktu kerja kat opis hee...sebab banyak benda nak disetelkan sebelum cuti bersalin ni.
kalau nak bersalin pun biarlah lepas waktu kerja...
eehhh bole lak nak pilih2 yee....kalau baby nak keluar, anytime dia boleh keluar kann...
masa ni sakit contraction dah mula terasa tapi sekejap-sekejap dan jarak waktu yang panjang...

naluri hati aku rasa aku akan bersalin sama ada hari ni atau esok.
so sampai je office, aku terus setelkan keje dan kemaskan workstation.
kadang-kadang sakit contraction tu menjelma juga.
berkerut juga muka tahan sakit sampai ada kawan office yang perasan.
'Ehhh...hani nape ni?? Nak bersalin dah ke??'
aku pun dengan confident jawab 'belum lagi...sakit sikit-sikit je' sambil masih lagi boleh senyum :)

waktu lunch, aku pun turun makan ke cafe dengan kawan2...
masa ni dok cite dengan diaorang aku dah mula sakit dan tanda dah ada....
diaorang pun apa lagi bising suruh aku balik dan pegi hospital cepat..
aku pun ambil keputusan kalau sakit makin terasa, aku akan ke hospital petang tu juga..
lepas je makan, sakit contraction dah semakin hilang....
mungkin sebab kenyang kot, baby pun terus tido [agaknya] haha....
so aku anggap tu cuma braxton hick kot...contraction main-main....bole lak gitu hihi...

tapi lepas balik keje, elok je sampai rumah aku mula rasa sakit balik...
kali ni makin terasa kesakitannya dan makin kerap...
hhmm nampak gayanya, baby dah on the way nak keluar tu...
aku terus whatapps ke pengasuh anak2 aku dulu, minta dia jagakan anak aku sekejap kalau
aku nak bersalin tengah malam atau subuh nanti...
aku cuba menahan sakit...
dalam pukul 11 malam, aku pun masuk tido sebab nak tidurkan anak-anak sekali...


30.03.2017
aku terjaga pukul 4.30 pagi sebab sakit contraction makin terasa dalam setengah jam sekali.
masa ni memang dah tak selesa nak tidur..
aku mula kemaskan beg...
tengok tu, dah 38minggu pun masih belum ready...
dah nak bersalin baru terhegeh-hegeh nak buat...hakhak
dah setel beg, sambil menunggu waktu subuh..aku buat senaman sikit bagi memudahkan bukaan.

aku berharap sangat aku sempat hantar anak-anak dulu ke sekolah. 
bila asben aku tengah bersiap, aku bagitahu nak ke hospital sebab dah sakit sangat
masa sampai di sekolah, rasa macam sayu dan sedih sangat nak tinggalkan anak-anak.
cium diaorang dan siap cakap mama nak pergi hospital, nanti kakak ngan adik jumpa baby ye...

sakit makin terasa sangat-sangat..
dah la pagi-pagi ni jalan jem..time orang nak pergi keje katakan...
jauh pulak perjalanan aku rasa...sakitttt weeiiii...
sambil tu aku maklumkan pada bos dan kawan2 rapat melalui whatapps yang aku mula bercuti bersalin...

sampai hospital, aku terus ke kaunter pendaftaran.
nurse amik tekanan darah, amik suhu badan dan minta aku buang air kecil untuk ambil urine..
kemudian masuk bilik pemeriksaan untuk check ctg..
masa ni contraction dah semakin kuat...uuisshh sakit masa ni yang tak tahan...
dari terlentang, nurse suruh aku mengiring sedikit bagi mengurangkan kesakitan..
sambil melayan contraction, datang sorang doc lelaki dok tanya macam-macam soalan...
dari gaya dia tanya soalan macam doktor pelatih je..
masa ni macam stress gak, dah la tengah sakit...nak jawab soalan lagi kannn....
padahal semua yang dia tanya tu dah ada dalam rekod fail aku dekat PPUKM ni...
tapi takpe lah layan je la, kot-kot boleh lupakan sekejap kesakitan aku ni...

hampir 1 jam juga aku melayan contraction, kemudian datang doktor perempuan cina,
check bukaan dah 4cm..
dia maklumkan pada aku contraction pun dah semakin kuat..
dah tiba masanya aku perlu dihantar ke labour room..
fuhh masa ni aku rasa legaaa...dah tak tahan rasanya layan contraction tu...

masa ni asben aku pun ikut sekali...
aku diminta naik wheelchair untuk ke labour room...
nurse tanya sama ada aku masih sakit atau tidak..

nurse: 'sakit lagi ke puan....sakit biasa ke sakit nak meneran'?
aku: 'sakit biasa je nurse'

otw ke labour room, aku rasa sakit dah lain macam....dah rasa baby macam dekat bawah dah..

aku: 'nurse, saya rasa macam nak bersalin dah...rasa nak meneran'
nurse: 'eehhh, tunggu dulu....tunggu sampai labour room...tak jauh dah ni'

aku pun cuba menahan...fuhhh...fuuhh cepatlaaa sampai labour room...
rasa macam jauh sangat perjalanan...padahal satu tingkat je...haha

masuk je labour room, nurse yang tolak aku tadi terus inform dekat nurse yang bertugas di LR yang aku dah sakit nak meneran...
pergghh apa lagi kelam kabut la dibuatnya...
terus masuk bilik..

nurse 1: 'sempat ke nak salin baju ni hospital ni'?
nurse 2: 'sempat ni...awak tahan dulu ye...'

sekali lagi aku kena menahan.......terketar-ketar badan rasanya...

sekali 2 orang nurse tolong tukarkan baju untuk aku...haha...
aku tadah badan je laaa...
elok je salin baju, aku pun baring...terus aku rasa kepala baby di laluan keluar...
nurse check bukaan dah 7cm..
masa ni nurse tanya aku mana asben aku..
aku kata kat luar tengah register
ikut pengalaman aku yang lepas, nurse akan panggil asben untuk tengok masa kepala baby di laluan keluar tu..
kali ni tak de rezeki asben aku nak tengok, baby nak keluar sangat2 dah ni..
tak sempat tunggu ayah dia masuk bilik huhu
masa ni aku dah lupa lak cara nak teran..seriussss weiii...
boleh lak aku tarik napas pastu g hembus...
sepatutnya tarik napas, lepas tu tahan napas dan teran...
hehe...terkonpius lak dengan cara menahan sakit contraction..

barulah aku teringat...haha...2 kali teran...aku nampak baby dah keluar, dengar tangisan dia...
allahuakbar syukur...legaaaa rasanya....
terus nurse tunjukkan baby pada aku...
alhamdulillah it's a boy...
syukur padaMu ya Allah...
tetiba aku dengar nurse cakap pada aku...
'lain kali kalau awak nak bersalin lagi...sakit je terus ke hospital, jangan tunggu lama...awak ni jenis baby cepat je keluar...nanti takut tak sempat sampai hospital'
hehe...baiklah nurse..
tak sangka pulak, yang ni cepat sangat keluar..
aku ingat jarak 4 tahun, laluan baby pun sukar la sikit kan...
tapi rupanya makin senang lak...10 min dalam LR dah zuuuppp keluar..
apapun alhamdulillah selamat dah semuanya...

lepas dah dibersihkan, nurse bagi baby pada asben aku untuk diazankan...
kemudian letakkan baby pada dada ku...
tak tergambar perasaan ketika ni...
rasa syukur, gembira, sayu...iiishh tak tergambar dengan kata-kata..
masa ni baru aku nampak asben aku masuk bilik ni, sekali dia tengok ehhhhh...dah bersalin
kali ni tak sempat asben aku nak sambut baby ni macam anak-anak sebelum ni
takpelah, dah anak awak ni tak sabar nak keluar...
dia taknak bagi mama sakit lama-lama kan....
sementara tunggu doc datang, aku mula susukan baby...

kali ni takde jahitan...cuma diletakkan 'gam'
mengikut kata Dr. Rima, proses ni adalah proses terbaru yang PPUKM perkenalkan...
doc memberi gambaran seperti penggunaan gam uhu...bila kering ianya berkerak dan
kerak tu akan tertinggal sendiri nanti...
setakat ni percubaan telah dilakukak ke atas 70-80 orang pesakit dan feedback yang mereka dapat semuanya baik dan tidak menyakitkan...
tak kisahlah doc..buatlah apa sahaja janji selesai semuanya...
proses ni memang sekejap sahaja doc lakukan, adalah dalam 5min je...
dan percayalah, memang tak sakit berbanding dengan jahitan...masha allah sakit weeiii...
aku boleh berjalan seperti biasa...cuma doc nasihatkan jangan terlalu lasak...

lepas selesai semuanya , aku ditolak ke dalam wad biasa...
keadaan dalam wad pun lengang je, tak ramai pun pesakit..

sebelah petang, doc datang check aku dan baby..
bila dia tengok kami berdua ok, takde apa2 masalah, terus tanya aku sama ada aku nak balik..
ehhh mestilah nak doc kalau doc dah suruh balik....lagi la aku suka kannn....
so petang tu selesai semuanya, kami dibenarkan discharge...
yeayyy....seronoknya tak perlu menginap di wad...

pengalaman bersalin kali memang singkat
semuanya berlaku dengan pantas...

terima kasih doktor dan nurse di PPUKM di atas layanan dan perkhidmatan yang sangat memuaskan...

Muhammad Rizq Ziqri....selamat hari lahir ke dunia sayang..
kelahiranmu sangat dinantikan oleh mama, ayah dan kakakmu..
semoga menjadi anak yang solehah dan baik budi pekerti...

                                                  fresh from oven...masih dalam labour room






meleleh air liur sebab tak dapat makan macam-macam kot!

kakak awliya dan kakak adra datang nak jemput baby balik....








Friday, March 17, 2017

2016: Bandung - Pak Supir

sambungan cerita trip ke Bandung...

kali ni pertama kali aku guna perkhidmatan Pak Supir dari syarikat Hayuka Bandung...
sebelum ni aku pernah guna dua company yang berlainan..
so kali ni aku nak mencuba pulak dari Hayuka Bandung..
hasil carian dekat google, ramai yang rekemen company ni...
baca feedback kebanyakkan semuanya memuaskan...


aku contact Hayuka Bandung melalui fb je....kemudian dapat feedback dan aku mula tanya harga...
memang benar harganya murah berbanding company yang lain....
so aku booked dengan HK dan isi borang tempahan secara online...

sehari sebelum ke Bandung aku contact semula Hayuka untuk confirmkan semula..
risau gak kot diaorang terlupa ke kan...
malam tu pak supir call aku, confirmkan bagitau dia akan jemput aku di airport...

masa sampai airport, lepas semua urusan emigresen....terus keluar ke pintu utama..
kami tercari-cari juga orang yang pegang kertas nama aku...
tapi takde pong...
hmmm mana lak ni supir ni....
kami tunggu dalam 5 min, kemudian datang seseorang terus kepada kami dengan menyebut nama aku dan maklumkan dia dari Hayuka...
macam tau2 je kami orangnya..mungkin nampak kami macam menunggu orang...
pak supir perkenalkan nama Pak Ujang...
berkali-kali minta maaf dengan kami, risau kami tunggu lama....
katanya hari tersebut adalah Hari Kemerdekaan di Bandung, jalan agak jem...
banyak kali juga kami katakan....tidak mengapa, baru tunggu 5 min je....

memandangkan kami sampai dekat pukul 5 petang, hari pun dah gelap...
so kami terus gerak ke hotel....
cerita pasal hotel nanti dalam entry yang lain ye...

sepanjang 4 hari kami menggunakan perkhidmatan Pak Ujang dari Hayuka ni,
aku memang puas hati....
Pak Ujang ni nampak macam serius orangnya tapi sebenarnya seorang yang kelakar...
sebut aje nak kemana dia akan bawakan...dah memang keje dia kan...hehe
eh lagi satu, bila time makan...kitaorang ajak makan sekali...dia tak nak lansung....
sampaikan sekali tu, kami order dan terus minta pelayan antar nasi dekat dia...
sebab macam tak nampak pun dia makan....

kalau kita gunakan supir dari Hayuka ni, masa pergi ke Pasar Baru....
company Hayuka ni memang ada sediakan orang dia di sana...yang tugasnya untuk tunjukkan kedai2
berdasarkan apa yang kita nak beli....
masa aku pergi ke Pasar Baru 5 tahun lepas....jalan sendiri...sampaikan dari buka hingga nak tutup baru kitaorang balik...
habis tawaf satu pasar baru..

kali ni amat mudah...jimat masa...
bagitahu je nak beli apa, pekerja Hayuka ni (namanya Horlick) ni akan bawa ke kedai berkenaan...
boleh dikatakan kedai yang dia bawa adalah antara harga yang termurah...
kami ada juga bandingkan harga kedai lain dengan kedai yang di bawa...
memang harga berbeza sedikit...
lagipun Horlick ni orang2 di Pasar Baru memang dah kenal dia....sebab tu boleh dapat harga murah..
cuma kita tak boleh la minta Horlick ni nego harga dengan tokei kedai...
nego harga tu kena kita sendiri la ye...
dia cuma bawakan je...
oh ye...perkhidmatan Horlick ni PERCUMA ye...tak perlu buat bayaran apa2 dah...
sebab company Hayuka dah bayar gaji pada dia....itu pesan Pak Ujang pada kami...

Horlick ni juga tugasnya bawakan semua hasil tangkapan kami yang berlambak tu...
bila  banyak, dia pergi hantar ke kereta dulu...sementara tunggu kami shopping...
banyak kali weiii dia ulang alik ke kereta hahaha....
sian pun ada, tapi dia tetap nak bawakan juga....tugas dia kannn...

kami abiskan masa dalam 3-4 jam di sini....
memang jimat masa, sebab kalau kami jalan sendiri survey kedai...mau sampai kedai tutup baru abis shopping hihihi...

masa nak balik, kami beri juga tips dekat Horlick ni...
kira sedekah je, sebab kesian tengok dia bawa barang kami yang banyak....
cukup buat dia gembira...

ehhh...cerita shopping dalam entry lain la pulak ye...
company hayuka ni ada lebih kurang 20 supir dengan...kereta pun banyak...
kira company ni besar juga...
so aku memang rekemen company Hayuka ni kalau korang nak ke Bandung....
nak guna pak Ujang pun bole, atau nak guna supir yang lain...
macam aku dah pernah gunakan perkhidmatan pak Ujang, next time kalau aku ke Bandung aku boleh request dengan hayuka nak pak ujang juga, dia boleh sediakan...
ataupun terus contact pak ujang....lagi mudah...kira kita dah booked pak ujang...



 hari terakhir di Bandung....baru sempat nak bergambar dengan Pak Ujang

Tuesday, March 14, 2017

dapatkan baby Kick Tracker secara PERCUMA

kalau dapat benda FREE ni memang semua orang suka kannnn.....hehe
terus je sign up Connecte Mums Club....dengan harapan ada peluang dapat benda ni...

dalam 3-4 minggu juga benda ni nak sampai, aku pun sampai dah terlupa...
lepas ni senang la nak kira pergerakan baby...
lebih mudah berbanding manual kan...
tapi buku merah stil kena isi juga kan...nanti nurse marah weiii...
cuma benda ni senang nak kira sebab kita boleh simpan dalam poket je...
bole bawa ke mana-mana...
asal baby bergerak je tekan...sampai la pergerakan yang ke-10...

walaupun dah agak lambat aku dapat benda ni (sebab sign up lambat)
lagi sebulan je nak bersalin...
tapi tak pe lah sebab aku boleh simpan next baby...ehhhh??? :)

Thanks Connected Mums Club.
Kalau uolls nak benda ni juga, cepat register dekat website diaorang di http://www.connectedmums.com.my


Wednesday, February 22, 2017

2016: Bandung - Hotel di Bandung

Untuk penginapan di Bandung, aku booked 2 hotel berlainan iaitu Hotel Tebu dan Hotel Raffleshom.
Kali pertama menginap di hotel ni.
Di Bandung pilihan hotel sangat banyak, ikut je bujet korang berapa, lagipun hotel di sana kebanyakkan memang murah..
macam aku dan kawan-kawan jenis tak kisah pasal penginapan ni, janji bersih, ada katil yg selesa, ada toilet dah cukup. Yang penting harga mampu duduk hihi....


Hotel Tebu
Memandangkan kami sampai dah hampir malam, pukul 5 petang dah gelap...so aku pikir tak perlu guna pak supir untuk hari berkenaan.
Pak Supir hanya pick up kami di airport dan terus hantar ke hotel.
Jadi aku booked hotel yang dekat dengan factory outlet.
Sebab pikir takkan dah sampai hotel nak duduk dalam bilik je kan...rugi masa.
hasil menggoogle, hani pun booked Hotel Tebu di Jalan Matadinata (Jalan Riau).
lokasi hotel ni memang dekat sangat dengan FO, jalan kaki 5 minit je...
memang strategik...

Booked dekat Agoda dengan harga RM 116.34 utk 1 malam...

keadaan hotel bersih, layanan staff pun ok...
kami ambil bilik standard, keluasan  agak kecil sedikit tapi masih selesa..
hotel tebu ni boleh dikatakan baru juga..
wifi dapat sampai dalam bilik....laju juga...
masa check in ada welcome drink air tebu depan kaunter :)

lepas setel urusan check in, kami masuk bilik dan rehat kejap...
fo tutup pukul 9-10 malam camtu, so kami ada la masa 2-3 jam untuk window shopping dulu..
lepas rehat seketika, kami terus keluar untuk ke factory outlet yang berdekatan.
Sempat masuk Heritage dan Passion sahaja, kemudian makan malam di Restoren Misbar...
lepas makan tengok fo dah tutup....so terus balik bilik je...tak berani nak merayap lagi bila suasana dah sunyi camtu kan....








Bilik kami bersekali dengan breakfeast...
Cafe di ting 2, berhadapan dengan kaunter receiptionist..
Bersih dan selesa sangat.
Pilihan makanan pun ok juga, walaupun tak banyak mana...tapi masih mengeyangkan...
masakan pun sedap...kitaorang memang belasah makan banyak masa ni, nak kumpul tenaga untuk shopping hihi...
ada nasi, bihun, roti, bubur nasi, buah-buahan dan kuih muih...
so far aku suka menginap di sini...


suasana cafe


depan receiptionist....nak check out sudah...


dok Bandung tapi nampak paris...camne tu???? :)




Hotel Raffleshorm
Hari kedua kami menginap di hotel ni. Saje tukar angin dan merasa hotel yang lain. Bermula hari ke dua sampai hari terakhir, kami dah guna supir sepanjang hari, so tak kisah kalau dapat hotel yang jauh sedikit. sebab kami pasti akan keluar dari pagi sampai ke malam.






hotel ni terletak di tengah-tengah bandar Bandung...
kalau nak ke Pasar Baru tu memang tak jauh sangat la...
sebelum sampai hotel ni kena masuk lorong kecil....muat-muat kereta je.
sebab tepi jalan dibuka gerai kecil..jadi jalan agak sempit.
so kalau pergi trip yang ramai dan gunakan bas ke, memang tak sesuai la duduk hotel ni..
sebab kena berenti di jalan besar dan jalan kaki masuk ke dalam.
tapi kalau naik kereta takde masalah.

aku booked bilik ni dekat Agoda juga...dapat harga RM199.13 utk 2 malam...

bilik hotel ni agak luas juga. memang selesa la...sebab bila shopping banyak, ada la tempat nak letak barang...takde la sempit kan..
cuma yang rasa tak best tilam macam keras sikit.
Bilik adik aku pula toiletnya air bertakung sedikit.
Bilik aku pula lampu di pintu masuk bole pula tetiba terbakar. Masa tidur waktu malam hanya pasang lampu itu sahaja, sedar2 tengah malam bilik aku jadi gelap gelita, rupanya lampu udah terbakar dong!

Di sini tidak disediakan iron di dalam atau diluar bilik, so kalau nak iron kena bagi staff hotel buatkan dan dikenakan bayaran (lupa tanya harga).
jadi aku pakai je la tudung yang berkedut sedikit...hahaha belasah je la..
malas nak tunggu staf hotel ironkan...

Bilik kami ni bersekali dengan sarapan.
pilihan menu biasa je....tak banyak pilihan pun...
ada bihun goreng dan nasi....
tapi hari pertama bihun agak keras....aku tak sempat rasa pun, adik aku yang bagitau...
jadi aku hanya makan roti sahaja bakar dan buah-buahan sahaja...

untuk hari kedua...barulah ok sikit breakfest yang diaorang sediakan...
kira bolehlah masuk tekak aku...
nasib kitaorang ni bukan jenis memilih sangat bab makan ni....
janji boleh masuk tekak dan kenyang sudah.... :-)

ok..tu je la review hotel yang aku pernah menginap di Bandung....
nanti share pasal tempat makan lak...








Monday, February 20, 2017

2016: Trip ke Bandung

Assalammualaikum semua...

kali ni nak share pasal trip ke Bandung tahun lepas...bulan 8/2016...
hehe berkurun nau nak update kannnn....basi sudah...
aku update la mana yang teringat yee....

Aku beli tiket ni dah lama juga, hampir setahun. Biasalah nak dapat tiket murah kan kena la beli time ada promotion.
Masa beli tiket ni dapat harga RM120 (returns) tidak termasuk lugage dan makan.
Murah sangatttt tue...
Rasanya masa ni AA buat promotion free seat kalau tak silap..

Masa nak bertolak, kami tambah lugage sebanyak 20kg (masa balik) dengan harga RM67 dan tambah makan RM12. Total semua untuk kos flight adalah RM199.00 untuk seorang. Waktu pergi masing-masing bawa hand carry je, rugi je kan nak amik lugage sebab barang tak banyak pun.
Trip aku kali ni sepatutnya 5 orang tapi yang jadi pegi 4 orang je.

Trip kami ni selama 4 hari dari 17/8-20/8/2016. Flight kami sepatutnya waktu pagi. Beberapa bulan sebelum bertolak AA ada menghantar email maklumkan flight telah ditunda. 2 kali tu kena tunda. Dan last sekali flight kami pukul 3.20 petang dan sampai di Bandung pada pukul 5.20 petang. Agak rugi di situ sebab sampai pun dah hampir malam. Tapi nak buat camne kannnn....Yang aku perasan, dah 2 kali nak ke Bandung ni, 2x ni juga flight AA akan ubah jadual perjalanan....sabor je laaa...

Ni kali ke-3 aku ke Bandung...last pergi Bandung 5 tahun yang lepas, sebelum kawin lagi.
Masa tu ke bandung sebab nak cari baju nikah dan cenderahati..
kali ni pulak pergi santai-santai je....nak shopping haha
macam orang kaya je nak shopping sokmo!
padahal nak pergi sibuk dok korek-korek duit mana yang ada..huhu
excited juga nak pergi kali ni sebab dah lama tak jejak kaki ke sana kan...
tak tau apa barang-barang shopping terkini di sana..

seperti biasa persiapan sebelum ke bandung, aku dah booked awal-awal
hotel dan pak supir...senang..
sampai sana tak yah pening nak pikir dah...

Tips:

1. Tukar duit rupiah siap-siap dari Malaysia. Lepas tu sediakan terus buat dalam excel je mudah.
senang ada benda ni, nak beli apa-apa terus je tengok jadual ni. Tak yah nak pening kira pakai kalkulator dah. Aku siap print sekali untuk semua ahli trip...xyah kejap orang ni pinjam, kejap orang tu pinjam...lunyai dibuatnya hihi...so masing-masing pegang sorang satu...

masa aku tukar duit ni kadar pertukaran adalah 1juta rupiah = RM309.49...memang time duit kita tengah jatuh sekarang. Nak ikutkan waktu sekarang ni bukanlah waktu yang sesuai kita nak ke luar negara kan....tapi nak buat macam mana, tiket dah beli lama dah..huhu..nangis nengok duit RM kita semakin jatuh!

Kalau duit rupiah tak cukup, korang boleh je tukar duit dekat Bandung...tak banyak beza pun kalau tukar sikit..

Aku pun ada tukar duit dekat money changer Pasar Baru, pak supir yang rekemen...
Beza RM12 dengann tukar di M'sia...pada aku ok la sebab aku tukar 1 juta rupiah je..
Tapi kalau tukar berjuta-juta rupiah terasa gak la banyak beza tu kan....


2. Kalau ke Bandung ni tak yah la bawak stok makanan, sebab dekat sini kos untuk makan tak mahal pun. Masa ni la nak merasa masakan dekat sana kan. Melainkan kalau ko travel ke tempat yang mata wang tinggi, atau tempat yang susah dapat makanan halal..yg tu patut bawa la bekalan dari msia...
tapi takat Bandung takyah la, kompem ko tak kan usik bekalan tu nanti. Tapi kalau nak bawa stok macam megi ke biskut ke, bawa je la. Kot perut korang jenis lapor tengah malam ke kan...eh tapi beli kat sana pun bole..bersepah je kedai macam 7e tu...harga dah convert pun bukan byk beza pun dekat harga dekat msia. tapi harus ingat, perhatikan juga betul2..pilih yang halal ye....


Post berkaitan Bandung, korang boleh klik link di bawah ni...

-2016: Bandung - Hotel di Bandung
-2016: Bandung - Pak Supir
-2016: Bandung - Floating Market

Monday, February 13, 2017

bawa anak ke Parenthood Sunway Pyramid

ni kali pertama aku bawa anak-anak ke sini...
kebetulan tengok email ada promotion dari Groupon, terus je beli..
harga asal untuk tiket ni kalau walk in adalah RM40 (hari biasa) dan RM50 (hari minggu)..
aku beli dekat groupun dapat harga RM30 camtu...
aku pun beli 2 tiket untuk kakak awliya dan adik adra..
untuk mak pak dia masuk free je la sebab seorang kanak-kanak (bawah 12 tahun) perlu ditemani oleh seorang dewasa.
so aku beli 2 tiket, dapat la masuk 2 dewasa free kan...
kalau ada tambahan dewasa lagi, just add RM5.30 seorang dan seterusnya...haa gitew

aku beli ni pun 3 bulan yang lepas, disebabkan tak de masa free sepanjang bulan 10-12...tengok2 tiket ni nak expired 08 Jan 2017.
gigih la bawa juga anak-anak pada 7 Jan 2017...nasib baik minggu ni free takde apa-apa program...
print siap voucher groupun tu ye...dan tunjukkan dekat kaunter masuk nanti...



sampai sana si kakak awliya memang nampak excited sangat...
cuma adik adra je mulanya agak blur....kebetulan dia tak berapa sihat masa ni...
tapi aku dah bagi siap-siap ubat sebelum keluar rumah tadi...dalam kereta pun dia tidur je...
so bila bangun agak moody la sikit...

kakak awliya macam biasa la....terlebih gula kan....
non stop main...happy je...





mood dah ok sikit....main buaian dulu

macam anak-anak aku dah pandai bawa diri main sendiri, aku banyak duduk je la...
maklum la mak buyung mana larat nak banyak berjalan hihi....
ayah dia la yang banyak melayan diaorang berdua....

slide tinggi ni rasanya yang paling budak-budak seronok nak main...
mula-mula adra gayat. pestime kena naik dengan ayah dulu...
dah sekali try, baru dia rasa konpiden...
lepas tu dekat 20x dia naik sorang-sorang...haha





kat rumah suka sangat lompat atas katil kan....haaa ni lompat la puas-puas takde sape nak marah 








dah lama baru nampak muka ada sinyum....happy sangat dah masa ni...
demam pun dah lupaaa.....







bila dah lama dalam ni, perut pun dah berbunyi..
dalam ni pun ada cafe disediakan kalau kita tak nak pergi makan jauh sikit..
dalam cafe ni ada cctv disediakan, means kalau parents nak makan...tapi anak2 nak main...
korang boleh je tinggalkan anak-anak sambil boleh pantau anak2 melalui cctv tu....

so far aku puas hati dengan ciri-ciri keselamatan dan kebersihan dalam ni...
ada beberapa sudut terdapat pekerja yang bertugas mengawal anak kita bermain...
tapi kalau tak nak makan dalam ni pun bole....kita boleh makan di luar

dan masuk semula dalam ni....as long as selagi kita tak buka wrist band tu...
korang boleh keluar masuk banyak kali pun...
macam aku bawa bebudak pegi makan mcd [jauh sikit la berjalan dalam shopping complex tu]
kakak awliya siap cakap 'mama...nanti kakak nak main lagi'
memang kena masuk semula la jawabnya dalam Parenthood tu...
tak puas main lagi la tu...
it's ok kakak...today is ur day...main la puas-puas....


lepas anak-anak dah penat main, kami bawa jalan-jalan window shopping dalam ni...
rambang mata bebudak ni tengok mainan...
tapi kami tak beli apa2 pun....







memang cantik interior design dalam ni....


kalau nak buat birthday party pun bole...ada ruang khas yang disediakan...kawasan luas juga dan nampak selesa...



p/s: kakak awliya request lagi nak datang sini....xoxo

Wednesday, January 25, 2017

kali ke-2 minum air gula



25.01.2017

29weeks

tak banyak dapat dicoretkan pengalaman mengandung kali ni...
kalau dulu setiap kali check up, mesti update dalam blog...buat kenangan untuk diri sendiri...
tapi kali ni, kesibukan tugas harian menyebabkan sukar sangat nak update blog...

cepat masa berlalu, hari ni kandungan dan menjangkau 29w (7 bulan)
check up kali ni kena lagi minum air gula untuk kali ke-2...
entah la kenapa mengandung kali ni sampai dua kali kena telan air manis tu...
nak kata berat badan naik mendadak tak juga...
berat badan aku hanya naik 1kg sebulan je, sampaikan nurse tulis dengan pen merah kena naikkan 2kg sebulan....
nak kata ada sejarah penyakit kencing manis, takde pula...
family belah mak abah pun takde...adik beradik pun takde juga...
result 1st minum air gula pun ok...normal je...takde GDM pun...
tak pasti la sekarang ni memang prosedur kena minum air gula 2 kali...
hmmm mungkin faktor umur kot...tak pasti....
dah mengandung umur 35 tahun ni, risiko tu mungkin ada..
so aku turutkan juga la kata nurse suruh minum kali ke 2..untuk kebaikan aku juga...
kalau mengikut kata doktor tempoh hari, aku tak perlu minum lagi melainkan ada kes2 tertentu 
macam berat berat badan naik mendadak...

seperti biasa, nak minum air gula kenalah puasa kan....
aku ni bab minum air gula tu aku ok je...bole je minum...
takde la rasa nak muntah ke apa ke...
cuma yang aku tak boleh tahan tu....berlaparrrr....
adoiiii seksa weeiiii rasanya nak tunggu 2 jam selepas minum air gula tu....
psl perut lapar la aku rasa berpusing-pusing kepala ni....bergolak dalam perut....rasa nak muntah...

lepas setel minum air gula, check urin dan kena jumpa doktor untuk scan untuk tengok kedudukan baby...
so far alhamdulillah, ok semuanya...
doktor juga tanya sama ada aku dah tahu jantina ke belum...
aku jawab dah tahu, tapi nak tahu lagi...hehehe
ni doktor yang ke-4 bagitau jantina yang sama....
harap2 tepat la ramalan doktor tu...
tapi perancangan Allah tu lagi tepat kan...
aku sebagai ibu tak kisah mana-mana pun....yang penting anak aku sihat dan sempurna...

setel check up hari ni dalam pukul 11.30 pagi...
dah masuk 3rd trimester ni. lepas ni check up kena 2 minggu sekali pula...
aku pun dah dapatkan refer letter dari doktor di KK untuk buat appoinment di PPUKM pula....
cam biasalah, tempat peberet aku untuk bersalin...
semua anak2 aku cap PPUKM hihi....

doakan semoga semuanya berjalan dengan lancar yer....
serius kali ni aku sangat berdebar....
macam nak bersalin anak pertama je...
maklumla dah 3 tahun tak beranak....macam dah lupa sakit tu macam mana...hahaha
tu yang rasa nerbes semacam pula...

Monday, January 23, 2017

yuran pendaftaran Tadika PASTI 2017



aku saje nak share untuk rujukan aku juga nanti...
maklum la umur semakin meningkat, banyak benda cepat lupa...
sebab tu aku suka tulis dalam blog, senang nak refer nanti...

sebelum ni aku hantar kakak awliya ke Little Caliph...
hmm paham2 je la yuran pendaftaran LC ni mencecah ribu-ribu juga huhu....
memandangkan tahun ni aku hantar kakak awliya dan adik adeya ke sekolah.
2 orang sekali, so nak kena cari tadika yang yurannya berpatutan....

masa tu aku dah bayar duit booking pendaftaran sebanyak RM200 di LC...
tapi terpaksa membatalkan niat nak sekolahkan mereka di sana...
masa ni yuran pendaftaran untuk 2 orang sebanyak RM 4,200...
huhu...macam nak masuk universiti kan...
sedih juga nak tukarkan kakak awliya ni sekolah lain...
maklum la, dia dah sayangkan teacher2 kat LC tu...
dah dapat ramai kawan...

tahun ni juga aku akan lahirkan anak ke-3 [insha allah],
maka banyak benda aku kena pikirkan dari segi bujet...
so tahun ni aku mengambil keputusan untuk hantar anak-anak ke Tadika PASTI..
sebelum tu kena pergi survey dulu kan...

2 minggu sebelum buka sekolah, aku pun survey tadika PASTI ni..
syukur masih ada lagi kekosongan..
terus kami tanyakan yuran pendaftaran semua dan bayaran yuran bulanan...



total yang kami kena bayar adalah RM660 / seorang..
yuran ni termasuk untuk bayaran bulan Nov 2017 nanti...
untuk 2 orang kami kena jelaskan RM1320..
alhamdulillah masih dalam bujet kami, dan tak terasa berat sangat untuk bayaran bulanan tu...

aku pula ambil tambahan bayaran overtime untuk sebulan sebanyak RM30/seorang
sebab biasanya aku akan ambil anak2 lambat sedikit...tak sempat sampai ke sekolah pukul 6.00 pm...
kalau pengiraan harian sejam ot adalah RM5..
so kalau aku aku ambil untuk sebulan punya lebih jimat...

yuran setiap PASTI juga berlainan bergantung pada pengurusan sesebuah PASTI tu...
di ofis aku ada juga rakan-rakan yang hantar anak mereka ke PASTI dan dari situ baru aku tahu bayaran yuran tak sama...
ada juga PASTI yang separuh hari sahaja [tiada daycare]


alhamdulillah, anak2 pun ok je tadika ni...
yang penting anak2 happy, dapat cikgu2 yang baik, dan anak2 dijaga dengan baik..
dapat menuntut ilmu yang tenang...
sekolah murah atau mahal tu tak penting...
yang mahal tak semestinya bagus, dan yang murah tak semestinya tak bagus kan...


Friday, January 20, 2017

Sesi Persekolahan 2017

hampir sebulan sesi persekolahan 2017...
hahun ni kakak awliya dah bertukar sekolah...
tahun ni aku masukkan dia ke sekolah PASTI..
adik adra pun dah 4 tahun, masuk sekolah yang sama dengan kakak awliya...
dah lama adra minta nak pergi sekolah dengan kakak, tapi masa tu baru umur 3 tahun...belum cukup umur lagi nak masuk sekolah...
tahun ni dah cukup umur, bolehlah mama hantar ke sekolah ye...


hari pertama buka sekolah, aku memang ambil cuti sehari...nak tengok keadaan adik adra camne nanti hihi...
kalau kakak awliya tu aku tak risau sangat, dia dah bersekolah sebelum ni, so dah biasa...
lagipun kakak awliya pandai bawa diri sikit, pandai cari kawan :)
hhmmm si adra ni yg risau sikit...budak terlebih manja camtu la...nak mama je kannn...hehe..
dia ni pulak jenis lambat mesra....
nak cari kawan tu payah sikit...
tapi dah lama-lama dia ok je...



besar dah anak dara sorang ni...
ceria je 1st day nak pergi sekolah
dah rupa macam anak orang syria pula hihi


alhamdulillah, anak2 cepat sangat berdikari...kami hantar ke sekolah, dan tunggu dalam 5 minit je...
tengok adik adra ok je, tak nangis pun...
walaupun masih blurrr lagi...hihi
so kami pun balik rumah....sambung tido haha tak senonoh sungguh...
masing2 penat sebab baru sampai dari kampung malam tu...

dalam pukul 5.00 petang, aku dan asben keluar rumah ambil diaorang...
sampai sekolah, tengok anak2 ceria je...
dalam perjalanan balik, macam biasa la mak2 ni akan tanya anak macam-macam...
nangis tak kat sekolah?
makan apa?
cikgu baik tak?
bla...bla....bla...
kecoh nau mak-mak ni kan...haha
nasib feedback anak2 semuanya positif...lega mak!!!

tapi berbeza pulak hari kedua....
si adra boleh lak nangis masa hantar ke sekolah...
siap suruh mama tunggu luar sekolah....'mama jangan pergi keje ye'
alahaiii la anak...sedih lak mama nak tinggalkan....
tapi hati mama kena la kental kan....
lepas je diaorang masuk dalam sekolah, terus je kami cabut....

hari ni dah 3 minggu sesi persekolahan....
so far semuanya baik-baik saja....
adra pun dah semakin boleh sesuaikan diri...
nasib baik juga kakak awliya ada sekali....
boleh juga tengok-tengokkan adik.




semoga adra pandai sesuaikan diri dengan kawan-kawan



harap-harap kakak awliya juga ok di sekolah baru ni...maklum la, cikgu dan kawan2 yang baru...
tak sama dah macam tahun lepas...
siap tanya mama 'dekat sekolah ni ada teacher eina tak??
hmmm....dia suka sangat teacher kelas dia yang dulu...
insha allah teacher dekat sini semua baik-baik macam teacher eina juga....


kakak awliya beratur dekat depan...
adik pulak jauh nun di belakang tu



kakak awliya sempat lambai mama sebelum mama balik....


semoga anak-anak ini diterangi hatinya dalam menuntut ilmu...
dan semoga Allah memelihara anak2 ini....insha allah

Thursday, January 12, 2017

scan 3D/4D/5D di Klinik Dr. Nurul

ni 1st entry untuk tahun 2017...
Selamat tahun baru 2017 kepada semua pembaca blog aku...walaupun 1 Jan dah 11 hari berlalu hehe [eh...ada ke pembaca huhu perasan lebih :)]

disebabkan kesibukan dengan tugas-tugas harian,
tak sempat nak coretkan pengalaman mengandung kali ke-4 ni...
aku pernah tuliskan kisah aku keguguran masa mengandung anak ke-3...
alhamdulillah selepas 6 bulan Allah berikan aku nikmat mengandung sekali lagi...

kejap betul masa berlalu, sekarang dah nak masuk 28 minggu (7 bulan)
tinggal 90 hari je lagi due date aku...
insha allah aku dijangka akan bersalin pada bulan April 2017...
sama bulan dengan bulan lahir aku...
kalau dapat sama tarikh dengan hari lahir aku pun best juga..
tapi tak kisahlah mana2 pun...janji anak yang dilahirkan ni sihat dan sempurna...
'hadiah' hari lahir yang sangat bermakna untuk aku tahun ni...

kali ni aku nak share pengalaman scan di Klinik Dr. Nurul di Alam Damai, Cheras.
masa ni kandungan dah cecah 25 minggu...
setiap anak aku akan scan di klinik yang berlainan...
saje nak rasa pengalaman di banyak klinik :)

bila baca review di fb, ramai yang bagi feedback yang baik...
harga promosi pun boleh dikatakan murah juga iaitu RM89.00 untuk scan 3D/4D

kalau nak scan di sini kena buat appoinment dulu ye...
kalau walk in tidak diterima...
so boleh call dahulu untuk dapatkan tarikh appoinment...

appoinment aku pada pukul 9.30 pagi...
masa sampai ni orang takde pun, klinik baru buka je awal2 pagi ni...


kaunter





selesa dok atas sofa..selalunya klinik dok sediakan kerusi keras je...


suka sangat dengan deko dalam klinik ni...
cantikkkk dan kemas jeee....
betul baca review orang....ramai kata cantik...
dalam bilik scan pun cantik...sangat selesa.
screen tv besarrrr....
ada sofa disediakan untuk asben duduk sambil tengok gambar/video dekat skrin...
dalam bilik ni akan dipadamkan lampu....samar-samar je cahaya...rasa macam tengok wayang je he...
lupa nak snap picture dalam bilik scan...

masa scan ni baby tengah tido pula...
aku dah agak mesti baby akan tido punya...
sebab dalam perjalanan ke klinik, baby memang aktif sangat...
dah sampai klinik dia dah penat, tido terus la kannn...


gambar 4D



gambar 5D


gambar 5D adalah lebih jelas muka baby tu...
kalau pakai spek 6D, lebih jelas tengok muka baby dekat skrin...
tapi kat klinik ni takde 6D...

sonographer tu cakap baby tengah tido atas uri....
tengok gambar tu sedapppp je dia landing atas uri....buat macam bantal..
sonographer tu berusaha la juga kejutkan baby, tapi baby still taknak bangun...huhu sabor je la....
memang tido lenaaaaa sangattttt ni....hahaha
takpe la, janji dapat juga tengok muka dia....

bila dah banyak kali kena kejut, baby terus tido meniarap...
lansung dah tak nampak muka...hahaha
marahhh ye baby....kacau dia tido zzzzz
masa ni kedudukan baby masih lagi songsang...
banyak masa lagi untuk baby berpusing nanti..
so tak perlu risau...

result semua ok...
air ketuban, ukur lilit kepala, panjang kaki....
berat baby masa ni 770g, sesuai dengan perkembangan tumbesaran dia....
kedudukan uri pun ok, means tidak menutupi 'jalan keluar'
eh....jantina nampak tak???
bila scan 3D/4D tidak menjamin boleh nampak jantina baby tu...
ia bergantung sepenuhnya posisi kedudukan baby...
tapi alhamdulillah masa ni boleh nampak...
baby still kepit juga...tapi dah kena tolak2 sikit badan tu, dapat nengok hehe...
hampir 20 minit juga la sesi scan ni...
aku boleh lak lupa nak suruh asben snap gambar masa sesi scan ni buat kenangan...
issshh laki aku ni kan kalau tak cakap memang dia tak reti nak pandai2 sendiri...huhu


bila dah selesai, kita dapat sekeping CD yang di dalamnya ada gambar, video dan maklumat baby...
kalau ada problem pada CD (macam tak boleh buka ke), kita boleh pulangkan semula kepada klinik dalam masa 7hari...
so far, puas hati dengan servis di klinik Dr. Nurul ni...
staff di kaunter pun lembut je cakap....

kepada yang nak try scan di sini, boleh lah ke alamat di bawah:


NO.27,JALAN DAMAI NIAGA SATU,ALAM DAMAI,
56000 CHERAS,KUALA LUMPUR.
☎️☎️☎️ 03-91081189
☎️☎️☎️ 017-5100016 (CALL SAHAJA)




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...