Posts

Showing posts from February, 2014

ANAKKU Warehouse Sale

Image
Warehouse mana lak diterjah kali ni??? Hehe.... Maklumat lanjut uoll boleh tengok banner bawah ni. Hani memang suka brand ANAKKU ni, kualiti kain bagus. Ada baju si kakak jenama ANAKKU sampai sekarang masih elok, adik masih boleh pakai. Takde cacat cela, tak kembang, tak mengecik.... Bila tau ada warehouse sale ni, terus ajak en asben pegi. 1st day pegi tu, waktu lunch. Sanggup skip makan, skip pam susu... Gigih ko kalau bab shopping kan...huahua Ala...shopping baju anak jewww.... Sian si kakak byk baju dah tak muat, dia kan semakin membesar. Banyak baju dah sendat nampak pusat... Warehouse ni dari 27 Feb - 2 Mac 2014 . Dari khamis hingga Ahad. 4 hari je. Nasib baik dah lepas gaji, kalau tak telan air liur je la. Hani pernah pegi Baby Outlet ni masa sale juga.[ post ni] Tapi dah ujung-ujung, pilihan dah tak banyak. Tu yang kali ni hari pertama dah terjah. Lagipun memang kena pergi time hari keje, kalau hari cuti ko ingat bole pilih dengan senang hati

Kembara di bumi Perth - Day 4

Image
Post ni dah berkurun...sebenarnya dah malas nak buat sambungan...tapi disebabkan ramai hantar email pada hani suruh buat sambungan, sebab ada kawan dan penghantar email yang akan bercuti ke Perth nanti....akan ku tunaikan permintaan kamu semua. Semoga post ini dapat dijadikan rujukan nanti... Day 4 - 04/05/2012 Seawal pukul 6 pagi kami dah bangun. Selepas makan sarapan yang dibuat sendiri oleh kami, kami terus gerak dari hotel ke ofis Bayswater untuk menghantar kereta. Perjalanan hanya 20 min sahaja. Sebelum tu, kami singgah ke stesen minyak untuk penuhkan semula tangki kereta. Bila dah sampai, ofis Bayswater pun tak buka lagi. Kami periksa dahulu kereta untuk pastikan tiada kecacatan yang berlaku dan tiada barang yang tertinggal. Nanti tak dapat balik deposit pulak klu ada yang tak kena pada kereta. Seteleh berpuas hati, kami terus pulangkan kunci. Rupanya tak perlu tunggu sehingga ofis dibuka, just dropkan sahaja kunci di satu lubang khas di dinding. Destinasi kami seterusnya

DIY Nursing Cover

Image
Yeeayyy...dah siap pun nursing cover ku ini... Eh, walaupun namanya DIY tapi bukan hani yang buat sendiri kehkeh... Hani tempah dekat rakan ofis ni..si FIZI. Fizi pun ada buat tutorial bagaimana nak jahit nursing cover ni. Uoll bolehlah terjah blog dia di SINI . Yang mana pandai menjahit, boleh buat sendiri. Lebih jimat. Senang jer. [suka2 je kata senang ek...] Hani bukan tak pandai menjahit, tapi tangan dah keras hahaha. [alasan] Mesin jahit dalam stor tu pun tak tau berfungsi lagi ke tak. Lagipun masa bila la nak menjahit kan, kang ada je budak kecik tu nak menolong...huhu Senang citer, tempah ajer...tak mahal sangat pun. Kalau korang nak tempah pun boleh, just contact fizi yer. Bukan setakat nursing cover, baju kurung pun fizi ambil tempahan *eh malunya aku....tak pandai menjahit. Lelaki pun pandai menjahit huhu...    *pic from blog fizi* Beli kain cotton ni di Nagoya. Semeter RM2.50. Hani beli semeter je untuk setiap corak. Fizi dah pesan supaya beli kain m

Cara pengendalian susu ke rumah pengasuh

Image
Hari ni hani nak share bagaimana hani mengendalikan BM ( breastmilk ) dan susu EBM ( express breastmilk) ke rumah pengasuh. Sama je rasanya macam mommies yang lain. Masa hari pertama hani hantar Adra ke rumah pengasuh, hani bekalkan sebanyak 5 botol x 4oz susu. Masa tu tak pandai bajet lagi kuantiti yang Adra minum. Masa cuti berpantang hari tu, pernah cuba bagi Adra minum botol dan hani saje letakkan kuantiti 4oz dahulu. Dan hani bagi time dia betul-betul lapar sebab nak ajar guna botol kan. Masa tu memang habis 4oz, dan hani beranggapan 4oz cukup untuk Adra. Test bagi 5 botol dulu. Hari pertama hantar, hani terangkan serba sedikit kepada pengasuh bagaimana menguruskan susu ebm ni. Tak sure dia pernah uruskan sebelum ni atau tidak, tak tanya pulak huhu. Bila petang, agak terkejut juga bila dapat sms dari pengasuh mengatakan susu Adra dah habis. Adra minum sangat banyak. Dari pukul 8 pagi sampai 5.00 petang, Adra dah habiskan kesemua susu yang dibekalkan. Eh, kuatnya a

Big Bad Wolf Fireball Book Sale 15-23 Feb 2014

Image
Tahun lepas bulan Disember hani terlepas nak pergi BBW ni sebab masa tu di kampung tengah berpantang. Tengok-tengok kali ni ada lagi jualan. Hehe....apa lagi. Dah dekat dengan rumah kan, haruslah pergi. Hari Sabtu tu jugak ajak en asben pergi. Dah lama teringin nak pergi tapi asik tak berkesempatan je. Kami sampai dalam pukul 5.00 petang. Orang ramai juga tapi tak la sesak sangat. Masih selesa untuk memilih buku. Misi hani nak cari buku untuk kakak Awliya je. Tambah koleksi buku. Kesian dia, asik baca buku yang sama je. Rambang mata weeiii tengok buku. Rasa nak beli je semua hihihi. Kebanyakkan buku di sini dari oversea. Tapi ada juga buku-buku penulis tempatan. Hani tak sempat survey harga sebab terus je cari tempat buku kanak-kanak. Cuma sempat pergi ke longgokan novel-novel melayu yang berharga RM5 sebuah. Murah kan. Walaupun ni bukan novel terbaru, tapi ok la kan. Kalau dah minat tak kira la baru atau lama. Niat hati macam nak beli, dah lama tinggalkan ho

Adra dah sunat

Image
Alhamdulillah...adra sudah disunatkan pada Ahad 09/02/2014. Mulanya kami pergi hari Sabtu, tak plan pun nak sunatkan Adra hari tu. Ingatkan nak pergi waktu lain. Kebetulan nak pergi beli barang, lepas tu tak tau nak kemana pula. Nak balik rumah macam awal sangat sebab keluar pun dah lewat. Terus je hani ajak en asben ke Hospital Islam Az Zahra , Bangi untuk sunat kan Adra... Tempat yang sama dengan si kakak Awliya dulu.[post SINI ] Kami sampai pukul 8.30 malam. Tapi malangnya, doc yang sunatkan budak tidak bertugas waktu tu. Tak semua doc boleh buat tau. Staf di kaunter pendaftaran terus call doc untuk tanya jadual. Mereka inform pada kami supaya datang esok (Ahad) dari pukul 8.00 pagi-12.00 tengahari. So, kalau korang nak pergi ke sana, lebih baik call dahulu tanya doc bertugas. Jangan main redah je macam kami...huhu. Jadinya hari Ahad kami pun datang semula. Kesian anak-anak kena bangun awal....hehe. Mama malas dah nak tangguh, nanti lama-lama terlupa pula kan. K

Adra's progress: Mula meniarap

Image
Adra kini dah mula meniarap pada usia 3 bulan 8 hari. Lebih cepat berbanding kakak Awliya. Dulu si kakak meniarap masa umur 3 bulan 2 minggu. Sekarang ni kena alert time dia tido. Kadang-kadang tengah tido pun dia tetiba terbangun je terus meniarap. Risau juga kalau tak perhatikan dia, sebab dia masih belum boleh angkat kepala dengan kuat. Sekejap tu boleh la. Chaiyok adra...usaha lagi.  Nak bagi pakai baju ngan pampers pun kena cepat-cepat sekarang ni. Lambat je, tengok-tengok dia dah meniarap dulu hihi. Lepas ni tggu dia menyusur ke depan lak..