Kejohanan Boling Piala Pengarah KKTM
Hari ni team MQA telah menyertai pertandingan boling yang telah dianjurkan oleh Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) yang diadakan di Ampang Bowling, IOI Mall. Sebanyak 24 team telah bertanding yang datang dari pelbagai jabatan. MQA telah menghantar 3 team yg terdiri daripada Hafeez, Sabri, Fitri, Wan Fariq, Izuwan, Saman, Nazlee, Juniadah, K.Zura, Aishah, Azimah, dan aku... Posing dulu sblm bertanding Penyokong cilik Team MQA Muka yg agak kecewa selepas pertandingan Hadiah yg menjadi rebutan!!! Banyak team yang pro-pro yg bertanding...uuissshhh,abis la kitaorg. Pertandingan bermula pada jam 10.30 pagi dan habis pada pukul 1.00 ptg. Selepas berhempas pulas sebanyak 3 frame, akhirnya keputusan pun diumumkan. Walaupun Team MQA tidak berjaya membawa pulang Piala Pengarah ini....hukhuk...apa pun, Team MQA telah mencuba dengan sebaiknya. Apa yang penting semangat berpasukan yang ditunjukkan amat dibanggakan. Xpe geng, kita cuba next time...teruskan training dan terus...