Day 2 @ KK

Day 2 @ KK Hari kedua, kami plan nak habiskan masa di Taman Tunku Abdul Rahman untuk menikmati keindahan pulau yang cantik-cantik di bandar KK ni. Lepas sarapan, bungkus sekali nasi+air untuk di bawa ke pulau nanti. Kang kebuluran pulak kan. Jangan lupa bawa roti sekali, nanti boleh bagi ikan-ikan tu makan. Sebelum ke jeti, kami singgah dulu ke Sunday Market di Jalan Gaya , tak jauh dari jeti. Sunday Market ni hanya dibuka pada hari ahad sahaja dari awal pagi hingga ke pukul 2 camtu. Jalan-jalan cuci mata jer. Macam-macam ada dijual di sini. Pakaian, makanan, cenderahati, alat-alat muzik, haiwan pun ada... Dapat beli fridge magnet dan topi jer....sebab nak g pulau kan, dah tentu la kena ada topi...panas la katakan. eh..eh...nak beli minyak apa lak tu?? Dah 1 jam abiskan masa di Sunday Market, kitaorg pun terus ke jeti. Parking kereta dan terus ke kaunter tiket di Jasselton Point. Niat hati nak pegi 3 pulau tapi memandangkan masa tak mengizinkan seb...